Terkini

PAS ada wakil.PKR bantah GST.

"Sekurang-kurangnya kita ada wakil (PKR). Kita konsisten menentang GST, tak kira siapa (anjurkan)," ujarnya.Ustaz Idris Ahmad
KUALA LUMPUR - Pas konsisten menentang pelaksanaan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST), meskipun parti itu tidak menyertai Himpunan Undur Najib, Mansuh GST anjuran Pakatan Harapan pada Sabtu lepas.
Naib Presidennya, Idris Ahmad bagaimanapun berkata, Pas mempunyai kaedah tersendiri untuk menyatakan bantahan itu kepada kerajaan.

"Kita tetap menentang GST. Kita konsisten. Kita tak pernah restui cukai ini.
"Hari itu kita ada komitmen program lain menentang (harga) getah oleh penoreh getah di Sik, Kedah," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, di sini, hari ini.
Beliau mengulas ketidakhadiran pemimpin Pas pada Himpunan Undur Najib, Mansuh GST anjuran Pakatan Harapan di Dataran Merdeka, di sini, Sabtu lepas.

Ditanya tentang Pas enggan turut serta dalam mana-mana perhimpunan yang dianjurkan Pakatan Harapan, beliau bagaimanapun berkata Pas bersama pihak lain untuk tujuan itu.
"Kita ada orang lain (untuk) kita gerakkan (himpunan) untuk lawan GST ini. Pas tak gerak sama (Pakatan Harapan) sebab kita ada program kita tak ada masalah.
"Sekurang-kurangnya kita ada wakil (PKR). Kita konsisten menentang GST, tak kira siapa (anjurkan)," ujarnya.

Parti Amanah Negara (Amanah) selaku penganjur utama himpunan tersebut mengadakan perhimpunan dan perarakan dari Sogo di Jalan Tunku Abdul Rahman hingga ke Dataran Merdeka.
Hadir sama Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Md Ali; Presiden Amanah, Mohamad Sabu, Presiden PKR, Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail, Timbalan Presiden Amanah, Salahuddin Ayub dan Naib Presiden PKR, Tian Chua.

Perhimpunan itu didapati tidak mendapat kebenaran pihak berkuasa apabila enggan mematuhi syarat supaya berhimpun di Padang Merbok.

Perhimpunan ini diadakan bagi mendesak kerajaan menghapuskan GST serta menuntut tiga perkara iaitu reformasi menyeluruh ke atas sistem Institusi Negara, kebebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan mendesak Datuk Seri Najib Tun Razak meletakkan jawatan segera..sumber

9 Responses to "PAS ada wakil.PKR bantah GST."

  1. Cuba tanya ahli2 PKR. betulkah mereka wakil pada PAS. Sejak bila mereka diamanajkan jd wakil PAS.

    He5

    ReplyDelete
  2. Cuba tanya ahli2 PKR. betulkah mereka wakil pada PAS. Sejak bila mereka diamanajkan jd wakil PAS.

    He5

    ReplyDelete
  3. mcm2 cara bantah...

    bantah dlm duduk
    bantah kat rumah
    bantah sambil tgk ponro

    tentang umno tp syg ahli umno...

    mcm2...

    org sibuk bantah gst, pas sibuk minta sedekah dr pekebun getah...

    HooOOooDooOOooD ooOOoo HooOOooDooOOooD - dimanakah dikau...?

    ReplyDelete
    Replies
    1. PAS tak rugi apa2 pun bila hudud yg sedang PAS perjuangkan dihina diperlekeh ditentang serta dipersenda kerana PAS yakin hudud adalah risalah Allah.. tapi pastinya ada pihak lain yg rugi atau patut berasa rugi kerananya..

      Pd mereka yg paling penting ialah putrajaya.. pun di sini PAS tak rasa rugi apa2.. selagi prinsip Islam dijunjungi, PAS tetap yakin berada di landasan yg BETUL..

      Delete
  4. Kenapa PAS kata PKR jadi wakil mereka sedangkan PAS bukan anggota PH? Kenapa PAS tak wakilkan parti Ikatan aje untuk hadir? Oopps, Ikatan ada beberapa orang ahli je, kalau wakilkan kat Ikatan, malu le PAS sebab buat blok baru dengan parti "cap tupperware" yang ahlinya boleh kira dengan jari! Lagipun PAS tak suka nak ikut dalam demo bantah GST sebab tak dapat nak edarkan tin derma. PAS tau yang peserta2 demo tu semua tak akan bagi derma kat PAS punya. Lebih baik buat demo dengan penoreh2 kat baling nu, dapat gak edarkan tin2 derma walaupun sepatutnya PAS yang bagi derma kat penoreh tu dan bukannya PAS pi datang kat depa dan mintak derma. Tapi dasar muka tak malu dan gila duit, maka kat orang2 susah pun dok sibuk nak mintak duit. Amacam PAS? Dapat berbillion2 duit derma macam Najib dapat?

    Nick.
    Cape Tiger.

    ReplyDelete
  5. Dah tak tahu nak jawap..maka..kata lah PKR wakili mereka. Sedangkan PKR tak tahu langsung pasal itu.

    Adoiiiii....malunya.
    Perangai dh mcm umno.
    Depan rakyat bg alasan mcm2..sedangkan hakikatnya hampeh

    ReplyDelete
  6. Dah tak tahu nak jawap..maka..kata lah PKR wakili mereka. Sedangkan PKR tak tahu langsung pasal itu.

    Adoiiiii....malunya.
    Perangai dh mcm umno.
    Depan rakyat bg alasan mcm2..sedangkan hakikatnya hampeh

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. Alhamdulillah.. bilamana tak de seorang pun wakli dari Pakatan Harapan dalam demo terhadap harga getah oleh penoreh getah yg dianjurkan oleh PAS, kami ahli2 PAS yg amat BIJAK, TIDAK PERNAH pula berfikiran bahawa itu adalah petunjuk bhw seluruh Pakatan Harapan menolak harga getah semasa yg rendah, makanya Pakatan Harapan boleh dianggap menyokong UMNO/BN dalam membiarkan harga getah yg sebegitu rendah sedemikian.. TIDAK sesekali kami menganggap sebegitu..

    Rupa2nya dgn kebijaksanaan kami ini lah yg jadi sebab kpd kami ditakdirkan jadi warga PAS!!..

    Sekian..

    ReplyDelete