Terkini

Suruhanjaya Diraja perlu siasat pendedahan Muhyiddin Yassin.

KENYATAAN AKHBAR

SURUHANJAYA DIRAJA PERLU DITUBUHKAN SEGERA UNTUK SIASAT PENDEDAHAN TERBARU TAN SRI MUHYIDDIN YASSIN MENGENAI ISU PENDEPOSITAN WANG SRC INTERNATIONAL SDN BHD SEBANYAK RM 42 JUTA KE AKAUN PERIBADI PERDANA MENTERI

1. Tan Sri Muhyiddin ( TSM ) , dalam kenyataannya terbaru , mendedahkan maklumat baru mengenai isu pendepositan wang SRC International Sdn Bhd sebanyak RM 42juta ke akaun peribadi Perdana Menteri.

2. Menurut TSM, beliau telah diberitahu oleh mantan Peguam Negara , Tan Sri Ghani Patail termasuk dikemukakan keterangan kepadanya bahawa wujudnya perbuatan jenayah yang telah dilakukan oleh Perdana Menteri mengenai isu pendepositan wang SRC International tersebut ke akaun peribadi Perdana Menteri berjumlah RM42 juta.

3. Setakat ini, mantan Peguam Negara tersebut memilih untuk tidak memberi apa apa komen terhadap pendedahan terbaru TSM itu.

4. Semua tahu bahawa Peguam Negara, Tan Sri Mohamed Apandi Ali telah memutuskan untuk tidak mendakwa Perdana Menteri atas apa apa kesalahan jenayah berhubung isu pendepositan RM 2.6 bilion dan RM42 juta SRC International tersebut meskipun kedua dua jumlah wang tersebut telah dimasukkan ke dalam akaun peribadi Perdana Menteri.

5. Mengenai isu RM42juta SRC International tersebut, Tan Sri Apandi menggunakan alasan kononnya Perdana Menteri tidak mempunyai pengetahuan tentang kemasukkan wang RM 42juta itu ke dalam akaun peribadinya , maka ia menjustifikasikan ketiadaan pendakwaan ke atas Perdana Menteri.

6. Dengan pendedahan baru TSM mengenai isu SRC International ini, ia menunjukkan ada sesuatu yang tidak kena iaitu mengapakah dalam keadaan wujudnya bukti dan keterangan yang kuat untuk mendakwa Perdana Menteri, tiba tiba sahaja bukan sahaja Perdana Menteri tidak didakwa sebaliknya mantan Peguam Negara ditamatkan perkhidmatannya dan mantan Timbalan Perdan Menteri juga ditamatkan perkhidmatannya dalam masa yang sama ? Adakah ada campurtangan daripada pihak tertentu sehingga pendakwaan ke atas Perdana Menteri tidak dilakukan ?

7. Melalui pendedahan terbaru TSM ini pihak polis atau SPRM ,tidak disyaki, wajar menyiasat dakwaan terbaru TSM tersebut iaitu dengan memanggil TSM, Tan Sri Ghani Patail , Tan Sri Apandi Ali dan Perdana Menteri sendiri untuk disoal siasat bagi memastikan sama ada wujudnya elemen rasuah dalam isu tersebut.

8. Namun secara realistik, adakah kita boleh percaya polis atau SPRM mempunyai kekuatan untuk menyiasat sekali lagi Perdana Menteri atau menyiasat mantan Peguam Negara dan Peguam Negara yang ada sekarang. Mungkin hanya TSM yang akan dipanggil untuk siasatan.

9. Dengan andaian polis dan SPRM mempunyai kekuatan untuk soal siasat Apandi dan Najib sendiri, isunya kepada siapa hasil siasatan itu nanti akan dirujuk jika bukan kepada Apandi sendiri selaku Peguam Negara yang kita semua tahu telah dilantik oleh Yang DiPertuan Agong atas nasihat Najib sebagai Perdana Menteri !!!

10. Oleh yang demikian ,saya percaya perlunya satu badan lain yang benar benar bebas dan telus iaitu selain polis dan SPRM, yang perlu membuat siasatan pendedahan terbaru TSM tersebut supaya siasatan dapat dibuat dengan lebih telus, mendalam dan berkesan.

11 Oleh itu bagi pihak Parti Amanah Negara ( "Amanah " ) , saya ingin mencadangkan satu Suruhanjaya DiRaja perlu ditubuhkan segera bagi menyiasat secara terperinci, telus ,mendalam dan tanpa rasa gentar dan memihak pendedahan terbaru TSM tersebut dan ia perlu dianggotai oleh mereka yang benar benar bebas dan berintegriti supaya kebenaran dapat dikenalpasti dan ditegakkan.

Bertarikh 28 hb Februari 2016. 

Amanah, Progresif , Peduli


MOHAMED HANIPA MAIDIN
AHLI PARLIMEN SEPANG &
PENGERUSI BIRO UNDANG UNDANG ( KANUN )
PARTI AMANAH NEGARA.

3 Responses to "Suruhanjaya Diraja perlu siasat pendedahan Muhyiddin Yassin."

  1. Perang Siber Bergegar 2017 - 'UMNO Perlu Ditanam'
    >>> Klik Di Sini <<<
    'UMNO Wangi Hingga Ke Tahi' - Penjilat Tegar
    >>> Klik Di Sini <<<


    Anak Muda Selangor Makin SAYANG Azmin - Utusan Mengaku Salah
    >>> Klik Di Sini <<<
    UMNO BODOHKAN PAS - PAS Tiada Dlm Kabinet Baru UMNO-PAS
    >>> Klik Di Sini <<<


    Pukulan Maut Anak Johor - Kami Tak KEBULUR Jawatan Dlm UMNO!
    >>> Klik Di Sini <<<
    UMNO Terengganu Kekal Perjuangan TerBODOH Spjg Zaman - Tun M
    >>> Klik Di Sini <<<


    Rakyat RAYU Anwar Dibebaskn & Pbunuh Antartuya DiTANGKAP!
    >>> Klik Di Sini <<<

    ReplyDelete
  2. Sebusuk busuk dan seburuk buruk UMNO masih ada bau Melayu dan Islam nya.Bagaimana dengan DAP. LGE DAN LKS.
    .
    Dlm BN MCA DAN MIC Sammeknawaatuqna ...dengar dan oatuh terhadap UMNO kerana UMNO parti dominan dlm BN .
    Tapi dlm PH ..PKR dan AMANAH jatuh tersungkur di kaki DAP ..sammeknawaatukna ..dengar dan patuh pada LGE DAN LKS....
    Nauzubillah ...yaallah selamatkan msia

    ReplyDelete