Terkini

Sebenarnya yang sesat bukan sebaran media sosial,

[Adakah Yang Salah Media Sosial?]

Ketika agama lain menyebarkan ajaran mereka melalui peralatan teknologi canggih termasuk media sosial, tiba-tiba ada ilmuwan agama seakan mahu menyekat penyebaran ilmu yang benar melalui media sosial yang mudah diakses ini. 

Adakah adil meletakkan pendidikan tentang Islam hanya dalam mod tradisional semata seperti talaqqi lutut ke lutut? Lepas itu bila ramai yang murtad dan sesat kita juga yang risau dan menggelabah.

Sebenarnya yang sesat itu bukan sebaran media sosial tetapi ia sebab penyebar yang sesat. Jika pihak yang benar menyebarkan kebenaran melalui media sosial setidaknya masyarakat akan terima kebenaran. Fikirlah untuk majukan Islam. Jangan hanya rasa yang kita hanya kalah sedangkan kita belum berjuang. Sekian bebelan dari saya. Moga bermanfaat. 

P. S: Kadang-kadang seruan supaya jangan belajar agama di media sosial itu juga melalui media sosial juga. Adakah seruan itu boleh diabaikan kerana ia sesat kerana melalui sebaran media sosial? Fikirkanlah.

Dr Rozaimi Ramle

0 Response to "Sebenarnya yang sesat bukan sebaran media sosial,"

Post a Comment