Terkini

Ustaz Azli Musa yang hasut pergi demo, pergi mana,12 OKZ kena penjara 10 bulan.

Pihak Penjara menyuruh  waris 12 OKZ membeli makanan sendiri untuk makan tengahari,kerana tiada peruntukan.BAS yang membawa 12 OKZ ke Penjara Kajang. 

Putrajaya;-Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menjatuhkan hukuman denda RM5,000 dan 10 bulan penjara kepada 12 yang terlibat dalam tunjuk perasaan membantah pelantikan Menteri Besar Perak Datuk Seri Zambry Abdul Kadir selepas kerajaan Pakatan Rakyat (PR) dijatuhkan pada 2009.
Semua 12 penunjuk perasaan itu kemudiannya terus dibawa ke penjara untuk menjalani hukuman.
Hakim membuat keputusan itu dengan menolak keputusan Mahkamah Sesyen dan Mahkamah Tinggi sebelum ini.
Mahkamah Sesyen menjatuhkan hukuman RM5,000 dan 2 tahun penjara sebelum ini manakala Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman denda RM5,000 tetapi tiada hukuman penjara di samping membebaskan 3 daripada mereka.(sumber)

0 Response to "Ustaz Azli Musa yang hasut pergi demo, pergi mana,12 OKZ kena penjara 10 bulan. "

Post a Comment