Terkini

Haji Hadi, Tuan Penasihat.

Haji  Hadi , Tuan  Penasihat.

PETALING JAYA: PAS lebih berminat berperanan sebagai penasihat kepada kerajaan Sarawak dan sedia menyokong segala usaha baik yang dilakukan kerajaan untuk rakyat.

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata sebaliknya parti itu akan menentang habis-habisan jika dasar yang mahu dilaksanakan menekan rakyat.

“Yang pasti, PAS bukan parti pengampu,” katanya pada majlis pelancaran manifesto Pilihanraya Negeri Sarawak – Tawaran Sejahtera Untukmu Sarawak di Kuching, malam tadi.

Abdul Hadi berkata, walaupun bertanding pada PRN kali ini, parti itu tidak berminat merampas kuasa, sebaliknya mahu memperkukuhkan ‘sistem semak dan imbang’ dalam urus tadbir kerajaan negeri, lapor Berita Harian Online.

Manifesto pilihanraya itu antara lain menawarkan hak anak negeri, kebebasan beragama dan budaya dan tuntutan 20 peratus royalti minyak dan gas daripada kerajaan Persekutuan.

PAS akan bertanding 11 kerusi DUN, iaitu Samariang, Pantai Damai, Muara Tuang, Sadong Jaya, Sebuyau, Beting Maro, Kakus, Jepak, Samalaju, Lambir dan Pujut.


8 Responses to "Haji Hadi, Tuan Penasihat."

  1. Macam itulah seorang ulamak yg dikasihi merata ceruk negara.. bukan macam PAN yg termimpi2kan putrajaya kononnya tapi sampai sekarang perlembagaan parti tak siap2..

    ReplyDelete
  2. Tak pahan aku, nak bertanding tapi tak mau menang.... cerita apa ni? Lepas tu sembang nak buat negara Islam.. Dah tak mau menang, camna nak memerintah? Bila tak memerintah camna nak buat negara lslam.. Malas aku nak guna term bahasa Arab, apa tu.... munafik???

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kaki UTURN, jangan dihairankan sangat. Dia yg mengkafirkan orang islam pada awal2 dia nak naik....

      Delete
    2. Kaki UTURN, jangan dihairankan sangat. Dia yg mengkafirkan orang islam pada awal2 dia nak naik....

      Delete
    3. Sbb tu korang x layak berada dlm PAS.. susah sgt ke nk paham strategi politik PAS?? Tak pe aku maafkn korang..

      Delete
    4. Tu namanya strategi munafik hadi marang.cakap bohong,mungkir janji,pecah amanah
      Kahkahkah
      Tadbir tganu,kedah sepenggal,selewang balak kelantan,banyak la strategi kepala bana hang
      Kahkahkah
      Bodo..

      Delete
    5. strategi ...kahkahkahkah ...trguling2 aku ketawa ... strategi cmna tu ... huh ...dok elok2 dlm pakatan x puas ati sbb x boleh lead ... leyh aibkn pulak wan azizah ... xlayak .. xde pengalaman ...aku pg2 bukak mata da baca cite die maki hamun ahli2 sendiri ... barua .. ntah malas nk sbut lagi ... najib di pertahankan ...org dok sbuk nk jatuhkan najib die kata xboleh ..x Islamik ... huh ...cukup takat ni nnt lebeh2 aku pulak jadi merapu mcm die ....kahkahkahkah ...strategy....?????? strategi pe bende ....

      Delete
    6. strategi ...kahkahkahkah ...trguling2 aku ketawa ... strategi cmna tu ... huh ...dok elok2 dlm pakatan x puas ati sbb x boleh lead ... leyh aibkn pulak wan azizah ... xlayak .. xde pengalaman ...aku pg2 bukak mata da baca cite die maki hamun ahli2 sendiri ... barua .. ntah malas nk sbut lagi ... najib di pertahankan ...org dok sbuk nk jatuhkan najib die kata xboleh ..x Islamik ... huh ...cukup takat ni nnt lebeh2 aku pulak jadi merapu mcm die ....kahkahkahkah ...strategy....?????? strategi pe bende ....

      Delete