Terkini

Siapa yang boleh maafkan kesalahan-kesalahan UMNO?

Siapa yang boleh memaafkan kesalahan-kesalahan UMNO?

Sudah tentu bukan keputusan mana-mana pimpinan.

Tetapi mangsa-mangsa kezaliman dan penindasan UMNO itu sendiri.

Mungkin juga keluarga-keluarga mereka jika mereka tiada lagi di dunia ini.

Siapakah mereka? Ramai sekali.

Bekas tahanan-tahanan ISA.

Mangsa peristiwa Memali.

Peneroka bandar yang dirobohkan rumah mereka.

Penjaja dan peniaga yang dirobohkan gerai dan warung mereka kerana menyokong pembangkang.

Pelajar-pelajar yang dinafikan biasiswa kerana datang dari keluarga yang menyokong pembangkang.

Petani dan peladang yang ditahan subsidi dan bantuan kerana menyokong pembangkang.

Seluruh rakyat negeri Kelantan dan negeri Terengganu yang tidak mendapat royalti petroleum.

Penduduk kampung yang tidak mendapat jalan berturap dan lampu jalan kerana menyokong pembangkang.

Penjawat awam yang dipindahkan atau ditahan kenaikan gaji kerana menyokong pembangkang.

Rakyat yang dinafikan hak membeli rumah kos rendah kerana bukan ahli UMNO.

Senarainya terlalu panjang untuk dinyatakan di sini.

Tanya mereka terlebih dahulu sebelum mahu memaafkan kesalahan-kesalahan UMNO.

sumber fb Iskandar Samad.

3 Responses to "Siapa yang boleh maafkan kesalahan-kesalahan UMNO?"

  1. peduli apa. janji aku dapt jadi timbalan perdana menteri dan menteri tak pun dapat jadi pengarah

    ReplyDelete
  2. jika bersalah dengan allah.bertaubat dengan taubat nssuha..insyaallah allah sksn ampun kan kerana rahmat kasih nya allah pada hambanya..tetapi jika bersalah dan berlaku zalim terhadap nanusia lain..allah hanya akan mengampun setelah orang itu meohon maaf dari mereka yg dizaliminya.jika manusia tu tidak nemaafkan pesalah tersebut..allah just ga tidak akan mengampun kan..
    kalau yg di zalimi itu masih hidup.boleh juga di pujuk pujuk..bagaimana pula kalau dah mati.mcm di memali ? tunggulah di akhirat kelak..
    siapa kah engkau yg bersedia memaafkan perbuatan zalim pengikut umbo yg lepas sedangkan engkau bukan nya mangsa kezaliman tersebut..
    jangan nk memandai mandai nk beri kemaafaan bagi pihak org lain

    ReplyDelete
  3. jika bersalah dengan allah.bertaubat dengan taubat nssuha..insyaallah allah sksn ampun kan kerana rahmat kasih nya allah pada hambanya..tetapi jika bersalah dan berlaku zalim terhadap nanusia lain..allah hanya akan mengampun setelah orang itu meohon maaf dari mereka yg dizaliminya.jika manusia tu tidak nemaafkan pesalah tersebut..allah just ga tidak akan mengampun kan..
    kalau yg di zalimi itu masih hidup.boleh juga di pujuk pujuk..bagaimana pula kalau dah mati.mcm di memali ? tunggulah di akhirat kelak..
    siapa kah engkau yg bersedia memaafkan perbuatan zalim pengikut umbo yg lepas sedangkan engkau bukan nya mangsa kezaliman tersebut..
    jangan nk memandai mandai nk beri kemaafaan bagi pihak org lain

    ReplyDelete