Terkini

Murshidul Am , Haji Hadi, Presiden Tuan Ibrahim.

Murshidul Am, Tok Guru Haji Abdul Hadi dan Presiden PAS, Tuan Ibrahim. Satu perkembangan yang menarik.Tapi Murshidul Am sudah diisi.

Mengharapkan PAS, betul-betul PAS for all.

2 Responses to "Murshidul Am , Haji Hadi, Presiden Tuan Ibrahim."

  1. Setuju. Hanya inilah satu cara untuk selamatkan Pas di akhir zaman

    A.B.A.H
    Asalkan Bukan Abdul Hadi
    A.B.U kan presideng

    ReplyDelete
  2. Tuan

    Amat sedih melihat apa yang berlaku sekarang didalam PAS.

    Secara rasionalnya ia adalah kelemahan TGHH sebagai pemimpin utama PAS menanggani masaalah yang sedang berlaku sekarang. Beliau tidak mempunyai ketegasan baik dari segi ilmu dan kepimpinan untuk menanggani masaalah yang bukanlah sebesar mana pun.Yang lebih menyedihkan lagi, TGHH membiarkan dirinya diguna oleh kumpulan tertentu didalam PAS untuk mencapai agenda mereka. Jadi dimana ketinggian ilmu yang disanjung itu jika masaalah yang tidak sebesar mana ini gagal ditangani?....ini isu te4besar mengenai kepimpinan TGHH.

    Masaalah dalam PAS sebenarnya cukup mudah. Jika kita memerhati secara rasional, ianya cukup mudah. Terdapat beberapa puak didalam PAS mahu menggunakan PAS sebagai platform untuk mencapai agenda mereka yang mereka sembunyikan disebalik slogan-slogan seperti kepimpinan ulamak yang terancam, PAS perlu diterajui oleh ulamak dsbnya. Kumpulan paling menonjol ialah kumpulan UG dimana beberapa pemimpin PAS berjawatan dari golongan agamawan mahu membawa keluar PAS dari PR ( dasar PAS ialah bersama PR) dan mengadaikan PAS kepada UMNO dengan imbuhan2 tertentu. Disamping itu ada juga kumpulan ustaz-ustaz mengambil kesempatan dari kerja-kerja UG ini untuk kep3ntingan diri seperti untuk mengekalkan jawatan, tujuan fulus dimana mereka boleh menjelajah masjid dan surau untuk memberi kuliah, untuk tujuan pe4niagaan seperti umrah/haji dll.

    Kesemua puak2 ini menggunakan dan memperdagangkan perkataan " ULAMAK" dengan cara yang begitu murah untuk mendapat sokongan dengan memecahbelahkan perpaduan dikalangan ahli-ahli yang sudah dijalin kukuh puluhan tahun lamanya. P3mimpin UG yang berjawatan peringkat pusat menggunakan jawatan mereka dan organ-organ PAS untuk mencapai tujuan mereka menggunakan platform PAS.

    Keadaan perpecahan didalam PAS sekarang memang berlaku dan kita lihat puak UG boleh melakukan apa sahaja, menggunakan pelbagai program rasmi PAS untuk memecahbelah perpaduan dikalangan ahli-ahli tanpa disekat.

    Sebenarnya solutionnya cukup mudah untuk menghentikan huruhara didalam PAS sekarang. Caranya ialah TGHH bertegas dengan menggunakan ilmunya yang tinggi. Tindakan terhadap kaki-kaki pemecahbelah ini perlu diambil tanpa memilih bulu atau kedudukan. Yang betkedudukan dalam parti inilah yang membuat kerosakan besar sekarang kerana mereka menggunakan kemudahan parti untuk merosakkn parti!. TGHH bukan xkenal siapa mereka2 ini.

    Jika TGHH rasa tak mampu atau tidak mempunyai keberanian bertindak,;beliau perlu meletak jawatan dan memberi ruang kepada orang lain untuk membetulkan keadaan.

    ReplyDelete