Terkini

Nombor telefon enam Setiausaha Amanah Negeri digodam.

Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini mengarah setiausaha negeri di enam buah negeri membuat laporan polis selepas telefon mereka didakwa digodam oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Setiausaha Agung AMANAH Mohd Anuar Tahir berkata nombor telefon setiausaha di Wilayah Persekutuan, Selangor, Perak, Perlis, Pahang dan Kelantan digodam kerana didakwa menghantar mesej palsu berkaitan "keahlian dan penghinaan kepada pihak tertentu".

"Kita arahkan agar setiausaha negeri yang nombor telefonnya digodam untuk tampil membuat laporan polis," katanya ketika dihubungi Malaysiakini pagi ini.

"Kita dapat laporan kononnya (dalam mesej itu) AMANAH ada membuat kajian mengenai parti itu.

"Namun (SMS itu) dihantar kepada (orang) PAS. (Jadi) ia boleh mengakibatkan perbalahan," katanya lagi.

Menurutnya lagi, setiausaha negeri itu hanya mengetahui nombor telefon mereka digodam selepas dihubungi oleh pihak yang menerima mesej tersebut.

"Kita memang ada paparkan nombor telefon Setiausaha Negeri di dalam laman web dan risalah AMANAH. Ia untuk memudahkan sebarang urusan pertanyaan berkaitan parti.

"Ada pihak yang cemburu dengan AMANAH telah menyebarkan perkara yang tidak benar. Saya sifatkan mereka (penggodam) ini sebagai tidak bertamadun," katanya.

Dalam kenyataanya pula, Anuar berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan "taktik kotor itu" digunakan percubaan mengganggu dan menyekat gelombang penyertaan rakyat ke dalam AMANAH yang semakin pesat ketika ini khususnya di peringkat kawasan.

Katanya, sekalipun pelbagai cara digunakan untuk menyekat usaha AMANAH, namun ia sama sekali tidak mematahkan semangat para petugas parti itu untuk terus mendampingi rakyat.

"Kes sebegini bukan pertama kali berlaku. Sebagai sebuah parti baru, kami sedar akan risiko yang terpaksa dihadapi dalam usaha memposisikan parti AMANAH di persada politik tanah air," katanya.

Selepas penubuhannya diumumkan akhir Ogos lalu, AMANAH kini menerima lebih 50,000 permohonan keahlian untuk menyertai parti itu dengan menerima permohonan keahlian teramai dari Kelantan sebanyak 12,000.

Parti itu turut menerima lebih seribu permohonan daripada masyarakat bukan Islam untuk menjadi ahli


2 Responses to " Nombor telefon enam Setiausaha Amanah Negeri digodam."

  1. Tak de dah ke cara lain nak tarik simpati ? ? Terutama setelah 100K di kb..

    ReplyDelete
  2. Tak de dah ke cara lain nak tarik simpati ? ? Terutama setelah 100K di kb..

    ReplyDelete