Terkini

Rayuan petisyen Dun Pasir Panjang,Manong,Selama dan Lubok Merbau ,hari ini.

DS Nizar sudah sampai di Mahkamah Persekutuan untuk mendengar petisyen DUN Pasir Panjang,Manong,Selama dan Lubok Merbau.
Mahkamah Persekutuan menetapkan 21 Oktober ,hari ini  untuk mendengar secara serentak rayuan enam petisyen pilihan raya.
Petisyen itu ialah bagi kerusi Parlimen Machang dan Ketereh di Kelantan manakala empat lagi bagi kerusi Dewan Undangan Negeri di Perak iaitu Pasir Panjang, Manong, Selama dan Lubok Merbau.
Panel lima hakim diketuai Hakim Besar Malaya Tan Sri Zulkefli Ahmad Makinudin membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan peguam Razlan Hadri bagi menangguhkan pendengaran rayuan petisyen bagi Machang yang dijadualkan hari ini(Berita terdahulu) 

0 Response to "Rayuan petisyen Dun Pasir Panjang,Manong,Selama dan Lubok Merbau ,hari ini."

Post a Comment