Terkini

Kes Mat Indera, Mahkamah Sesyen dapati Mat Sabu tidak bersalah.

Mahkamah Sesyen Butterworth memutuskan bekas Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tidak bersalah atas dakwaan membuat kenyataan fitnah berkaitan serangan komunis di balai polis Bukit Kepong pada 1950.

Beliau dituduh memburuk-burukkan anggota polis dan keluarganya dalam insiden itu dalam ceramah di Tasek Gelugor pada Ogos 2011.

Hakim Meor Sulaiman Ahmad Tarmizi membuat keputusan itu selepas pihak pendakwaan gagal membuktikan kes.

Mohamad atau lebih dikenali sebagai Mat Sabu ditemani peguam Mohamed Hanipa Maidin, yang juga anggota parlimen Sepang.


0 Response to "Kes Mat Indera, Mahkamah Sesyen dapati Mat Sabu tidak bersalah."

Post a Comment