Terkini

Isu Baiah, bawa ke Mahkamah Syariah cepat.

Kenyataan Akhbar Isu Baiah.

1. Saya terbaca laporan di dalam Malaysiakini dan Malaysia Dateline yang menerbitkan berita adanya usul yang cuba dibawa oleh sebuah cawangan Pas di Kelantan yang mahukan kononnya pelanggar baiah Pas dibawa ke Mahkamah Syariah.

2. Saya ingin tegaskan bahawa jika pembawa usul itu atau sesiapa juga di belakang usul itu cuba berfikir yang pemimpin Amanah gentar dan bimbang dengan usul itu, mereka tersilap besar. 

3. Jika usul sebegitu digeruni atau ditakuti, maka sejak awal lagi parti Amanah tidak akan ditubuhkan.

4. Jika pembawa usul atau Pas bersungguh untuk bawa usul tersebut ke mahkamah syariah, jawapan Amanah adalah ahlan wa sahlan wa marhaban bikum, kami mengalu-alukan dan bersedia untuk berjumpa anda semua di mahkamah syariah bila bila masa insya Allah.

5. Sebenarnya kami lagi seronok kerana kami percaya jika syariah betul betul dilaksanakan di mahkamah syariah, banyak kekeliruan berkaitan baiah tersebut dapat diselesaikan insya Allah.Terima kasihlah kepada pembawa usul.

6. Seperkara lagi, memandangkan isu baiah yang sedang tidur lena tiba tiba dikejutkan semula, kami juga harap pembawa usul dan Pas mesti juga bersedia untuk bawa isu "smuggle" baiah dari pintu belakang dalam kes di Dun Sri Damansara sebelum ini juga ke mahkamah syariah. Bukankah kerana "smuggle" tersebut , ianya berakhir dengan Pas rela memenangkan calon BN di Dun tersebut? 

7. InsyaAllah, Kanun juga bersedia menawarkan khidmat peguam syarie jika isu baiah ini dibawa ke mahkamah syariah.

12 Mac 2017

MOHAMED HANIPA MAIDIN
PENGERUSI KANUN
PARTI AMANAH NASIONAL

4 Responses to "Isu Baiah, bawa ke Mahkamah Syariah cepat."

  1. Alhamdulillah.. Aku suka isu ini dikejutkan semula. Aku nak tengok org luar PAS yg selama ini mengaku KONONNYA menyanjung arwah TGNA sepanjang zaman akan terus berlakon menyokong isu baiah dan tidak sama sekali menyerang idea baiah ini yg dicetuskan sendiri oleh arwah TGNA.

    ReplyDelete
  2. Aku pula muak dgn PAS ni. Dah takde isu lain ke? Apa tawaran PAS kepada rakyat sekiranya memerintah? Adakah sekadar RUU 355 dan isu baiah sahaja? Islam dan negara tak akan berkembang maju di bawah kalau sekadar ini nilai Islam yang PAS bawa.

    ReplyDelete
  3. Aku pula muak dgn PAS ni. Dah takde isu lain ke? Apa tawaran PAS kepada rakyat sekiranya memerintah? Adakah sekadar RUU 355 dan isu baiah sahaja? Islam dan negara tak akan berkembang maju di bawah kalau sekadar ini nilai Islam yang PAS bawa.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kalau tuan nak rasa nilai Islam yg dibawa silalah ke Kelantan.

      Perhatikan pulak nilai Islam yg dibawa di Penang termasuk seorang yg disyakki kaki kelab malam jadi CEO Maqasid Syariah dan seorang kafirun yg 'diwajibkan' oleh EXCO Muslimnya agar mempengerusikan mesyuarat fatwa org Islam.. sebab tu kah yang sampai sekarang tak muak2 dgn PH?!

      Delete