Terkini

Mudah saja nak sebut ke Putrajaya-Mat Sabu


ALOR SETAR, 1 Jun: Mudah sahaja nak sebut menuju ke Putrajaya, tapi jalannya penuh liku, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.


Beliau berkata demikian dalam ucapan ringkas sebelum melancarkan derma kilat untuk dana pilihan raya di Himpunan Hijau Ke Putrajaya, di Kompleks PAS Kota Sarang Semut, dekat sini hari ini.


"Kita nak lalu lebuh raya supaya cepat sampai di Putrajaya. Untuk buat lebuh raya, semak samun perlu ditebas," kata beliau di hadapan kira-kira 2,000 ahli yang hadir.


PAS menangguhkan muktamar tahunannya dan digantikan dengan himpunan ini bagi memberi fokus kepada pilihan raya umum ke-13 yang akan berlangsung pada bila-bila masa sahaja.


Mohamad berkata, bagi menawan Putrajaya, PAS memerlukan dana yang banyak bagi memperkemas gerak kerja pilihan raya di peringkat pusat.


"PAS memerlukan dana yang banyak jadi saya harap banyak dana dapat dikumpulkan hari ini.


"Wang bukan segala-galanya tapi segala-galanya perlukan wang," katanya lagi.


. 

0 Response to "Mudah saja nak sebut ke Putrajaya-Mat Sabu"

Post a Comment