Terkini

DS Nizar mesti macam Superman-sanggup bertemu rakyat bila-bila masa.

Kita seringkali diminta untuk menyusun jadual agak fleksibel untuk DS Nizar.Mereka sering menyatakan DS Nizar bukan robot.DS Nizar memerlukan rehat untuk bertenaga bertemu rakyat.

Sementara Sdr Fadhil Idris ,Setiausaha Pas Kawasan memberi pendapat DS Nizar mesti mempunyai tenaga seperti "superman."

DS Nizar ,jadual beliau di parlimen perlu disusun rapi dan padat.Jadual DS Nizar perlu dikongsi bersama Dun Pasir Panjang,melawat 23 parlimen lain di negeri Perak dan juga memenuhi permintaan rakyat di negeri lain.

Namun DS Nizar tidak merungut apabila kita mengatur jadual yang padat bertemu rakyat.Sehingga Sdr Amran Haron orang kepercayaan DS Nizar merungut,kasihan sama dengan DS Nizar.Sehingga Amran Haron menyatakan DS Nizar bukan robot.

Tetapi bagi kita DS Nizar perlu melawat kawasan dan bertemu rakyat.Sdr Amran Haron mungkin bukan mereka yang dimarahi rakyat,tetapi kita yang membuat jadual DS Nizar akan menjadi mangsa.Kelewatan DS Nizar beberapa minit sahaja sampai ke tempat program ,menyebabkan kita sering dimarahi penduduk.Bagi kita mereka mahu memanfaatkan masa bersama DS Nizar.

Bagi kita mereka mahu DS Nizar terus diterima rakyat pelbagai kaum. Setakat ini rakyat dalam Parlimen Bukit Gantang tetap bersama Pakatan Rakyat.Kita berharap rakyat tahu DS Nizar memulangkan elaun Ahli Parlimen kepada rakyat.DS Nizar kita ulang sekali lagi tidak mengambil satu sen pun elaun wakil rakyat beliau.DS Nizar menyatakan duit rakyat membantu rakyat Bukit Gantang.

Kita berharap team Sekretariat Parlimen Bukit Gantang yang diketuai Sdr Khairol Anwar dan dipantau YDP Pas Bukit Gantang,Ustaz Nordin Jaafar dapat terus berkhidmat untuk rakyat pelbagai kaum.Pas mesti menjadi milik rakyat Bukit Gantang.

Terlintas di hati kita agar DS Nizar terus mempunyai penasihat yang baik.Penasihat yang berkualiti ini memberi input kepada DS Nizar agar terus berkhidmat untuk rakyat atas dasar keadilan dan kebersamaan.Di sinilah DS Nizar dan Sdr Amran Haron harus menggunakan organisasi untuk kebaikan rakyat.Jika mereka tersilap mendapat maklumat,PAS agak sukar untuk menarik perhatian rakyat dan kerusi parlimen mungkin bukan milik kita lagi.

Kita beruntung kerana dapat bersama DS Nizar bertemu rakyat dan membantu menyelesaikan masalah mereka.Jika rakyat Kelantan beruntung mempunyai Tok Guru Nik Aziz.Bukit Gantang beruntung mempunyai ikon rakyat ,DS Nizar.Semoga kita sihat dan tidak tua untuk bersama mencipta sejarah Pas Bukit Gantang.

0 Response to "DS Nizar mesti macam Superman-sanggup bertemu rakyat bila-bila masa."

Post a Comment