Tindakan berterusan menafikan Datuk Seri Anwar Ibrahim mendapatkan dokumen relevan bagi menyediakan pembelaan rapi akan merencat proses keadilan.
Peguam Karpal Singh berkata amalan memberikan dokumen relevan kepada pihak tertuduh adalah proses biasa di kebanyakan negara namun Anwar nampaknya dikecualikan daripada mendapat hak itu.
Beliau berkata demikian setelah menemui Hakim kanan Mahkamah Persekutuan Tan Sri Alauddin Mohd Shariff di Putrajaya.
Tan Sri Alauddin berjanji menetapkan tarikh pada minggu ini untuk Mahkamah Persekutuan mendengar permohonan Anwar untuk menyemak semula keputusan mahkamah sama menafikan Anwar dari mendapatkan dokumen berkenaan.
“Selewat-lewatnya hari Jumaat untuk mendapatkan tarikh semakan semula perbicaraan. Malah saya minta untuk dipercepatkan kalau boleh esok saya mahu tahu tarikhnya” kata Karpal.
Bukti tambahan yang dipohon oleh Anwar termasuk rakaman video, nota ahli kimia dan laporan perubatan oleh doctor yang memeriksa Saiful Bukhari Azlan .
“Kami mahu perbicaraan yang adil. Perbicaraan adil hanya boleh wujud jika pihak peguambela diberikan peluang untuk memiliki dokumen. Walaupun mendapatkannya semasa perbicaraan. Peguambela berhak mendapatkan dokumen supaya kami boleh membina strategi. Seperti negara lain. Tetapi ia tidak sepertimana yang berlaku di sini" ujarnya lagi.
Menurut Karpal, pihaknya akan turut mengemukakan rayuan di Mahkamah Rayuan esok berhubung keputusan Mahkamah Tinggi semalam untuk menolak permohonan menggugurkan tuduhan berkenaan terhadap Anwar.
Perbicaraan Konspirasi dua membabitkan tuduhan liwat terhadap Anwar akan bersambung di
Mahkamah Tinggi pada pukul 2.30 petang nanti.
Anwar akan memohon sepina meminta supaya Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya dipangggil sebagai saksi kerana mereka bertemu dengan pengadu Saiful Bukhari Azlan sebelum Saiful membuat dakwaan itu.
Najib pada mulanya berdolak dalik mengenai pertemuan itu pada tahun lalu tetapi kemudian mengakuinya apabila berita pertemuan itu bocor dan tersebar di media alternatif.
Jika disabit kesalahan Anwar menghadapi hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Mantan Timbalan Perdana Menteri ini menghabiskan masa enam tahun dalam penjara atas tuduhan sama sebelum dibebaskan pada tahun 2004.
Tuduhan itu dianggap oleh banyak pihak termasuk pengamal undang-undang dan bekas hakim di dalam dan luar negara sebagai berasaskan bukti yang direkacipta untuk menjatuhkan karier politik Anwar serta mengaibkan keluarganya.
TAMGISAN BUAYA MAHATHIR
1 day ago
0 Response to "Konspirasi 2 : Rayuan DSAI Pohon Akses Bukti Pendakwaraya Diketahui Selewatnya Jumaat Ini"
Post a Comment