MALAYSIA AMANAH KITA

MALAYSIA AMANAH KITA
Terkini

Hairan dengan sikap Haji Hadi, bersatu tentang DAP.

1. Saya hairan dengan sikap Datuk Seri Abdul Hadi Awang selepas membaca kenyataan terbarunya yang menyeru agar umat Islam bersatu menentang DAP kerana katanya DAP mempunyai cita-cita lebih besar daripada sekadar menguasai ekonomi. Beliau juga berkata bahawa DAP tidak berhak untuk memerintah negara ini memandangkan kaum Cina hanya mewakili 30 peratus sedangkan jumlah umat Islam adalah 60 peratus.

2. Atas premis tersebut itulah Presiden PAS itu menyeru ke arah penyatuan umat Islam kerana katanya, hanya melalui penyatuan umat Islam sahaja mampu memastikan negara ini terus diperintah oleh orang Melayu.

3. Umum mengetahui bahawa DAP hanya bertanding sekitar 52 kerusi Parlimen sahaja daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen yang ada di seluruh Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak. Dari segi peratus pula, 52 kerusi Parlimen tersebut hanya mewakili 1/4 daripada keseluruhan kerusi Parlimen yang ada di negara kita. 

4. Saya percaya bahawa DAP sudah mencapai "limit" melalui 52 kerusi yang ditandinginya itu dan selebihnya akan diisi oleh PKR dan AMANAH kerana kita tahu bahawa DAP hanya akan bertanding di kerusi-kerusi yang majoriti pengundinya adalah berbangsa Cina atau bukan Islam saja dan mereka tidak akan bertanding di kerusi majoriti orang Melayu kerana DAP sedar bahawa kerusi tersebut bukan kerusi selamat bagi mereka. 

5. Oleh yang demikian, berdasarkan kira-kira di atas, DAP tidak boleh memerintah Malaysia hanya dengan memiliki 1/4 kerusi Parlimen sahaja sepertimana yang ditakut-takutkan oleh Presiden PAS itu.  

6. Saya yakin dan percaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang sedar dan tahu dengan fakta ini. Beliau bukan orang baru dalam politik. Tetapi saya yakin, kenyataan tersebut dibuat mesti bersebab dan mempunyai agenda tertentu. 

7. Agenda yang paling ketara di sebalik seruannya itu, antara lainnya, adalah bertujuan untuk mengekalkan UMNO sebagai parti yang memerintah. Sejak di dalam Pakatan Rakyat lagi PAS tahu dan sedar bahawa isu perkauman merupakan faktor terbesar yang menyebabkan orang Melayu tidak “full-swing” atau memberi sepenuh sokongan kepada Pakatan Rakyat. Sebagai Presiden PAS dan Pengerusi Lajnah Politik PAS Pusat, beliau tentu sedar dan tahu mengenai perkara ini. 

8. Secara logiknya, sekiranya PAS benar-benar menjadikan UMNO sebagai seru politik dan mahukan UMNO tumbang pada PRU yang akan datang, isu perkauman pasti akan ditentang habis-habisan oleh PAS kerana itulah senjata politik yang digunakan UMNO selama ini untuk kekal memerintah. Namun pada hari ini, dalam PAS mengatakan bahawa mereka tidak menyokong UMNO, tetapi PAS menggunakan senjata politik UMNO di dalam kempen politik mereka. 

9. PAS selama ini menafikan bahawa mereka akan bergabung dengan UMNO dan pembentukkan Blok Ke-3 bersama IKATAN pada 16 Mac yang lalu dijadikan sebagai bukti untuk mereka membenarkan dakwaan mereka. Tetapi bagi saya, cukuplah PAS bertindak membawa suara-suara UMNO untuk saya katakan bahawa PAS sebenarnya mahu UMNO terus kekal sebagai pemerintah.  

10. PAS juga tahu bahawa untuk membentuk sebuah kerajaan, perlu ada pakatan diantara parti-parti politik seperti Barisan Nasional dan Pakatan Harapan yang melibatkan semua kaum yang ada di Malaysia. PAS tahu bahawa kekuatan BN adalah terletak kepada UMNO. PAS juga tahu bahawa untuk melemahkan PH adalah dengan menanam kebencian di kalangan orang Melayu terhadap DAP. PAS juga tahu bahawa sokongan Melayu terhadap PR dulu rendah disebabkan oleh DAP. PAS juga tahu bahawa UMNO tidak akan tumbang selagi orang Melayu masih menyokong UMNO. Oleh itu, semasa wujudnya PR dahulu, UMNO berusaha menghentam DAP untuk melemahkan PR. Tetapi pada hari ini, kita menyaksikan Presiden PAS pula menghentam DAP. Kesannya, sokongan Melayu terhadap Pakatan Harapan mungkin terjejas. Akhirnya, UMNO terus kekal memerintah negara apabila Pakatan Harapan lemah.

11. Jadi berdasarkan kepada fakta-fakta ringkas di atas, saya berani katakan bahawa PAS sebenarnya mempunyai agenda besar untuk melihat UMNO terus kekal sebagai pemerintah. Justeru kalau orang bertanya kepada saya mengenai pendirian saya terhadap PAS, saya akan katakan bahawa PAS adalah musuh politik nombor 2 selepas UMNO/Barisan Nasional.  

Ini pendirian peribadi saya!
Fitri Asmuni
Timb Ketua Pemuda Amanah Perak

13 Responses to "Hairan dengan sikap Haji Hadi, bersatu tentang DAP."

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Setuju kita serang DAP yg ada pelbagai bangsa.. Cuma PAN je yg bangang nampak DAP ni Cina 100%.. tapi aku tahu PAN kan kemaruk undi Cina berbanding PAS yg harapkan undi Melayu terutama dari UMNO dan selain PAN....

    ReplyDelete
    Replies
    1. 30 % pun dapat menguasai ekonomi negara tidak mustahil 52 kerusi dapat menguasai politik negara. Fikir fikirlah saudara saudari jangan kerana pulut santan binasa. Jangan mengikut emosi banyak bertenang dan bersabar. Mintalah pertolongan dari ALLAH jika ada kesulitan.

      Delete
    2. dah tu nak harap bn yg songlap duit rakyat tu ke mangkuk jawa?

      Delete
  3. Setuju dgn Timnajib.. cuba bygkan apa yg dah jadi pd tanah melayu yg digezet utk rumah mampu milik pun boleh aja dia jual pd rakan pemaju yg jual rumah banglo kat dia (kes peringkat negeri).. jadi kita kena berfikir se'ngeri' itu jika DAP memerintah negara melalui dominasinya terhadap parti2 dlm PH terutama parti kuda tunggangannya yg sy x berapa ingat namanya..

    Lagi satu.. yg ada kesulitan dlm iklim politik sekarang ialah PAN lantaran PAS masih belim tunduk pd DAP spt yang amat diharapkan oleh PAN..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Wah...betul2 kamu takut ni...dengan DAP..takper, nanti
      Aku minta cina DAP...naik kan lagi bajet utuk exco Agama, utk penuhkan majlis ilmu dan sambil
      tarbiyah puak2 asobiyah ni..hehehe...

      Delete
  4. Wan rosli and the geng, buanglah jauh2 sifat asobiyah dan ambillah sifat wasathiyah. Sebagaimana, pada era pemerintahan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat, cina DAP pun datang utk mempelajari/ mendengar kuliah yang disampaikan oleh Allahyarham TGNA murabbi.


    ReplyDelete
    Replies
    1. Spt Allahyarham TGNA yg kekal istiqamah bersama PAS sehingga akhir hayat.. itulah yg kami pelajari dari arwah..

      'ISTIQAMAH SEHINGGA KEMENANGAN'

      Kalau tanya kuda DAP apa maksud kemenangan tersebut, pastinya ditafsirkan sbg kemenangan ke putrajaya sptmana tafsiran penunggangnya.. sedangkan kami memahami lebih dari itu.. x payahlah sy jelaskan lebih lanjut.. kerana tafsiran kita pasti berbeza sbb itulah kami tendang mereka masa muktamar 2015!!.. lantaran pemahaman yg berbeza jauh..

      Delete
    2. Cara kamu tendang guna kaedah Cai pun sudah tahu...kamu dari puak asobiyah dan sesat!

      Tidak hairanlah....kamu jadi begitu.

      Delete
  5. penulis anti pas sehingga jadi lemah dan tak mahu berfikir dan mencari faktar sebenar.istikomah sehingga kemenangan.

    ReplyDelete
  6. penulis anti pas sehingga jadi lemah dan tak mahu berfikir dan mencari faktar sebenar.istikomah sehingga kemenangan.pan pegkhinat tidak matang dlm berpolitik sanggup tinggal dasar demi napsu. pan ada dasar parti ke?

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAN IBARAT CERMIN DAP..

      DAP KETAWA PAN JUGA..
      DAP MENANGIS PAN JUGA..
      DAP MARAH PAN JUGA..
      DAP SEDIH PAN JUGA..
      DAP TERLUKA PAN JUGA..

      Maka,

      PRINSIP DAP PRINSIP PAN JUGA..

      Delete