Terkini

Penjelasan laporan berita"opponent", itu pesaing politik-Mujahid

PENJELASAN KEPADA LAPORAN BERITA

Laporan berita dalam The Malay Mail Online yang memetik saya berkata dalam Bahasa Inggeris bahawa “…our number one opponent is PAS…” diviralkan seolah ‘musuh utama’ (diterjemahkan) HB adalah PAS telah dimanipulasikan.

Perincian kenyataan saya adalah dalam konteks medan pilihanraya sebagai PESAING kerana dijangka HB apabila menjadi entiti politik akan berhadapan dengan PAS jika berlaku pertandingan tiga penjuru.

Konteks “opponent” bukan musuh secara umum tetapi pesaing politik dalam merebut sokongan pengundi. Selain itu, konteks “opponent’ itu juga membawa maksud pendekatan Islam yang berbeza yang ingin dibawa oleh HB berbanding PAS.

Sekian harap penjelasan ini sebagai jawapan kepada kenyataan di luar konteks yang dipetik oleh portal dan pihak-pihak tertentu secara tidak bertanggungjawab.

Sekian

Dato’ Dr Mujahid Yusof Rawa
20 Julai 2015

0 Response to "Penjelasan laporan berita"opponent", itu pesaing politik-Mujahid"

Post a Comment