Terkini

Kemajuan teknolgi digital,beban kerja cikgu lagi banyak.


Kemajuan teknologi digital,beban kerja guru lagi banyak bukan bertambah sedikit.Pembantu guru tidak sampai-sampaipun.
PETALING JAYA: Beban kerja terhadap pekerja di Malaysia dijangka meningkat dengan kemajuan teknologi digital di tempat kerja di samping majikan yang lebih berminat untuk mengambil pekerja yang mahir dalam beberapa bidang.
Kajian terbaru oleh firma perkhidmatan pengambilan tenaga kerja dan sumber manusia global menunjukkan sembilan daripada 10 pekerja mengjangkakan kerja mereka akan lebih mencabar dalam tempoh lima tahun akan datang.
Menurut laporan terkini daripada Randstad Workmonitor, responden menjangkakan suasana tempat kerja yang lebih baik ddi Malaysia berbanding responden di Singapura (80%), Hong Kong (73%), Australia (73%) dan New Zealand (82%).
Kajian yang dijalankan ke atas 405 responden, turut mendapati 95% pekerja di Malaysia bersedia untuk meningkatkan kemahiran mereka bagi mengikut peredaran masa.
Pengarah Randstad Malaysia, Jasmin Kaur berkata majikan kini memberi penekanan terhadap pendidikan, pengalaman, kemahiran sosial dan digital.
"Dengan organisasi menjadi semakin kompleks, pekerja kini diharapkan bukan sahaja dapat memberi persembahan terbaik malah mampu melakukan lebih daripada satu kerja pada satu-satu masa," katanya.
Jasmin berkata kadar tersebut memberi kesan kepada sasaran Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan turut bersetuju dengan hasil laporan berkenaan.
"Suka atau tidak, inilah perkembangan terbaru disebabkan tuntutan dunia perniagaan pada hari ini," katanya sambil menambah pekerja senior juga terpaksa menyesuaikan diri dengan perkembagan dunia digital dan menjadi jalan penghubung pada era masa kini.
Jasmin berkata kajian tersebut turut mendapati kebanyakan responden percaya majikan mereka meletakkan kepentingan kemahiran digital ditahap yang lebih utama berbanding lima tahun lalu.
"Dengan media sosial menjadi sebahagian daripada dunia bisnes pada hari ini, kebanyakan pekerja lebih selesa menggunakan medium seperti Twitter dan LinkedIn yang dapat membantu pekerja kekal berhubung dan tahu perkembangan semasa dalam industri pada hari ini.
"Setiap syarikat mempunyai tahap penilaian yang berbeza terhadap pekerja mereka. Pekerja dijangka akan diminta bekerja lebih masa bagi memenuhi kehendak pelanggan seperti yang dikehendaki," katanya.
Shamsuddin turut berkongsi pandangan yang sama, beliau berkata adalah menjadi satu keperluan pekerja dapat dihubungi setiap hari sama ada selepas waktu pejabat atau ketika mereka sedang bercuti.
Bagaimanapun, beliau berkata pekerja mengakui bahawa perlu ada imbangan antara kerja dan kehidupan peribadi mereka.
"Mudah dihubungi tidak bermakna anda perlu bekerja 24 jam, tujuh hari seminggu."
Beliau berkata pekerja juga tahu majikan akan gembira apabila mereka lebih produktif.
Sementara itu, Setiausaha Agung MTUC, Abdul Halim Mansor said berkata organisasi tersebut menentang budaya kerja yang meminta pekerja bekerja pada hari cuti atau selepas waktu pejabat.
Beliau berkata Akta Pekerja Malaysia menetapkan hari cuti adalah satu keperluan kepada pekerja. "Walaupun ia merupakan tuntutan kerja , hak kakitangan mendapat rehat mencukupi wajar dihormati," katanya.
Abdul Halim berkata budaya kerja sedemikian akan memberikan kesan negatif kepada keluarga dan komuniti.
Beberapa pengurus syarikat memberitahu The Star, budaya kerja dan kedudukan seseorang pekerja akan menentukan sama ada dia perlu bertugas mengikut keperluan pada hari cuti atau tidak.
"Bagi mereka dalam bidang pengurusan, memang tidak ada jalan keluar," kata pengurus bahagian sumber manusia sebuah syarikat multinasional di Kuala Lumpur.
Seorang lagi pengurus yang enggan dikenali berkata, terpaksa bekerja selama 24 jam sehari merupakan perkara biasa.
"Syarikat memberikan telefon pintar jadi mereka boleh dihubungi pada bila-bila masa sahaja," katanya.
Kajian yang dijalankan pada 17 Julai dan 5 Ogos turut mendapati, 77% rakyat Malaysia berpuas hati dengan dengan majikan mereka berbanding dengan Singapura 56%, 47% di Hong Kong dan 44% di Jepun.
Jasmin berkata persekitaran kerja yang menyeronokkkan, pucuk pimpinan yang efektif dan perkembangan kerjaya merupakan sebab rakyat Malaysia berpuashati dengan majikan mereka.
Kajian kuantitatif tersebut dijalankan secara online.
Responden berusia antara 18 hingga 65 tahun dengan waktu bekerja minimum 24 jam setiap minggu bagi setiap pekerjaan berbayar.
Randstand mengeluarkan laporan kajian tersebut empat kali setahun.sumber

0 Response to "Kemajuan teknolgi digital,beban kerja cikgu lagi banyak."

Post a Comment