Terkini

Inilah wajah Cikgu Zuraini Arifin yang suruh sukarelawan keluar dari pusat penempatan banjir.

Inilah  wajah Cikgu Zuraini Ariffin yang menghalau sukarelawan  yang bertungkus lumus selama ini membantu  mangsa banjir di Sekolah  Menengah Kebangsaan Sultan Ismail,Kota Bharu.Sukarelawan yang dipimpin Datuk Takiyuddin Hassan  dan  Exco Kerajaan Kelantan, Dr Ramli Mamat,tidak lagi dibenar membantu mangsa banjir di sini. Mungkinkah Cikgu ini sudah dapat kebenaran  Tan Sri Muhyiddin Yassin.?
Surat  yang meminta Cikgu Zuraini Ariffin bertangungjawab jika berlaku ketidakselesaan  kepada mangsa banjir.

Surat bertulisan tangan ditandatangani Dato Takiyuddin  dan YB Dr Ramli Mamat.

Cikgu Norhayati Sulong,sempat tanda kertas SPM ,sebelum mati lemas.

Foto Adun  Cukai, Haji Hanafiah Mat sedang membelai anak bongsu arwah Cikgu Norhayati dan Suhaimi Awang. 


Ibu dan bapa mereka  telah meninggal dunia akibat lemas Rabu lalu. Bapa mereka Suhaimi Awang 37 dan Norhayati Sulong ,37,mati lemas akibat bot penyelamat mereka terbalik ketika melalui pusaran air banjir yang melanda kediaman mereka di Kampung Geliga Che Akob, Cukai, Terengganu.

Arwah ibu  kanak-kanak ini seorang pemeriksa kertas Sijil Pelajaran Malaysia.Ibu bapa mereka  memindahkan enam anak mereka,Nor Shafiqah Shahira 12, Nor Izzah Insyirah 11, Muhammad Irfan Irsyad, 9, Nor Intisar Izdihar 6, Muhammad Aqil Amsyar 4 dan Nor Adifa Arissa 4 bulan ke rumah  adiknya di Kampung Geliga Intan, berhampiran rumah mereka.

Kemudian ,kembali ke rumah untuk meneruskan pemeriksaan kertas jawapan SPM. Apabila air semakin naik , arwah meletakkan di tempat dijangka selamat  almari tinggi .

Mereka keluar rumah menyelamatkan diri menggunakan bot penyelamat.Malang tidak berbau bot mereka terbalik.Kedua- dua arwah dibawa arus deras.Mayat Cikgu Norhayati ditemui Jumaat  4.05 petang dan Suhaimi 12.10 tengahari Sabtu.

InsyaAllah pengorbanan guru sehingga saat akhir kematian menanda kertas jawapan SPM ini dikira sebagai amal soleh.Semoga keluarga dan anak-anak arwah tabah. Didoakan mereka tidak dipisahkan.
Alfatihah.

Banjir:Hati-hati dengan akaun palsu FB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang.

Atas FB Dato' Seri Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang merupakan FB yang sebenar Presiden PAS.Sementara itu Dd bawah merupakan akaun FB palsu yang menggunakan  nama Presiden PAS. Admin  menggunakan FB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang, itu telah melaporkan berita palsu  kematian 10 rang mati dipercayai lemas.

FB Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang  itu selalu mengeluarkan "post"  berniat jahat.Bagi pengguna FB kena berhati-hati dan cermat untuk tidak share dengan akaun FB ini. 

Teknik meredah banjir oleh mahasiswa Universiti Malaysia Kelantan.

Teknik menyelamatkan diri daripada banjir oleh pelajar Universiti Malaysia Kelantan, Pengkalan Chepa.Mereka terpaksa menyelamatkan diri apabila asrama mereka dimasuki air.

Banjir,Husam Musa bantu dapat derma untuk Kelantan.

Banjir,Husam Musa bantu dapat derma untuk Kelantan.
Bagus Husam Musa berjaya menyakinkan Azmin Ali dan Lim Kit  Siang untuk menderma kepada mangsa banjir.

Azmin Ali dan Lim Guan Eng kena tunjukkan solidariti kepada Kerajaan Kelantan. Peduli dengan seorang dua pemimpin kecil yang menyebabkan hubungan menjadi renggang.

Derma dari DAP yang disalurkan melalui Lim Kit Siang diberi kepada sebuah Yayasan di pengerusi Datuk Paduka Husam Musa.Azmin Ali selaku MB Selangor memberi kepada Kerajaan Kelantan.

Banjir, mungkinkah skrip jawapan SPM dihanyut air bah..?

Banjir, mungkinkah skrip jawapan SPM dihanyut air bah..?
Banjir setakat ini  telah mengorban beberapa nyawa. Banjir pada kali ini telah merosakkan harta benda. Dianggarkan 90 ribu ditempatkan di pusat pemindahan.Banjir pada kali ini juga dijangka menjejaskan sistem pendidikan negara.Dengan kerosakan bangunan dan peralatan P  & P.

Antaranya mungkinkah kertas jawapan SPM dihanyut air banjir?Mungkinkah rumah pemeriksa kertas juga dilanda bah?

Jika berlaku, perlu adil untuk semua calon peperiksaan. JANGAN pula pemeriksa kertas pula yang dikenakan tindakan kerana dianggap cuai.

Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran kena  membincang pelan tindakan jika kertas jawapan  SPM betul-betul telah hilang di bawa arus air bah.

Harap- harap kertas skrip jawapan calon selamat.Setakat ini Lembaga Peperiksaan Malaysia pun senyap, mungkin tiada masalah apabila keputusan diumumkan pada Mac 2015 nanti.

 Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Menteri Pelajaran kena  membincang pelan tindakan jika kertas jawapan  SPM betul-betul telah hilang di bawa arus air bah.

Banjir di enam negeri pada kali ini  menguji banyak jabatan dan kementerian.Antaranya pelajaran,kesihatan, polis,bomba, dan pihak berkuasa tempatan.

Geng Ustaz meredah air banjir.

Geng Ustaz  diketuai Ketua Geng Ustaz , Ustaz Azli Musa ,termasuk YB Nik Abduh,Ahli Parlimen Pasir Mas  meredah kawasan banjir.Sukanya mereka meredah banjir untuk menolong rakyat.. 

Ada hikmahnya banjir di Kelantan.

Ada hikmahnya banjir di Kelantan.
Banjir di Kelantan khususnya ada hikmah.Memberi peringatan kepada kerajaan Kelantan untuk bermuhasabah.

Ini masanya untuk melihat pembangunan yang melestarikan alam.Ini masanya melihat tindakan PAS sebagai kerajaan dalam menangani krisis bencana seperti banjir.

Ini masanya untuk melihat adakah  sebagai kerajaan sudah menjaga hubungan dengan Allah dan hubungan kerajaan dengan rakyat.

Di samping itu PAS boleh melihat keberkesanan jentera parti bergerak dalam mengurus rakyat, hasil musibah banjir.

Paling kurang juga YB Ustaz Nik Amar dan YB Ustaz Nik Abduh boleh bermuhasabah?

PAS Kelantan juga boleh minta nasihat Tok Guru Nik Aziz, mengapa semasa pemerintahan beliau banjir tidak seteruk ini.

Bah ini satu ujian untuk kerajaan, rakyat dan PAS, parti yang memerintah.Menteri  Besar pun sudah meminta rakyat solat taubat dan hajat untuk membantu meringankan beban musibah.

PT3 , sistem yang ingin jatuhkan Muhyiddin Yassin?????

Apa punya UMNO. Sama ada Dato Seri Najib atau Tan Sri Muhyiddin, dua-dua gagal.Gagal sebagai Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

Najib Razak dengan pelbagai isu seperti 1 MDB, MAS, MH17, MH730 ,saham FELDA jatuh ,kos hidup tinggi. Dalam pada itu Muhyiddin Yassin  gagal dalam mengurus peperiksaan PT3. 

Nak tahu kegagalan Muhyiddin Yassin di sini. 

Sampai sekarang Menteri tidak keluar kenyataan. Sampai sekarang Ketua Pengarah tidak keluar kenyataan.

Sekolah tersohor pun diam membisu. Yang pasti komen Pengetua, bagus.Yang pasti komen pembodek,terbaik.Sistem pendidikan sudah hancur ,tidak tahu.

Keputusan PT3 kelam kabut.

SHAH ALAM - Keputusan Pentaksiran Tingkatan tiga (PT3) yang diumumkan hari ini ternyata mengejutkan pelbagai pihak, mana tidaknya PT3 yang mengambilalih ‘peranan’ Peperiksaan Menegah Rendah (PMR) telah melihatkan penurunan calon yang mendapat semua A.

Antaranya Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Prof Madya Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff turut mempersoalkan PT3 ini.

Menurutnya reaksi yang beliau dapat terutama daripada ibu bapa calon ternyata mereka kecewa dengan PT3.

“Jam 9 pagi, saya keluar pejabat untuk ke SMK Jalan 4, Bandar Baru Bangi melihat reaksi anak murid dan ibu bapa menerima keputusan peperiksaan PT3. Saya ke sekolah ini kerana inilah sekolah terbaik di daerah ini yang setiap tahun ratusan pelajarnya mendapat 8A ke atas.

“Namun, tahun ini hanya 8 orang pelajar sahaja dari sekolah ini yang mendapat semua A. Pencapaian sekolah ini adalah lebih kurang sama sahaja dengan pencapaian dari sekolah berasrama penuh yang lain. Maklumat awal yang saya perolehi menunjukkan hanya 11 orang dari Tunku Kursiah yang mendapat semua A, 10 dari Faris Petra, seorang dari SDAR, seorang dari Sakti, 21 orang dari Mozac dan 26 orang dari Tun Fatimah.

“Saya bertanyakan ibu bapa dan para guru tentang tentang pelaksanaan PT3. Satu persamaan pandangan mereka ialah PT3 adalah peperiksaan yang paling bercelaru, kelam kabut dan kucar kacir,” katanya dipetik menerusi laman sosial Facebooknya.

Jelas Agus lagi, luahan hati ibu bapa calon juga mengatakan bahawa PT3 dilaksanakan secara tergesa-gesa sehinggakan anak-anak mereka tidak sempat untuk ‘bersiap siaga’.

“Kata mereka, inilah peperiksaan yang format peperiksaannya bersifat ad hoc (sementara), diumumkan lewat, anak-anak dijadikan bahan uji kaji, calon-calon dan para guru tidak diberitahu langsung tentang peperiksaan ini pada peringkat awalnya dan banyak lagi.

“Ibu bapa tidak berpuas hati dengan pentaksiran mengikut sekolah ini kerana kertas jawapan diperiksa oleh guru yang sama mengajar di sekolah, tidak guru dari sekolah atau negeri lain. Mereka mempersoalkan tentang keadilan untuk memohon masuk ke sekolah berasrama penuh dan lainnya,” katanya.

Menurut Agus lagi, oleh itu pandangan ibu bapa dan guru perlu tentang PT3 perlu diambil kira sekiranya sayangkan pendidikan negara.

“Betul, soalan PT3 adalah berbentuk subjektif yang memerlukan pelajar berfikir. Betul, soalan PT3 adalah bersifat Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT). Tetapi pertanyaannya, apakah dengan KBAT ini, ia dapat membantu kita dalam menaikkan taraf pendidikan negara?

“Melihat kepada kecelaruannya, saya tidak fikir ia dapat membantu meningkatkan sistem pendidikan negara kita. Jadi, apa tindakan seterusnya? Buatlah survei secara jujur dari kalangan guru dan ibu bapa, dan ambillah cadangan dan pandangan mereka. Itulah yang terbaiknya,” katanya.(SUMBER)