Terkini

Blog ketiga, Muktamar Khas perlu.

Blok ketiga: Pas perlu muktamar khas, ahli PAS perlu berani.Usahlah ikut kehendak Haji Hadi sahaja.Selamat berjuang ahli PAS.Ini   masanya, guna mesyuarat cawangan, selamatkan PAS.


KOTA BHARU - Pas perlu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan peranan Pas dalam blok ketiga supaya perpecahan seperti tertubuhnya Parti Amanah Negara (Amanah) hingga melemahkan Pas pada ketika ini, tidak berlaku lagi.

Pemangku Yang Dipertua Pas Kota Bharu, Dr Rosli Allani Abdul Kadir berkata, pengumuman yang dibuat mengenai kerjasama blok ketiga tersebut telah mengejutkan banyak pihak.

“Sejurus itu juga beberapa parti  membuat penafian akan penglibatan mereka dengan blok ini. Malah, pengumuman itu pastinya juga menyebabkan ahli di akar umbi terpinga-pinga.

“Selepas terkuburnya Pakatan Rakyat pada Muktamar Pas Pusat yang terakhir di Kuala Selangor, bila pula kita mahu bincangkan secara serius akan penubuhan blok pembangkang yang baharu ini? Bukankah menjadi kebiasaan kepada Pas untuk mengadakan muktamar khas bila mana satu keputusan besar ingin dibuat?” katanya.

Menurutnya, walaupun Jawatankuasa Kerja Pas Pusat membuat kuasa dalam sebarang keputusan dan pertimbangan berdasarkan Fasal 26 (9) Perlembagaan Pas, perbincangan juga perlu diadakan,

"Fasal itu memberi kuasa kepada Jawatankuasa Kerja Pas Pusat ''embuat pertimbangan untuk bekerjasama dengan pertubuhan-pertubuhan lain yang tidak bercanggah dengan dasar dan tujuan Pas dan membuat keputusan mengenainya setelah dipersetujui oleh Majlis Syura Ulama.'' Namun begitu, perlulah diambil kira bahawa Muktamar Pas Pusat adalah kuasa tertinggi dalam parti Islam ini sejajar dengan perlembagaannya," katanya.

Katanya, Pas  perlu mengambil iktibar pengalaman tahaluf sebelum ini dalam membuat sebarang keputusan. 

“Mungkin banyak pertimbangan telah dibuat dan memerlukan keputusan yang cepat sejajar dengan cepatnya perkembangan politik tanah air sehari dua ini, namun pengalaman daripada tahaluf dan usaha sama lepas hingga berlaku perpecahan dalaman perlu dijadikan pedoman.

“Dan tentunya yang paling banyak menyimpan kenangan pahit manisnya adalah ahli-ahli di akar umbi,” katanya.

2 Responses to "Blog ketiga, Muktamar Khas perlu."

  1. Setuju ianya agak mengejutkan tapi selagi tidak lari dari dasar PAS apa salahnya..

    Diharap rakyat kini faham akan inspirasi yg dibawa oleh PAS setelah acapkali cuba dikelirukan oleh PAN dan penunggangnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kata dasar pas adalah menegakkan hudud.hari ni kata tak lari dari dasar..
      Dasar walaun barua yg memutarkan belit fakta setiap hari

      Delete