Terkini

PAS dan IKATAN , tak sentuh langsung hukum Hudud.



KUALA LUMPUR: PAS hari ini mengumumkan pembentukan blok baru pembangkang bersama Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN).



Gabungan itu akan menjadi blok politik ketiga selepas Umno-Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 yang tempoh berbaki dua tahun lagi.



Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bertegas blok baru pembangkang ini membawa agenda politik yang berbeza dengan Pakatan Harapan.



"Kita tidak mahu mengikut Pakatan Harapan yang menggunakan pendekatan ekstrim.



"Kita pilih pendekatan membangkang secara nasihat, kemuka cadangan yang baik. Apa yang kerajaan buat kita sokong. Yang tak baik kita nasihat," katanya di sidang media sebentar tadi.



Sementara itu Setiausaha Agung PAS, Datuk Takiyuddin Hassan menjelaskan gabungan itu sebagai pencetus menentang kemungkaran dan memperkukuhkan kebaikan sebenar untuk rakyat.



"Kita membuka ruang ke arah membina satu kumpulan persefahaman kerjasama politik yang tersusun yang sedang digagaskan oleh PAS dengan membawa model budaya politik matang, terbuka, bertanggungjawab, bersih dan sejahtera dengan parti-parti politik dan badna bukan kerajaan (NGO) yang ingin turut serta.



"Ia menuntut kami untuk turut bergerak di atas teras penyelesaian dan politik membina, di samping menolak budaya politik oportunis, kasar dan perkauman sempit yang boleh menggugat keharmonian dan kemajuan negara kita ini," katanya.

Sumber :http://antarapos.com

5 Responses to "PAS dan IKATAN , tak sentuh langsung hukum Hudud."

  1. Terbaik.. diharap rakyat kini faham akan inspirasi yg dibawa oleh PAS setelah acapkali cuba dikelirukan oleh PAN dan penunggangnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada saja ayat putar belit dari barua walaun pas..
      PAS TOLAK HUDUD!
      Noktah.
      Kahkahkah
      Tak payah nak guna ayat inspirasi bagai,
      Kalau barua tu tetap barua

      Delete
    2. Sejak dulu ahli2 PAS mmg faham matlamat perjuangan akhir PAS dlm isu perkasakan syariah sediada adalah hudud.. mereka juga paham yg nak dibawa ke parlimen kebelakangan ini ialah utk memperkasakan syariah sediada.. perlahan-lahan dan satu persatu proses yg perlu diambil dan ini juga difahami oleh ahli2 PAS.. cuma PAN shj yg kurang memahami lantaran terlalu marah pd TGHH.. jd yg keliru di sini ialah PAN bukan PAS.. dan pastinya parti yg bukan sefikrah dgn PAS akan gagal memahami..

      Kini PAN dah mula kepanasan dgn blok ke 3.. dah boleh mula goreng telur ni..

      Delete
  2. mana kenyataan nyer "PAS TOLAK HUDUD"....brother/sister tanya sama hud hud....cuba lah faham kan betul2....alamak aiiii

    ReplyDelete
  3. Yg ada cuma ada satu parti yg sanggup buat apa saje demi kesinambungan parti sosialis.. cer teka parti apa..?

    a. Sanggup tolak hudud jika parti yg menunggangnya tolak hudud
    b. Taat pada pemimpin parti sosialis lebih drpd ulamak parti sendiri
    c. Sanggup jadi kuda tunggangan parti sosialis
    d. Sanggup mempertahankan atau membetulkan segala kesilapan nyata parti sosialis
    e. Masih belum punyai perlembagaan parti..

    Cer teka parti yg mana satu? Mungkinkah kesemua jawapan di atas berkaitan dgn parti bebal itu??..

    ReplyDelete