Terkini

SB polis sibuk tanya kenapa YB Idris Ahmad berbuka puasa di masjid.

Ustaz Idris Ahmad ,Ahli Parlimen Bukit Gantang dan YB Chua Yee Ling,Adun Kuala Sepetang menyantuni penduduk termasuk  penyokong tegar UMNO pada  29 Ramadhan lalu.Pihak polis melalui  cawangan khas(SB) sering bertanya pergerakan DS Nizar dan  Ustaz Idris Ahmad.Sehingga hendak berbuka puasa bersama penduduk pun mereka hendak tahu sebab apa?  

Changkat Jering-12 Ogos :PAS Kawasan Bukit Gantang berasa kesal dengan pihak SB(Cawangan Khas) yang bertanya pergerakan Ahli Parlimen Bukit Gantang untuk berbuka puasa(iftar),dalam bulan Ramadhan lalu  bersama penduduk di Masjid-masjid dalam Parlimen Bukit Gantang.  

PAS Kawasan Bukit Gantang mengharapkan pihak polis lebih baik bekerja keras menangkap penjenayah atau suspek yang telah membunuh beberapa orang penduduk dalam Bukit Gantang.Setakat ini dalam tempoh sebulan dua ini kerap benar berlaku kejadian pembunuhan menggunakan senjata api di sekitar Simpang dalam DUN Changkat Jering.  


1 Response to "SB polis sibuk tanya kenapa YB Idris Ahmad berbuka puasa di masjid."

  1. Nak wat camna,dema nie telah di arah oleh pehak atasan mereka terutama ameno/bn supaya
    sentiasa mengintip pergerakan pembangkang-sebab tu le lenie terlalu banyak jenayah berlaku
    di negara nie termasuk jenayah berat,,,mereka hanya pandang sebelah mata aje.

    ReplyDelete