Terkini

Hampir setengah juta ringgit PAS Perak bayar kalah petisyen PRU.


Pas Perak dijangka akan mengeluarkan setengah  juta ringgit untuk membayar kos petisyen  6 kawasan pilihanraya yang gagal dibicarakan.Kesemuanya tanpa sempat dibicarakan.setakat ini hanya DUN Manjoi yang dibuat rayuan.
Petisyen yang dikemukakan didakwa tidak mengikut Peraturan 4(1)(b) Peraturan-peraturan Petisyen Pilihan Raya(EPR) 1954.
Yang terbaharu calon PAS Dun Selama terpaksa membayar kos Rm50 ribu kepada setiap responden.
Sementara itu  Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS,Raja Dr Ahmad Iskandar al-Hiss dilaporkan mendakwa Mahkamah Pilihanraya tidak adil.Semuanya gara-gara ditolak tanpa sebab dibicarakan. 

BN Kekal Kemenangan DUN Selama, Tolak Petisyen PAS
IPOH: Mahkamah Pilihan Raya di sini mengekalkan kemenangan Barisan Nasional (BN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri Selama selepas menolak petisyen yang difailkan calon PAS Mohd Akmal Kamaruddin.
Hakim Datuk Abdul Rahman Sebli dalam keputusannya berkata pempetisyen gagalmengemukakan permohonan petisyen yang lengkap dan tidak mematuhi Peraturan 4(1)(b) Peraturan-Peraturan Petisyen Pilihan Raya (EPR) 1954.
"Peraturan 4(1)(b) EPR memerlukan pempetisyen menyatakan fakta dan alasanberhubung petisyen itu," katanya.
Hakim memerintahkan Mohd Akmal membayar kos masing-masing RM50,000 kepada responden pertama, anggota DUN Selama Datuk Mohamad Daud Mohd Yusoff daripada BN dan responden kedua, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Mohd Akmal diwakili tiga peguam diketuai N.P. Ramachandran manakala responden pertama diwakili barisan peguam diketuai Datuk Firoz Hussein Ahmad Jamaluddin manakala Peguam Kanan Persekutuan Norinna Bahadun dan Hanim Abd Rahman mewakili responden kedua.
Pada pilihan raya umum ke-13 pada 5 Mei lepas, Mohamad Daud menewaskan Mohd Akmal dengan majoriti 619 undi. - BERNAMA

0 Response to "Hampir setengah juta ringgit PAS Perak bayar kalah petisyen PRU. "

Post a Comment