Tok Guru Dato Nik Aziz berharap agar semua lapisan pimpinan parti PAS tidak memandang ringan cabaran UMNO/BN di dalam pilihanraya kecil DUN Sungai Limau nanti. Sekalipun PAS menerusi Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan memenangi kerusi tersebut dengan majoriti yang agak besar, namun di dalam pilihanraya kecil, pelbagai kemungkinan boleh terjadi.
Semua pihak di dalam PAS dan Pakatan Rakyat wajib berwaspada, saya yakin pihak lawan akan menggunakan segala macam usaha untuk menawan kembali kerusi tersebut.
Gerak kerja harus dimulakan sekarang, jauhi sikap terlampau yakin. Tingkatkan usaha di tahap maksimum, gantungkan harapan kepada Allah SWT.
|
0 Response to "TG Nik Aziz,jangan pandang ringan pilihanraya kecil Sungai Limau."
Post a Comment