Terkini

Empat anggota polis ambil ringan aduan seorang wanita.

Fadhil Idris ,Pegawai Khas DS Nizar menunjukkan reban ayam kepunyaan penduduk Kampung Pak Dolah yang diceroboh oleh seorang suspek yang didakwa penagih dadah.Seorang wanita pengadu yang tidak mahu indentiti didedahkan kerana khuatir hubungan kejiranan terjejas.Beliau ,memberitahu pada 20 Julai lalu terdapat seorang lelaki berusia 3o an  cuba masuk ke rumah beliau.Tetapi gagal,lalu lelaki yang disyaki penagih dadah duduk di reban ayam .Beliau mengadu kepada Balai Polis Kamunting dengan menelefon.Empat orang anggota polis datang lengkap dengan bersenjata pada malam kejadian (20 julai),tetapi tidak berbuat apa-apa.Sebaliknya menyuruh wanita itu berjumpa dengan ibu-bapa lelaki itu ,untuk menyelesaikan kes.Sepatutnya anggota polis itu menangkap suspek untuk menyelesaikan kes. 

1 Response to "Empat anggota polis ambil ringan aduan seorang wanita."

  1. Semakin kurang kepercayaan org ramai terhadap PDRM. Sedangkan bukan semua polis bermasaalah dalam membuat tindakan.

    ReplyDelete