Terkini

Majlis Tahkim selesaikan permasalahan PAS dan Harapan Baru-TPJ PAS.

KENYATAAN MEDIA
TIMBALAN PESURUHJAYA PAS PERAK
17 OGOS 2015

PAS DAN HARAPAN BARU PERLU LANTIK MAJLIS TAHKIM SELESAIKAN PERMASALAHAN

1. Saya berpendapat PAS dan Harapan Baru tidak boleh hanya membuat kenyataan dalam kemelut yang masih berpanjangan ini.

2. Pendekatan terbaik yang tidak merugikan mana-mana pihak hendaklah diusahakan bagi menyelesaikan isu ini.

3. Pendekatan "menang-menang" adalah yang terbaik dalam penyelesaian. 

4. Saya mencadangkan supaya dibentuk Majlis Tahkim yang dianggotai oleh mana-mana pihak atau individu yang saling dipercayai oleh PAS dan Harapan Baru. Majlis Tahkim hendaklah menjadi orang tengah bagi mencari penyelesaian isu ini.

5. Tokoh-tokoh ulama, politik dan gerakan Islam luar negara yang sering menjadi rujukan PAS dan Harapan Baru juga boleh menganggotai Majlis Tahkim. Ulama tersohor seperti Dr Yusuf Al Qardhawi adalah salah seorang ulama terbaik bagi menjadi orang tengah dalam penyelesaian isu ini.

6. Penglibatan tokoh-tokoh Islam antarabangsa dilihat perlu, kerana mereka juga mempunyai pengalaman dalam menghadapi pergeseran dalam jamaah Islam.

7. Di negara kita, tidak kurang tokoh-tokoh hebat termasuklah badan bukan kerajaan (NGO) berkelayakan untuk menyertai Majlis Tahkim yang dicadangkan bagi mencari penyelesaian ini. 

8. Para ulamak, ahli akademik, veteran dan pemerhati politik yang saling dipercayai oleh kedua-dua pihak hendaklah tampil menawarkan diri bagi penyelesaian isu yang merugikan ini. 

9. Situasi politik di Malaysia sekalipun panas, tetapi tidaklah sekronik persengkataan politik dunia luar. Masing-masing pihak hendaklah sering menghentikan serangan-serangan politik yang tidak menguntungkan.


Beristiqamah Hingga Kemenangan

USTAZ MOHD MISBAHUL MUNIR MASDUKI
Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak

5 Responses to "Majlis Tahkim selesaikan permasalahan PAS dan Harapan Baru-TPJ PAS."

  1. Elok ustaz munir sampaikan kpd tuang presideng ustaz mudah2an akal dia dia terbuka sikit! Namun setakat ini pun adah usaha2 GHB kearah itu tapi PAS kuat..........suci dan ahli syorga!

    ReplyDelete
  2. Eloklah tu... ada ustaz yang dok guna masjid perli2 puak2 GHB... Ungkit pasal pendidikan awal yang bukan agama. Aku amat tertarik dgn kata kata Siddique Fadhil, 'mereka yang mengambiol sikap keras dalam kerja-kerja Islam, semangatnya bertambah tetapi fiqhnya tidak bertambah"... Dan tercari-cari sifat fatonah Nabi saw dalam pimpinan gerakan islam malaysia

    ReplyDelete
  3. Satu pandangan yang baik. Namun semuanya telah terpampang dan tertulis dengan nyata sejak lebih dua tahun yang lalu. Mereka yang dipanggil jebon, barua dan sebagainya telah dikatogerikan sebagai 'orang yang tidak dikehendaki dalam PAS'. Oleh itu sewajarnya mereka dihalau keluar. Saya tak nampak tuan presiden ustaz Munir, akan mendengar saranan dari seorang 'kecil' dalam PAS!! Ustaz mesti ingat serban tuan presiden tersangatlah besar!!

    ReplyDelete
  4. masa fitnah dan singkir ada fikir tentang islam,

    ReplyDelete
  5. masa mereka dihina dulu dimanakah dirimu wahai USTAZ MOHD MISBAHUL MUNIR MASDUKI. selepas menang baru nak bersuara. pergi jahanam

    ReplyDelete