Terkini

Halang jalan, bakar bendera PAS dan terbalikan meja cara UMNO Bukit Gantang berpolitik

Disebabkan tak puas hati,tak senang hati,tak tenteram jiwa...maka ahli-ahli  UMNO diTaman Berkat  didalam  Parlimen Bukit Gantang telah melakukan tindakan 3 serangkai yang jelas menampakan sikap kebudak-budakan dalam politik.


Kes pertama:
Pada 28 mei 2012 berlangsung malam ceramah di Taman Berkat berlaku satu eksiden kecil apabila ada pihak cuba mengagalkan program ceramah anjuran PAS Taman Berkat. Menurut maklumat dari lokasi kejadian keadaan menjadi sedikit tegang apabila sebilangan kecil yang dipercayai ahli UMNO cuba menghalang  penduduk tempatan  mengunakan   jalan taman  untuk menuju ke lokasi ceramah yang berlangsung dihadapan markaz PAS  [Klik DiSini]  


Kes kedua:
Dilaporkan pada malam ceramah 28 mei 2012 terjadi satu kejadian yang tidak wajar berlaku yang mana ada pihak (Dipercayai tindakan ahli UMNO) telah membakar bendera PAS,berikutan kejadian itu pihak PAS Cawangan Taman Berkat bersama PAS Kawasan telah membuat satu laporan polis di balai Polis Simpang pada hari ini.Laporan polis ini dibuat bagi menentukan supaya kejadian sebegini tidak beulang lagi dimasa akan datang.
Ketua Cawangan PAS Taman Berkat bersama wakil PAS Kawasan menunjuk-kan laporan polis serta gambar bukti kejadian bakar bendera dihadapan Balai Polis Simpang 

Salinan Laporan Polis



Kes Ketiga:
Menurut sumber dari seorang ahli PAS diCawangan Taman Berkat bahawa kejadian bakar bendera ini telah menyebabkan salah seorang yang dipercayai JKKK ( UMNO la tu...hahaha...) menjadi berang  apabila ditanya mengenai kejadian ini disebuah kedai makan. Beliau telah menebalik-kan meja makan setelah ditanya kepadanya angkara siapa yang melakukan dan siapa dalangnya yang membakar bendera PAS. SUMBER BLOG Orang ni:

1 Response to "Halang jalan, bakar bendera PAS dan terbalikan meja cara UMNO Bukit Gantang berpolitik"

  1. Cekgu Din
    Umno mengekalkan politik rimba & mereka semua tidak bertamadun. Rakyat akan sekolahkan semula mereka dalam pru 13 nanti

    ReplyDelete