Terkini

Guna Dr Zakir Naik, tutup isu Najib mesti letak jawatan.

VIRUS KEAGAMAAN MULA DITABUR.

1. Kehadiran Dr. Zakir Naik ke Malaysia telah menjadi satu perbahasan hangat di media sosial khususnya dikalangan agamawan dan anak muda.

2. Pandangan dan hujahan pastinya panas apabila dinilai dari sudut agama yang berbeza. Namun adakah ini kebetulan atau ada agenda disebaliknya?

3. Realitinya semua penganut agama apapun mahu melihat kebaikan dan keamanan. Sudah pasti apabila kita menyentuh isu sensitif ini akan membangkitkan kemarahan jika tidak di uruskan dengan baik. Dengan situasi ini sudah pasti akan ada pihak yang akan mengambil kesempatan untuk menjadi jaguh atau mengalihkan isu-isu tertentu, tambahan pula ramai yang mudah melatah dan emosi dalam menangani isu sebegini.

4. Maka dengan ini saya mencadangkan agar semua pihak bertenang dan jaga kata-kata dari menghina sesama kita. Bersama kita mencari jalan penyelesaian dengan perbincangan dan keterbukaan minda serta emosi.

5. Realitinya isu ini membuatkan ramai lupa bahawa isu sebenar negara sekarang adalah Dato' Seri Najib Razak perlu meletakkan jawatan atau disingkirkan dari jawatan Perdana Menteri Malaysia.

6. Kesengsaraan rakyat pada hari ini harus dibela. Strategi perkauman dan agama sentiasa digunakan oleh pemerintah zalim untuk terus kekal berkuasa. Malangnya walaupun ramai yang sedar tapi ramai juga terus sedia ditipu dan terpedaya dgn virus ini. Selepas ini Dr. Zakir Naik akan pulang dan meneruskan kerjanya diluar sana. Sedangkan kita masih terus berperang dengan agenda sesama kita mengenai Dr. Zakir Naik.

Mohd Fakhrulrazi Mohd Mokhtar
Nkp Amanah Nasional

14 Responses to "Guna Dr Zakir Naik, tutup isu Najib mesti letak jawatan."

  1. Apa daa.................masalah sekarang Najib dan kerajaannya lah yang menghalang Dr Zakir Naik berceramah demi nak menjaga undi bukan Islam kpd BN!
    Apa punya berpolitik, isu macam ni pun tak faham!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tetiba muamar org pan kaitkan nama nik abduh dgn hindraf...adehhh...klu bab spin dan fitnah serahla pd pan

      Delete
  2. Puak amanah dah termakan banyak sangat dedak dap tu pasal tak tahu yg mana haq ,yang man
    a bathil,bertaubatlah puak amanah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sedarlah..setiap tulisan kita akan dipertanggungjawab di akhirat kelak..
      Gunalah sebaik-baik nya..

      Delete
    2. Terima kasih kerana mengingati.....kebenaran akan terserlah jua

      Delete
  3. Puak amanah dah termakan banyak sangat dedak dap tu pasal tak tahu yg mana haq ,yang man
    a bathil,bertaubatlah puak amanah

    ReplyDelete
  4. Agak2 PAN nak putuskan hubungan dgn Prof P Ramasamy sebagaiamana DAP memutuskan hubungan dgn TGHH dulu..? I don' think so.. mana mungkin khodam lawan tokeh..

    ReplyDelete
    Replies
    1. mana ulasan hj hadi tentang perkara ni mous. senyap je sejak sedondon ni.

      Delete
    2. Soklan tak berapa cerdik.. mana komen ustaz ahmad awang plk?

      Delete
    3. aik kata timbalan ulamak sedunia. patut komen le macam amanat dulu. masih ikut ke mous. king maker le katakan.keh keh keh..

      Delete
    4. Baguslah kalau masih ada respek pd TGHH.. jgn jd macam PAN yg lain, Ramasamy TGPR yg ketiga maksum slps TGLGE dan TGLKS..

      Delete
    5. mous ko ikut tak amanat hj hadi tak. cuba tanya perlembagaan kita dah islamik tak. kan dia cakap kita kena ikut perlembagaan nak buat apa pun..

      Delete
  5. Mak oii ramai sel tak bersambung kat sini..dh minum susu omega wan rosli tak?kahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Nampak macam ramai minum kat tepi swimming pool..

      Delete