Terkini

Kerajaan Teknokrat, Kelantan boleh jadi guru politik.

Kenyataan Media.

KERAJAAN TEKNOKRAT : KELANTAN BOLEH MENDAHULUI PUSAT.

1. Cadangan Datuk Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang Presiden Pas yang diangkat semula oleh Datuk Ust Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden Pas dalam surat terbuka kepada rakyat Malaysia dan pembangkang semalam 22 Feb 2016 yang mencadangkan pembentukan sebuah Kerajaan Teknokrat di negara ini adalah suatu cadangan yang sangat praktikal dalam menangani kelemahan dan kegagalan pemain politik yang tidak mempunyai latar belakang berkemampuan menguruskan negara dan negeri.

2. Idea ini menggambarkan kepimpinan kerajaan tidak boleh hanya bersandarkan kepada berlatar belakangkan satu-satu disiplin ilmu semata-mata termasuk Pengajian Islam. Idea ini mengambarkan kepercayaan dan penghormatan Pas kepada golongan teknokrat profesional. Mengurus kerajaan sesebuah negara dan negeri kini makin kompleks memerlukan keupayaan merencana pembanggunan ekonomi yang makin mencabar.

3. Cadangan yang baik ini sukar diterima oleh PEMIMPIN POLITIK BEBAL seperti Najib dan Umno Bn. Ini disebabkan oleh pemimpin politik bebal ini melihat perlantikan dan memperolehi apa-apa jawatan dalam kerajaan seperti mendapat lombong emas. Ini yang sedang berlaku di dalam negara. Perebutan untuk menduduki apa-apa jawatan dalam kerajaan di kalangan pemimpin politik, sedangkan negara dan negeri terabai serta rakyat menanggung penderitaan yang sangat malang.

4. Cadangan yang baik daripada Datuk Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang, Presiden Pas tidak boleh dibiar berlalu tanpa apa-apa permulaan sebagai contoh yang praktikal untuk meyakinkan rakyat tentang idea baru untuk politik baru dan matang. Oleh itu, adalah diharapkan pimpinan Pas akan meneroka perlaksanaannya di Kelantan dengan meminda perlembagaan atau undang undang tubuh negeri Kelantan bagi membolehkan kuasa politik yang diperolehi dalam pilihan raya melantik MB dan Exco Kerajaan Negeri daripada kalangan profesional yang bukan daripada kalangan ADUN dengan berasaskan kelulusan akademik untuk mentadbir dan membangun negeri Kelantan.

5. Ini akan menjadikan Kelantan terus menjadi guru politik Malaysia. Jika tiada usaha untuk Kelantan melaksanakannya, ini akan dilihat cadangan tersebut hanya sekadar permainan di bibir sahaja.

#SelamatkanKelantan
#SelamatkanMalaysia

DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR
Ahli Parlimen Pokok Sena
23 Februari 2016/14 Jamadilawal 1437H

4 Responses to "Kerajaan Teknokrat, Kelantan boleh jadi guru politik."

  1. Teknorat ke keparat?
    Cakap besar bleh la.
    Pi la buat teknorat kat kelantan dulu..
    Bayar gaji org pun tak lepas.
    Skrg kjaan pas dah jadi haramjadah jual tanah rizab melayu pulak.
    Siap tender dlm suratkhabar.
    Agaknya walaun bengong tak pernah tau kut?
    Kes sapu balak buat diam,sebijik umno.patut la nak bertaawun(baca berjimak) sgt dgn umno..
    Murshidul am pun dah jd pencacai..
    Kahkahkah
    Mmg pas parti barua dan broka lah..
    Ingat pas,jgn lupa umno,mca,mic

    ReplyDelete
  2. Kenapa PAN suka bergelumang dengan fitnah?? Agaknya sebab tu lah sampai sekarang DAP masih belum meluluskan perlembagaan PAN yg mungkin mengandungi klausa membenarkan atau menggalakkan fitnah... sekadar bersangka baik kpd DAP!!

    INGAT DAP INGATLAH PAN..
    SEHATI SEJIWA SEFIKRAH SEFITNAH..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Fitnah kepala hotak hang..
      Kahkahkah..
      Tu la banyak sangat main air kencing umno,mca,mic
      Tender siap masuk suratkhabar.
      Sini tak boleh paste keratan akhbar.
      Jadi utk walaun yg bengong,sila layari :
      http://cipantapirtenuk.blogspot.my/2016/02/murahnya-pmbk-jual-tanah-di-kelantan.html?m=1
      Baca pastu kalau tak betul,sila pi buat laporan polis,ajak nik amar tongkat ali sekali..
      Kahkahkah
      Yg pandai fitnah ni adalah hadi marang.
      Fitnah calun pkr jual pil kuda,
      Fitnah syeikh alqhardawi kononnya tulis surat mengharamkan parti amanah..
      Sudah2 la jadi bodo walaun oii
      Kahkahkah
      Ingat pas,ingat umno,mca,mic

      Delete
    2. Maknanya husam ni pembohong.. kenapa bising2 tapi tak berani buat laporan polis wpun dah ada "bukti tp mungkin palsu" di atas tu?

      Delete