Terkini

Hanya sekitar 100 orang penyokong Husam datang beri sokongan.

Bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa hari ini hadir ke ibu pejabat parti itu untuk mengadap Dewan Harian PAS Pusat untuk memberi penjelasan berhubung teguran beliau antaranya melibatkan pentadbiran kerajaan Kelantan.

Beliau yang hadir sekitar jam 1.50 petang, turut ditemani lebih 100 penyokong beliau yang datang dari Kubang Kerian dan kawasan DUN Salor.

Laporan berita yang dipetik melalui Malaysiakini juga  difahamkan kesemua mereka tiba di Kuala Lumpur pada jam 6.30 pagi tadi, semata-mata mahu memberi sokongan kepada ADUN Salor itu merangkap yang dipertua PAS Kubang Kerian.

Datuk Husam sebelum ini memaklumkan beliau akan mengadap jawatankuasa tersebut - pada hari ini - sekembalinya dari China


0 Response to "Hanya sekitar 100 orang penyokong Husam datang beri sokongan."

Post a Comment