Terkini

Yayasan Bina Upaya, PAS Perak kena kerja keras dapat sokongan Melayu.

YBUDR jelajah negeri promosi perkhidmatan

Ismail Sapian (baju putih) bekas calon UMNO yang kalah  PRU di Parlimen Bukit Gantang boleh mendekati orang Melayu di Bukit Gantang dengan menggunakan YBUDR ini.Sementara itu PAS Bukit Gantang kena fikir cara terbaik untuk menyantuni penduduk.Ismail Sapian tak perlu guna UMNO Bahagian jumpa penduduk,buat program YBUDR beliau boleh bertemu penduduk. 

Parit - Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) akan melancarkan program  Belia Aman Niaga bagi membolehkan  belia negeri ini membuat pinjaman sebagai modal selain membina kios perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ismail Saffian berkata, program baru itu bagi menggantikan program Kios Amanjaya yang diperkenalkan YBUDR sebelum ini.

“Dalam program Amanjaya dulu, kita bagi kios percuma kepada peniaga, tetapi kurang mendapat sambutan dan ada yang tidak menghargainya.

"Jadi, kerana itu kita tamatkan program Kios Amanjaya dan gantikan dengan Belia Aman Niaga,” katanya .

Menurut Ismail, menerusi program itu, belia akan diberi pinjaman RM5,000 dan daripada jumlah itu, RM3,000 hingga RM3,500 digunakan untuk membina kios manakala bakinya sebagai modal pusingan.

“Kita menjangkakan Belia Aman Niaga akan memberi manfaat besar selaras dengan hasrat kerajaan negeri melahirkan seramai mungkin usahawan di negeri ini.

Dalam pada itu, YBUDR akan mengadakan jelajah seluruh daerah di negeri ini  dalam masa terdekat bagi memberikan penjelasan kepada pemimpin setempat mengenai perkhidmatan disediakan untuk dihebahkan kepada penduduk setempat.

“Pada tahun ini juga, kita memperkenalkan Skim Rumah Aman Jaya (SRIA) iaitu pinjaman melibatkan pemohon yang berpendapatan antara RM1500 hingga RM3000.

“Melalui skim ini mereka yang tiada rumah tetapi ada tapak boleh memohon dengan bayaran bulanan RM213 sebulan,” katanya.

Menurutnya, 120 rumah dijangka dapat dibina sepanjang tahun ini.

“Sehingga kini, 40 rumah diluluskan dan lima rumah siap dibina dengan nilai RM52,000 setiap satu.

Beliau berkata, melalui jelajah itu juga, YBUDR akan turut mendapatkan maklum balas daripada masyarakat.

“Respons akan digunakan bagi penambahbaikan perkhidmatan supaya mencapai sasaran,” katanya.

0 Response to "Yayasan Bina Upaya, PAS Perak kena kerja keras dapat sokongan Melayu."

Post a Comment