Datuk Rosli Husin kalah kepada Datuk Syed Hussin Hafiz Syed Abdul Fasal untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang.Sementara itu Mohd Kamaruddin Abu Bakar berjaya menjadi Timbalan Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang.Kekalahan Cikgu Rosli @Cikgu Abu amat melegakan perwakilan UMNO. Rata-rata ahli UMNO memang tidak suka dengan Datuk Rosli.Mereka tahu jika ingin merampas kembali Parlimen dan Dua DUN di Bukit Gantang UMNO perlu mempunyai Ketua Bahagian yang boleh menyatukan ahli UMNO di Bukit Gantang.Nampaknya PAS Bukit Gantang dan Ahli Parlimen dan Adun PR Bukit Gantang kena bekerja keras dan perlu terus ke hadapan dalam menyelesaikan masalah rakyat.Rakyat perlu disantuni. |
0 Response to "Datuk Syed Hussin Ketua Bahagian UMNO Bukit Gantang,PAS mesti bijak. "
Post a Comment