MALAYSIA AMANAH KITA

MALAYSIA AMANAH KITA
Terkini

*JOM Bersatu Tolak LOUIS XVI Malaysia dan Maharaninya!*.

Kenyataan Media.
*PROJEK TAMAN TUGU:APAKAH NAJIB DAN ROSMAH SEBAGAI MAHARAJA MAHARANI LOUIS XVI MALAYSIA?*

1.Tan Sri Azman Mokhtar boleh cakap la seolah-olah RM650 juta untuk projek taman Tugu tu macam kacang putih. Bukan duit dia atau duit bapa dia!. *Saya nak tanya Tan Sri Azman kalau dia ada duit dia nak belanja banyak tu ka buat taman Tugu?*.

2. *Apa yg lebih baik ,buat taman Tugu atau bina 7 ke 8 buah MRSM atau 7 ke 8 buah sekolah asrama penuh macam MCKK ,tempat dia belajar dulu!*.Anggaran bajet Taman Tugu berjumlah RM650 juta.RM500 juta adalah daripada Khazanah Bhd.Ini hanya nak memperindahkan persekitaran Tugu Negara yang *tidak pun memberikan manfaat kepada tentera atau waris pahlawan negara yang masih hidup*.Yang mati telah berjasa pada negara. *Persoalannya bagaimana waris mereka yang masih hidup yang memerlukan perbelanjaan untuk teruskan kehidupan.Makan,pendidikan,perumahan,perubatan dan sebagainya*.

3.Saya terfikir bagaimana kalau RM650 juta digunakan sebagai *biasiswa untuk anak anak pahlawan negara?. Kalau buat MRSM boleh dpt dlm 7 atau 8 buah MRSM . Atau 1 politeknik . ATAU hospital di Lahad Datu atau Sarikei atau Menggatal atau Bau*.Yang mana lebih memberi manfaat kepada rakyat dan negara?.

4.Adakah PM sudah hilang rasionalnya?. Adakah ini kandungan didalam ETP PEMANDU atau RMK10 atau RMK11?. *Atau adakah ini jelmaan ilham Maharaja dan Maharani Louis XVI M'sia?*.Adakah ini taman Versailles Malaysia untuk *Najib dan Rosmah sebagai Maharaja dan Maharani Louis XVI Malaysia bersantai sebelum di guilotinekan rakyat melalui proses dan didalam PRU14?*.

5.Bersatulah semua membela rakyat dan menyelamatkan negara. *JOM Bersatu Tolak LOUIS XVI Malaysia dan Maharaninya!*.

#BersatuTentangMusuhNegara
#BersatuSelamatkanMalaysia

*DATO'HJ MAHFUZ HJ OMAR*
Ahli Parlimen Pokok Sena
3.30pm Taman Al-Walid Alor Setar
10 Sept 2016/8 Zulhijah 1437H

3 Responses to " *JOM Bersatu Tolak LOUIS XVI Malaysia dan Maharaninya!*."

  1. Aka TAMAN TERGANTUNG BABYLION..citara spt MAHARAJA DAN MAHARANI ZALIM PENINDAS RAKYAT.

    ReplyDelete
  2. Khazanah ada duit ke?...baguslah ye buat tugu ada pula duit tapi utk tajaan pelajar keluar negara dibatalkan pula atas alasan kegawatan ekonomi....

    ReplyDelete