Terkini

Satu lagi projek DS Nizar di Bukit Gantang-berkhatan untuk rakyat

DS Nizar bersama Tok Mudim yang didakwa Ahli UMNO yang menjayakan program kemasyarakatan Pas Bukit Gantang .Turut kelihatan Ustaz Abdullah Husein,TYDP.
"Tahniah,kerana telah bersunat"kata DS Nizar kepada peserta berkhatan.


Sg Petai, 5 Disember-Projek berkhatan peringkat pertama anjuran Pas Kawasan Bukit Gantang dan Ahli Parlimen telah selesai berlangsung pada 5 Disember.

Program berkhatan kerjasama Lajnah Kebajikan dan Ahli Parlimen berlangsung di dua tempat.Pada sebelah pagi di Markaz Pas Changkat Ibol,dengan 35 orang kanak-kanak dan pada sebelah petang di Surau Sg Petai.Peserta di sini juga 35 orang.

Program berkhatan ini percuma ditaja oleh DS Nizar dan dikelolakan PAS Kawasan Bukit Gantang.

Satu keluarga menderma RM 10 untuk majlis jamuan dan pengurusan surau.DS Nizar telah merasmikan program berkhatan ini.

DS Nizar berjiwa besar,walaupun diberitahu Tok Mudim seorang ahli UMNO Bagan Serai ,beliau
tidak peduli dengan rungutan ahli Pas.Bagi beliau sesiapa sahaja boleh membantu program kebajikan rakyat.

Minggu depan satu lagi projek untuk rakyat Dun Trong.Program berkhatan peringkat kedua percuma akan berlangsung pada 12 Disember bertempat di Masjid Alhidayah,Sungai Bemban,Jalan Pantai Remis .DS Nizar dijangka turut merasmikan program kebajikan untuk rakyat itu pada pukul 9 pagi.

Menurut Sdr Fadhil Idris,Setiausaha Pas Kawasan ,mereka yang miskin dan anak yatim diberi keutamaan dalam program seperti ini.

0 Response to "Satu lagi projek DS Nizar di Bukit Gantang-berkhatan untuk rakyat"

Post a Comment