MALAYSIA AMANAH KITA

MALAYSIA AMANAH KITA
Terkini

Haji Hadi hukum hudud mana.?

KUALA LUMPUR: Parti Ikatan Bangsa Malaysia (IKATAN) percaya bahawa isu hudud tidak akan menjadi isu besar diantara gabungan PAS dan parti baharu dalam membentuk blok pembangkang ketiga.

Presiden IKATAN, Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir berkata, walaupun bergabung dengan PAS, mereka sependapat bahawa hukum hudud tidak sesuai dilaksanakan di Malaysia.

“Saya tidak fikir, situasi di Malaysia sesuai untuk melaksanakan hukum hudud. Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga berkata, hudud kita fikir kemudian, apa yang dibentangkan di Parlimen bukan untuk melaksanakan hudud.

“Tetapi, hanya untuk tingkatkan lagi kuasa mahkamah syariah. Kerana, kuasa mahkamah syariah lebih rendah dari mahkamah majistret,” ujarnya dalam satu wawancara bersama FMT.

Jelas Abdul Kadir, isu hukum hudud itu merupakan isu dan provokasi yang hanya dimainkan oleh penyokong UMNO di Kelantan.

“Mereka (PAS) tidak membawa hudud, selama 20 tahun memerintah, Datuk Seri Nik Abdul Aziz Nik Mat juga tidak pernah bawa. Dia (Nik Aziz) tahu bahawa rakyat tidak sokong.

“Tetapi ia mendapat provokasi dari ahli-ahli UMNO di kawasan kampung terutamanya, kenapa PAS sebagai sebuah kerajaan tidak membawa hudud,” jelasnya.

Mengulas lanjut, Kadir juga memberitahu Islam bukanlah sebuah agama yang ketat, sebaliknya agama untuk semua pihak.

“Islam juga benarkan atas beberapa syarat, kita boleh menangguhkan pelaksanaan hukum hudud dan di Malaysia, saya lihat kita termasuk dalam syarat berkenaan kerana masyarakat berbilang bangsa,” ujar beliau.

Pada masa sama, beliau turut memberitahu bahawa tanggungjawab PAS untuk memperketatkan undang-undang mahkamah syariah juga telah selesai dan kini terpulang pada rakyat untuk menghakimi.

“Mereka telah bawa ke Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan, kemudian bentangkan di Parlimen. Tugas mereka sudah selesai, sebagai seorang muslim, mereka telah lakukan sebaik mungkin.

“Kini terpulang kepada rakyat, untuk memilih kerajaan, kerana kini ia di bawah kuasa UMNO,” katanya lagi
Sumber:
http://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2016/03/16/pas-ikatan-sepakat-hudud-tidak-sesuai-di-malaysia/

6 Responses to "Haji Hadi hukum hudud mana.?"

  1. Terbaik.. diharap rakyat kini faham akan inspirasi yg dibawa oleh PAS setelah acapkali cuba dikelirukan oleh PAN dan penunggangnya..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Hang pun barua mcm presiden hang jugak..
      Nak halalkan pembohongan sebab tolak hudud..
      Ingat ke presideng je jadi broka dan barua,sampai ke macai walaun pun promosi pembohongan bertingkat2..
      Kahkahkah

      Delete
    2. Masa bila pas dah bentangkan diparlimen bab hudud??
      Kahkahkah..bohong dah jadi makanan pas..
      Insipirasi haram jadah namanya tu..
      Kahkahkah

      Delete
  2. Sudah tak penting Hudud di Malaysia? Bukankah sibuk dengan nak bentang Hudud di parlimen tahun lepas? Mungkin tahun lepas presiden sibuk maka tak sempat bentang hudud tapi sekarang dah mula ubah pulak dan bersetuju "Hudud Tidak Sesuai di Malaysia"? Adakah berjuang untuk jawatan dan pengaruh sahaja dan Islam hanya landasan semata-mata? Semakin hari semakin celaru PAS dan pengikutnya semakin pening kepala.

    ReplyDelete
  3. Sejak dulu ahli2 PAS mmg faham matlamat perjuangan akhir PAS dlm isu perkasakan syariah sediada adalah hudud.. mereka juga paham yg nak dibawa ke parlimen kebelakangan ini ialah utk memperkasakan syariah sediada.. perlahan-lahan dan satu persatu proses yg perlu diambil dan ini juga difahami oleh ahli2 PAS.. cuma PAN shj yg kurang memahami lantaran terlalu marah pd TGHH.. jd yg keliru di sini ialah PAN bukan PAS.. dan pastinya parti yg bukan sefikrah dgn PAS akan gagal memahami..

    Kini PAN dah mula kepanasan dgn blok ke 3.. dah boleh mula goreng telur ni..

    ReplyDelete
  4. Yg ada cuma ada satu parti yg sanggup buat apa saje demi kesinambungan parti sosialis.. cer teka parti apa..?

    a. Sanggup tolak hudud jika parti yg menunggangnya tolak hudud
    b. Taat pada pemimpin parti sosialis lebih drpd ulamak parti sendiri
    c. Sanggup jadi kuda tunggangan parti sosialis
    d. Sanggup mempertahankan atau membetulkan segala kesilapan nyata parti sosialis
    e. Masih belum punyai perlembagaan parti..

    Cer teka parti yg mana satu? Mungkinkah kesemua jawapannyanya di atas??..

    ReplyDelete