Terkini

Relaks lah UMNO Bukit Gantang, PAS juga nak rai jemaah haji.


Ustaz Idris Ahmad menasihatkan bakal jemaah haji supaya jaga aqidah daripada Bukit Gantang lagi. Rugi kiranya bakal jemaah yang terpilih  tidak menggunakan masa sepenuhnya untuk beribadat kehadrat Allah s.w.t.Ustaz Idris juga berpesan agar dapat berdoa di Tanah Suci Makkah,beri kemenangan kepada Islam dalam PRU 13 nanti.
Salah seorang bakal haji dari Parlimen Bukit Gantang,Ustaz Basiron Lat yang akan berangkat ke Tanah Suci 17 September ini ,sedang menerima tanda ingatan daripada Ahli Parlimen Bukit Gantang.Sumbangan disampaikan oleh Ustaz Idris Ahmad.

Foto Kenangan Jemaah Haji dari Bukit Gantang.  
Jemaah haji muslimat ,bersama Ustaz Idris Ahmad dan Tok Penghuku Mukim Bukit Gantang Tuan Abdul Jamil.
Bukit Gantang- Ahli Parlimen Bukit Gantang dan PAS Bukit Gantang pada 14 September telah mengadakan Majlis Bacaan Yassin untuk meraikan jemaah haji daripada Parlimen Bukit Gantang. Parlimen Bukit Gantang pada tahun ini menghantar 92 orang Jemaah. 

Dalam majlis kelmarin,seramai 53 jemaah haji hadir  dalam Program Meraikan Jemaah Haji Parlimen Bukit Gantang. Turut hadir Ustaz Idris Ahmad dan Ustaz  Nordin Jaafar. 

Calon YB PAS kena belajar dengan Nizar.

DS Nizar datang juga bertemu penduduk Bukit Gantang pada sebelah dalam Ceramah Merdeka  anjuran PAS Kawasan pada 14 September. Program solat Jumaat dan meraikan jemaah haji pada sebelah petang,DS Nizar tidak dapat hadir kerana bertemu doktor, tangan beliau terseliuh.Setelah X-ray ,tangan DS Nizar terdapat sedikit retak. Buat masa ini DS Nizar dalam pemerhatian doktor .
DS Nizar  bersama Ustaz Idris Ahmad dan Ustaz Nordin Jaafar  seusai ceramah merdeka di DUN Changkat Jering pada malam kelmarin.  Buat kata Ustaz Idris Ahmad, DS Nizar akan menjadi Menteri Besar sebaik PR menang PRU 13 ini. Calon  YB PAS ,kena banyak dengan Nizar. Satu keitimewaan DS Nizar,beliau boleh ditegur. 

Penangan Ustaz Azhar Idrus,mesyuarat boleh tangguh.

Pada 16  September ini,Kuliah Maghrib  Ustaz Azhar Idrus  akan berlangsung di Padang Permainan ,Taman Chandan Putri,Bukit Chandan ,Kuala Kangsar .Bagi peminat kuliah Ustaz Azhar Idrus  yang berdekatan bolehlah datang beramai-ramai ke Kuala Kangsar.

Penulis diberitahu peminat  blog ini,mereka menangguhkan mesyuarat  pada 16 September ini ,semata-mata untuk mendengar ceramah atau kuliah Ustaz Azhar Idrus secara terus.Hebatnya pengaruh Ustaz Azhar Idrus    , mesyuarat boleh tangguh untuk beri peluang masyarakat dengar kuliah Ustaz Azhar Idrus.

Van Jenazah PAS, jenazah orang UMNO pun naik.

Van Jenazah Pas Kawasan Bukit Gantang sudah lama beoperasi .Terdapat juga  jenazah orang UMNO yang naik Van Jenazah ini. PAS Kawasan Bukit Gantang memberi perkhidmatan secara percuma. Untuk keterangan lanjut telefon 05-8483950. 

Berbaju hijau, Sdr Fadhil Idris,Setiausaha PAS Bukit Gantang sedang membantu menguruskan seorang jenazah  wanita seorang ahli PAS di Kampung Berchat,Bukit Gantang pagi tadi ,13 September.

Terima kasih kepada penderma yang menyumbang untuk beli van jenazah ini. Semoga Allah s.w.t mengampuni  mereka yang menderma dan dimurahkan rezki mereka. 

Pegawai Khas DS Nizar yang dibenci UMNO.

Pegawai Khas DS Nizar  ,Tuan Haji Zainuddin Hamzah yang berumur 60 tahun bersama TYDP,Ustaz Zulkifli Ahmad membantu Abang Din yang tayarnya "pancit " menaikkan motorsikal naik  atas'pick up' Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang.  Kelihatan di atas kereta Sdr Fadhil Idris,Setiausaha Pas Kawasan Bukit Gantang.Foto diambil pagi tadi,12 September dekat Terowong Menora,Jelapang hala ke Ipoh. Foto dan  berita blog Orang ni


Catatan ini agak personal sedikit. Pegawai DS Nizar ,bernama Haji Zainuddin Hamzah ,baru-baru ini 10 September ,genap berusia 60 tahun.Masih bertenaga.Prestasinya di DUN Trong  memang terbaik.UMNO Bukit Gantang memang tidak senang duduk dengan Pegawai Khas DS Nizar ini.Hj Zainuddin Hamzah ,Pegawai Khas DS Nizar khusus untuk membantu penduduk di DUN Trong. Hj Zainuddin Hamzah juga AJK PAS Kawasan Bukit Gantang.Memegang  jawatan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan.

Baru-baru ini terdapat orang PAS yang tak faham, meminta Tn Haji Zainuddin ini dipecat,kerana keluar kenyataan minta DS Nizar tunai janji mengadakan kenduri kesyukuran atas kemenangan saman fitnah atas Utusan.(isu www1).Terdapat orang yang cetek ilmu,yang masih mengamalkan fahaman ketuanan Melayu.Orang ini cuba lontar idea remeh,sedangkan soal besar mereka lupa.Mereka tak tahu,mereka masih mempunyai fahaman "ketuanan Melayu" yang tidak sesuai  dengan  ajaran Islam.Mereka tak tau PAS parti politik dan parti dakwah.

Sampai Kuliah,Mufti Perak bagi kebenaran pada Ustaz Azhar Idrus.

Surat kebenaran drpd SS Tan Sri  Dato Harussani ,Mufti Perak yang tiada halangan untuk Ustaz Azhar Idrus menyampaikan kuliah pada 16 September ini ,pada 8 hingga 10 malam di   Padang Permainan Taman Chandan  Putri Bukit Chandan,Kuala Kangsar.sumber

Jangan jadi macam kera.

Anak kera bernama Yatim  dibela oleh wanita ini dari umur beberapa hari.Ibu kera ini sebelum tau ajalnya tiba ,seolah-olah menyuakan anak kera ini kepada mereka.Anak kera ini ,cukup manja dengan ibu ini. Wanita ini seperti ibu kepada anak kera  ini.Anak kera ini tidak suka dengan orang lain.Anak kera ini akan mengasingkan diri  atau menyembunyikan diri jika nampak orang tidak dikenali.Kalau dia nampak orang dikenalipun ,anak kera ini akan cabut menyembunyikan diri.Yatim hanya tau dan kenal wanita ini.Kera bernama Yatim ini tak  tau ada orang lain  di dunia ini. 

   

Orang PAS juga tengok calon untuk undi.

Orang PAS juga tengok calon untuk undi.
Mungkinkah orang PAS juga tengok calon untuk mengundi dalam PRU13 ini. ? Pengundi yang tidak berparti ,akan membuat keputusan akhir dengan melihat calon dan manifesto parti yang bertanding.Justeru itu Pakatan Rakyat kena meletkkan calon yang boleh menang,bukannya calon "syok sendiri".

Pakatan Rakyat jangan mencalonkan mereka yang bermasalah dan  yang dianggap bermasalah.Calon yang tidak sabar dan tidak istiqamah jangan dipilih.


Leman Raja Lawak sudah lulus ujian.

Leman Raja Lawak sedang mendengar dengan penuh minat apa yang dikatakan DS Nizar,seusai program Liqa Alfikri Kawasan Bukit Gantang 4 September lalu.
Leman Raja Lawak kini sudah banyak berubah. Beliau kini cepat belajar. Beliau tidak segan untuk bertanya kepada pimpinan ,jikalau terdapat kemusykilan.Leman juga sudah kelihatan menjaga pertuturan . Beliau tahu sebagai selebriti  yang menjadi ahli PAS ,masyarakat akan melihat. Silap sikit ,orang UMNO akan  hentam beliau. Untuk menjadi baik banyak ujian. Setakat ini Leman Raja Lawak sudah lulus ujian. Beliau berdakwah melalui bakat dan pentasnnya,Pentas PAS.

Seorang pengawal peribadi kerabat diraja didenda RM10,000

Seorang pengawal peribadi kerabat diraja didenda RM10,000
JOHOR BAHRU - Seorang pengawal peribadi kerabat diraja didenda RM10,000 dan diarah membayar wang pampasan RM40,000 oleh Mahkamah Majistret hari ini selepas didapati bersalah memeras ugut seorang kontraktor, dua tahun lepas.
 
Majistret Noor Aisyah Ahmad membuat keputusan berkenaan terhadap Ahmad Asri Mohd Redzuan, 35, atau dikenali sebagai Milo, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya menimbulkan keraguan munasabah, di akhir kes pendakwaan.
 
Noor Aisyah mengarahkan tertuduh dikenakan penjara 36 bulan sekiranya dia gagal membayar denda itu dan penjara lapan bulan sekiranya gagal membayar wang pampasan kepada mangsa, hari ini.
 
Beliau mengguna pakai Seksyen 426 Kanun Acara Jenayah untuk mengarahkan Ahmad Asri membayar wang pampasan terbabit.
 
Mengikut pertuduhan pindaan, Ahmad Asri yang masih bujang itu didakwa dengan sengaja melakukan pemerasan dengan mendatangkan ketakutan kepada Zainal Awang, 53, dengan meminta menyerahkan dua keping cek berjumlah RM40,000 bagi mengelakkan hubungan sulit Zainal dengan seorang wanita didedahkan kepada keluarga.

Dia didakwa melakukan kesalahan terbabit di tempat letak kereta Perling Mall, di sini, antara 3 dan 4 petang 21 September 2010.
 
Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 384 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebat atau mana-mana dua daripadanya, jika sabit kesalahan.
 
Terdahulu, peguam Roy Angau Anak Gingkoi dalam rayuannya memohon mahkamah mengurangkan hukuman dan menangguhkan pelaksanaan hukuman, bagaimanapun ia ditolak Noor Aisyah.
 
Timbalan Pendakwa Raya Muhammad Ashraf Mohd Diah pula memohon mahkamah mengenakan hukuman setimpal dan membenarkan Zainal untuk memperjelaskan kesan peras ugut itu menerusi kenyataan impak kesalahan ke atas mangsa (VIS).
 
Zainal dalam kenyataannya pada prosiding itu memohon mahkamah mengambil kira kesengsaraan yang dialaminya dan keluarga akibat ketakutan yang dihadapi.
 
"Tertuduh mempunyai hubungan baik dengan pihak istana yang membuatkan saya berada dalam ketakutan dan pergerakan saya juga terbatas. Saya harap hukuman berat akan menjadi pengajaran kepada tertuduh agar tidak menyalah guna pengaruh untuk melakukan perkara sama terhadap orang lain," kata Zainal.
 
Tertuduh membayar denda dan wang pampasan berkenaan. - Bernama

Dr Raja Iskandar Al-Hiss perlu bertanding.

Bersama Dr Meor Ketua AMK Perak dan Ketua Pemuda PAS Padang Rengas di Rumah Terbuka PAS Kawasan Padang Rengas kelmarin


Ku Is Kerabat Diraja Perak perlu dicalonkan dalam PRU13 ini. Sudah tentu sebagai anak watan Kuala Kangsar dan mengetahui betapa Kuala Kangsar yang fahaman feudalime  masih menebal, Dr Raja Iskandar perlu dipertimbang kembali untuk bertanding di kawasan Kuala Kangsar. Sama ada DUN atau parlimen.Mungkin juga di kawasan lain di Perak. Ku Is pemimpin nasional dan dikenali di peringkat antarabangsa,sewajarnya dicalonkan oleh PAS Perak. Ku Is mudah menerima pendapat orang lain. Pernah bersama YB Salahudin dan YB Mahfuz Omar sebagai petugas Dewan Pemuda Malaysia.

Anak muda yang mesra rakyat, berkelulusan  doktor falsafah itu sudah tentu disenangi Kerabat Diraja Perak.Bagaimana orang Kuale ,adakah anda bersetuju???.  

Ustaz Nasha ,apa kata DS Nizar

Ceramah Merdeka anjuran PAS Kawasan Bukit Gantang akan berlangsung pada 14 September ,Jumaat ini. Penceramah utama DS Nizar Jamaluddin dan Ustaz Idris Ahmad.Turut berceramah YDP PAS Kawasan Bukit Gantang Ustaz Nordin Jaafar.Kita tunggu apa kata DS Nizar tentang UMNO yang gila meroyan untuk pergunakan Ustaz Nasha .


YB Wan Khairil ,Adun UMNO bersama Dr Raja Iskandar

Dr Raja Iskandar Al-Hiss melayani TPJ PAS Perak Hj Razman Zakaria dan ADUN Umno Bukit Chandan Dato' Wan Khairil di Rumah terbuka PAS Kuala Kangsar semalam.


Jamuan raya PAS Kuala Kangsar  dikunjungi juga ADUN Bukit Chandan,Parlimen Kuala Kangsar  YB Dato' Wan Khairil. Mungkinkah ada sesuatu yang diperkatakan kepada Ku Is,YDP Kuala Kangsar yang juga Kerabat Diraja Perak.

UMNO Kuala Kangsar pun didakwa ada dua puak,satu puak YB Manong Ramli Zahari.Puak kedua YB Bukit Chandan Wan Khairil. Dari sudut politik, YB Wan Khairil lebih mesra dengan rakyat berbanding YB Ramli Zahari. Belum puak Rafidah Aziz.