Terkini

Ini semua kerajaan UMNO, beli mahal jual murah.

*Kerajaan Negeri P. Pinang beli 320 rumah di tengah-tengah George Town mahal, jual murah untuk Bumiputera sahaja*

GEORGE TOWM - Kerajaan Negeri Pakatan Harapan Pulau Pinang hari ini yang digambarkan anti Melayu membeli 320 rumah kos sederhana rendah (KSR) semahal RM140,000 seunit di The Rise dekat Jalan S.P. Chelliah, untuk dijual semula kepada pembeli Bumiputera sahaja dengan harga semurah RM72,500.

Ketua Menteri, Y.A.B. Tuan Lim Guan Eng berharap langkah itu mampu memastikan lebih 30 peratus kuota Bumiputera yang diperuntukan dalam projek perumahan di tengah-tengah bandar raya George Town tersebut turut mampu dimiliki oleh mereka yang layak.

"Ia (320 unit rumah KSR) tidak akan dilepaskan sekiranya tidak dapat dijual, sebaliknya tetap akan disimpan," tegas Guan Eng yang juga Setiausaha Agung Parti Tindakan Demokrasi (DAP) kepada pemberita di sini baru-baru ini. 

Sebelum itu, ujar Guan Eng yang juga Exco Hal Ehwal Tanah & Pembangunan Tanah, Penerangan, Kebudayaan & Kesenian, Warisan dan Hal Ehwal Bukan Islam pada Majlis Menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) Jual Beli 320 Unit Rumah Mampu Milik Jenis B (KSR) The Rise.

Setiausaha Kerajaan Negeri Dato' Seri Farizan Darus mewakili Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) dan Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) yang menandatangani MoU dengan Pengarah syarikat pemaju Zubicon Sdn. Bhd. (Zubicon) Lim Beng Keong.

Timbalan Ketua Menteri I, Dato' Mohd. Rashid Hasnon yang juga Naib Pengerusi I Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) Negeri, Jagdeep Singh Deo (Exco Perancangan Bandar & Desa dan Perumahan merangkap Ahli Dewan Undangan Negeri Datuk Keramat), serta barisan pemimpin Kerajaan Negeri dan beberapa ADUN lain turut menyaksikan majlis MoU tersebut.

Difahamkan, kesemua KSR yang dibina dalam projek The Rise dekat Kawasan Dewan Undangan Negeri (KADUN) Datuk Keramat sebenarnya berjumlah 770 unit dan Kerajaan Negeri membeli 320 buah sahaja untuk Bumiputera.

Guan Eng memberitahu Kerajaan Negeri mengeluarkan sejumlah RM44.6 juta daripada dana Akaun Amanah Perumahan Bumiputera Pulau Pinang (Tabung Bumiputera) untuk membeli semua 320 unit rumah KSR itu.

Tambah beliau, sepatutnya harga jualan kepada Bumiputera sahaja sepatutnya kita-kira RM100,00 kerana harga seunit rumah RM72,500 manakala RM25,000 adalah nilai satu petak parkir di sini.

Namun, katanya lagi, Kerajaan Negeri menyerap RM25,000 lagi bagi tiap-tiap unit KSR yang dibeli oleh Bumiputera kelak.

Berdasarkan MoU itu, difahamkan, sejumlah RM23.2 juta sahaja atau RM72,500 untuk tiap-tiap unit rumah KSR akan dibayar kepada pemaju.

"Bakinya (kita-kira RM21.4 juta lagi) adalah sebagai sumbangan yang ditanggung oleh mereka (Zubicon)

“Manakala, baki RM67,500 bagi 320 KSR ini yang berjumlah RM21.4 juta akan diberikan kepada MPSP sebagai sumbangan bagi menampung kerugian mereka menyerahkan tanah untuk pemajuan projek tersebut,” jelas Guan Eng lagi.

#KomunikasiAmanahPPinang

0 Response to "Ini semua kerajaan UMNO, beli mahal jual murah."

Post a Comment