Terkini

Debat bukan satu budaya,boleh anjur berbalas pantun antara Anwar dengan Najib.



Kasihan Najib,otak sudah berserabut.debat bukan budaya. Tapi Kementerian terus mengadakan debat untuk budak sekolah .Majlis Debat Universiti-universiti Malaysia turut "binggung" menganjurkan pertandingan debat.Institut Intergriti Malaysia juga dihina Najib.

KUANTAN,26 Jun: Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) muncul juara dalam pertandingan akhir Debat Perdana Integriti Piala Perdana Menteri yang berlangsung di Kompleks Sukan Universiti Malaysia Pahang (UMP) di sini, hari ini. 

UKM bertindak sebagai pencadang dalam pembentangan usul bertajuk 'Pembinaan Integriti Mahasiswa Terencat' mengalahkan pasukan dari Universiti Sultan Zainal Abidin (UnisZA).


Pasukan UKM yang dibarisi Abdul Hakim Md Yusoff, Mohamed Affendy Hasni, Mohd Yusry Hydrus dan Najah Izzati Suleman itu membawa pulang wang tunai RM6,000, sebuah komputer riba setiap seorang, piala pusingan dan piala iringan.


Mohd Yusry Hydrus turut dinobatkan selaku pendebat terbaik, sekaligus membawa pulang RM1,000, piala pusingan dan piala iringan serta sijil penyertaan.


UnisZA, yang bertindak sebagai pembangkang pula membawa pulang RM4,000 dan piala iringan.


Pertandingan itu yang melibatkan penyertaan 19 buah Institusi Pengajian Tinggi Awam, 10 buah Institusi Pengajian Tinggi Swasta dan dua buah Institusi Pendidikan Guru berlangsung selama empat hari bermula Jumaat lepas.


Penganjuran bertemakan Integriti Menjana Transformasi adalah hasil kerjasama Institut Integriti Malaysia, UMP dan Majlis Debat Universiti-Universiti Malaysia. -- BERNAMA

Najib jika berani boleh buat pertandingan berbalas pantun dengan  DS Anwar.Berbalas pantun budaya orang Melayu.  Dewan Bahasa dan Pustaka boleh menjadi penganjur dan Chuari Selamat menjadi Pengerusi. Soalnya adakah Najib Tun Razak berani?

0 Response to "Debat bukan satu budaya,boleh anjur berbalas pantun antara Anwar dengan Najib."

Post a Comment