Terkini

Kita pertahan Orang Melayu mencuri, itu asabiyah dan jahiliah-Dr Mujahid.

Orang Melayu mesti berhenti membiarkan diri mereka ditipu dan terperangkap dengan permainan perkauman, kata Ahli Jawatankuasa Pusat Gerakan Harapan Baru (GHB) Datuk Dr Mujahid Yusof Rawa.

Susulan pergaduhan di Plaza Low Yat, Kuala Lumpur baru-baru ini yang berkaitan sentimen perkauman, ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata, kelakuan yang baik atau buruk tiada kaitan dengan mana-mana kaum.

"Dalam semua kaum, ada orang yang baik, ada jahat. Apabila kita menentang Umno, kita menentang pemimpinnya. Itu tidak bermakna kita menentang orang Melayu, tetapi kita menentang semua orang Melayu yang korup.

"Jika seorang Melayu mencuri, kita tidak boleh pertahankan orang itu," katanya menyifatkan tindakan sebegitu sebagai ‘asabiyah dan jahiliah’.

"Cukuplah. Janganlah kita diperdayakan lagi," katanya pada ceramah GHB yang dihadiri ratusan orang di Kangar, Perlis, malam tadi.

Dalam kejadian di Plaza Low Yat 11 Julai lalu, sekumpulan belia Melayu didakwa melarikan telefon pintar dari sebuah kedai ketika jurujual yang melayan mereka berpaling untuk mendapatkan hadiah percuma. – 20 Julai
(Sumber tmi)


0 Response to "Kita pertahan Orang Melayu mencuri, itu asabiyah dan jahiliah-Dr Mujahid."

Post a Comment