Haji Hadi percaya cakap menteri , akhirnya tertipu.

Terima kasih polis Simpang dapat tahan penyamun bertocang
| Tau malu. Penyamun bertocang 3 wanita dan seorang lelaki ditahan pemilik kedai .Seorang daripada wanita ini sorok CPU komputer dicelah kangkang. |
| Salah seorang wanita bertocang dibawa ke Balai Polis ,Simpang untuk disoal siasatt. |
Memperingati kembalinya Ahli Parlimen Bukit Gantang ke rahmatullah.
Masih terngiang-ngiang ucapan dan sapaan Allahyarham Haji Roslan Shaharum.Jasa Allahyarham tetap diingati dan disanjung, nama tercatat dalam lipatan sejarah.Dalam keadaan Bukit Gantang tidak diberi harapan untuk menang PRK 12,Pas Bukit Gantang berjaya meletakkan seorang wakil mereka di Dewan Rakyat. Bukit Gantang juga mempunyai sejarah ADUN yang menjadi pengkhianat ,dan menjadi ingatan sehingga akhir hayat. Alfatihah....
Alfatehah- Kembalinya seorang pejuang Islam PAS Bukit Gantang.
DS Nizar pernah melawat Cikgu Abdul Samad pada 2 Januari 2010.
Jenazah Allahyarham Hj Abdul Samad,seorang pejuang Islam Bukit Gantang di Hospital Daerah Taiping.Allahyarham Hj Abdul Samad Abdul Rani seorang aktivis PAS sejak muda lagi.Pernah menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Sungai Siput(U),Setiausaha Pas Kawasan Bukit Gantang,jawatan terakhirnya NYDP Pas Bukit Gantang.
Allahyarham seorang Guru Cemerlang, berkhidmat di sekolah terakhir SK.Toh Johan,Trong.
Solat Jenazah dijangka berlangsung di Masjid Changkat Ibol, pada pukul 11 pagi, 16 Mac 2010.
Sahabat handai yang ingin ziarah,bolehlah pergi ke Kg Changkat Ibol.
Penantian sembilan tahun berakhir

Majlis penyerahan kunci program khas perumahan kos rendah Taman Kamunting Bakti diadakan secara sederhana di perkarangan taman berkenaan.
Ketua Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP), Datuk Shamsudin Hashim berkata, majlis itu sangat dinantikan sejak sekian lama dan begitu bermakna bagi penduduk walaupun menghadapi kelewatan, namun ia dapat diselesaikan.
Menurutnya, di negeri Perak, pihak PKNP membina 9,000 unit rumah kos rendah untuk tempoh selepas kegawatan ekonomi yang berlaku. Bagi merangsang ekonomi, mereka mengambil inisiatif untuk membangunkan industri pembangunan untuk berkembang.
“Usaha ini membolehkan keluarga yang berpendapatan rendah untuk memiliki rumah dengan harga tidak melebihi RM35,000 seunit.
“Alhamdulillah kami dapat menyempurnakan semua unit rumah ini,” katanya.
Beliau berkata, kelewatan yang berlaku bukan disengajakan kerana ia akan membebankan pembeli dan pihaknya.
Sementara itu, seorang penerima, Siti Saalauyah Mohd Dali, 53, berkata dia sangat gembira kerana menerima kunci dan CF setelah menunggu sembilan tahun.
Menurutnya, dia ingin berterima kasih kepada pihak PKNP yang mempercepatkan pemberian kunci sebelum berakhirnya tahun ini.
“Sebelum majlis ini berlangsung, pihak PKNP mengecat semula rumah, menampung jalan yang rosak serta menggantikan pagar yang runtuh.
“Sekarang barulah kami merasai kehidupan sebenar tinggal di rumah sendiri. Walaupun kami sudah tinggal di sini tetapi tiada hitam putih bahawa kamilah pemilik yang sebenarnya. Dengan adanya majlis ini, maka rasmilah rumah ini menjadi milik kami,” katanya.
Manakala, Azman Majid, 37, berkata, dengan penyerahan kunci dan CF rumah ini masalah mereka membayar caj bekalan air yang menggunakan tarif perniagaan dapat diselesaikan.
“Saya bersyukur setelah menunggu lama akhirnya hasrat untuk mempunyai rumah sendiri tercapai.
“Walaupun sebelum ini, pelbagai halangan berlaku yang banyak menguji kesabaran. Terima kasih kepada PKNP kerana menyelesaikan masalah ini,” katanya.sinar harian 14 Disember 09
SELAMAT PENGANTIN BARU NUR SYAHIDA BT HJ ROSLAN SHAHARUM
Nur Shahida Roslan Shaharum sedang mendeklamasikan sajak pada sambutan Hari Raya Eidulfitri 1429 /16 November 2008"Kepadamu Yang Berhormat" anjuran Pas Kawasan dan Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Anak sulung Allahyarham Hj Roslan Shaharum,Ahli Parlimen Bukit Gantang 8 Mac 2008- Februari 2009 Sdri Nur Shahida binti Roslan Shaharum akan melangsungkan perkahwinan dengan Sdra Mohammad Yasir pada 19 Disember 2009,di rumah mereka Lot 10288,di Changkat Larang,Batu Gajah.
Sehubungan dengan itu PAS Bukit Gantang dan Sekretariat Parlimen mengucapkan sekalung tahniah kepada Puan Safiah Harun,balu Allahyarham Hj Roslan Shaharum.
Menurut YDP Pas Kawasan Bukit Gantang ,Ustaz Nordin Jaafar jasa dan pengorbanan Hj Roslan Shaharum hanya Allah s.w.t yang dapat menilainya.Justeru itu beliau mengharapkan Pimpinan Pas Cawangan yang mendapat undangan ke majlis perkahwinan itu dapat meluangkan masa meraikan keluarga Allahyarham Hj Roslan Shaharum.
Beliau juga menyatakan pada tarikh yang sama berlangsung Konvensyen Pakatan Rakyat Malaysia di Syah Alam.Jadi beliau bersama Setiausaha Pas Kawasan Bukit Gantang,Sdr Fadhil Idris tidak dapat meraikan majlis itu kerana terlibat sebagai peserta konvensyen.
Selamat Pengantin Baru Nur Shahida Roslan Shaharum daripada PAS Bukit Gantang dan Sekretariat Parlimen serta rakyat Parlimen Bukit Gantang.
RINGKAS: Terkenang Ceramah bersama Allahyarham Hj Roslan Saharum PRK Permatang Pauh

Bersama kami Basher Ahmad,penulis dan Hj Roslan Shaharum.Penulis menjadi pengerusi ceramah dan penceramah serta Hj Roslan sebagai penceramah utama.Lebih kurang sejam kami di situ,difahamkan pos itu kubu kuat UMNO.Sayang ,penulis tidak ingat nama tempat itu.
2. Petang ini ,24 Ogos penulis akan pergi ke Permatang Pasir bersama sahabat-sahabat Jabatan Pilihanraya Kawasan Bukit Gantang.Mungkin secebis tenaga dan keringat dibulan Ramadhan dapat membantu Ustaz Salleh Man.Jumpa kita di N11 bersama van Pusat Khidmat Ahli Parlimen Bukit Gantang.
Alfatehah Untuk Allahyarham Hj Roslan:Pada Hemat Hj Roslan Shaharum- Moga-moga kita bertakwa

Monday, September 8, 2008
Moga-moga di bulan Ramadhan ini kita menjadi orang yang bertakwa.Seterusnya kita bertakwa di bulan-bulan lain.
Hendaklah kita berpuasa bukan sebagai individu sahaja tetapi dalam bentuk organisasi. Setiap kita mempunyai tugas sebagai orang yang dituntut berpuasa semoga mudah-mudahan menjadi organisasi yang bertakwa.
Yang berhormat ,Ketua Jabatan,Ketua Kampung atau pegawai kerajaan ,ibubapa,suami ,isteri berperanan untuk memperoleh ketakwaan. Kita hendaklah membentuk masyarakat di bawah pimpinan kita untuk menjadi rakyat yang baik dan taat kepada pemerintah.
Kita mesti bersikap memimpin,bukan kerana jawatan tetapi atas sikap bertanggungjawab. Jikalau tersilap kita boleh diseret ke neraka dan ditanya peranan kita nanti di akhirat.Jawatan bukan untuk mengejar dunia tetapi untuk mendapat keredhoan Allah s.w.t.
Dari sudut fekah ,setiap ahli masyarakat berbeza pendekatan politik. Contohnya Tuan Guru Hj Hadi dan Tuan Guru Dato' Nik Aziz bangun malam untuk beribadah menjadi wajib bagi mereka,walaupun bagi kita itu sunat.Bagi Yang Berhormat menziarahi orang sakit menjadi wajib dalam konteks politik.Begitulah sebaliknya bagi kita yang mempunyai jawatan.Namun bagi orang awam sekadar sunat atau harus.
Dalam konteks negeri Perak,kita hendaklah memberi sokongan kepada Menteri Besar Perak.Setiap program yang dilaksanakan perlu disokong. Contohnya Bulan Sembahyang yang dilancar pada bulan Rejab 1429 lalu,adalah untuk meminta masyararakat tidak meninggalkan solat.Tanggungjawab MB untuk menjaga rakyatnya.
51 tahun BN memerintah Perak,sedangkan kita baru 5 bulan mengurus negeri,jadi bantulah Kerajaan Pakatan Rakyat untuk menjaga kebajikan rakyat. Tunjukkan jalan yang lurus kepada pimpinan ,bukan hanya mempercayai akhbar atau media,lantas menghukum Menteri Besar.Sepanjang BN /umno memerintah apa yang mereka buat dengan sekolah agama rakyat dan sekolah pondok. Bukankah pendidikan untuk semua.
Marilah kita menjadi orang yang bertakwa. Jadi bulan Ramadhan Al mubarak sebagai permulaan untuk kita berjihad pada sisi Allah s.w.t.
