MALAYSIA AMANAH KITA

MALAYSIA AMANAH KITA
Terkini

Tiada lagi ungkapan hudud adalah nyawa kita

Terkini, tidak kedengaran lagi ungkapan hudud adalah nyawa kita. Janji hudud terlaksana pada 2016 hanya tinggal kenangan. Perang dengan Umno kalau parti itu tolak hudud sudah berakhir dengan gencatan senjata.

Terkini, bersipongang di sana-sini, sokong pindaan RUU 355. Nun di sela-sela sipongang itu, terungkap kalam, pindaan RUU ini bukan untuk laksanakan hudud. Ini hanya utk naikkan darjat mahkamah syariah saja.

Terkini, akhirnya drama hudud edisi 2016 sedang menjalani episod akhir tayangannya. Drama yang dibiayai oleh Umno dan dibintangi oleh pelakon daripada parti agama ini menyirnakan seketika kebejatan Umno. 

Tahun depan, drama ini akan diulangtayang semula. Atau mungkin ada penggambaran drama bersiri berjodol Hudud 2 dengan skrip dan pelakon baru. Tapi, tunggulah, pengarahnya tetap Umno.

Demikianlah adanya...! Aku sokong hudud tapi aku lawan parti agama dan lebai yang makan dedak dengan melakonkan drama hudud.

-fb Zolkharnain Abidin Al-Abyadhi.

2 Responses to "Tiada lagi ungkapan hudud adalah nyawa kita"

  1. Tuan,
    Boleh tak kita sama sama link blog. Blog saya:

    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Tuan,
    Boleh tak kita sama sama link blog. Blog saya:

    http://biarlembuyangjadilembu.blogspot.com

    Terima kasih.

    ReplyDelete