Terkini

Pembunuh dapat perlindungan polis.,Polis kena cepat siasat.

Kes tembak: Siasat dakwaan polis disogok
Laman blog yang menyiarkan keratan Facebook rakan suspek yang mendakwa bayar suapan RM100 sebulan kepada polis.

SHAH ALAM - Polis akan menyiasat dakwaan sebuah laman blog yang menyiarkan gambar serta perbualan dipetik dari laman Facebook milik seorang lelaki dikenali sebagai 'Mahesa Birawa' yang dipercayai rakan suspek utama menembak mati seorang pegawai Ambank, Norazita Abu Talib, 37 di Subang Jaya Sentral 2 pada 23 Oktober lalu.         
                                           
Berdasarkan artikel blog tersebut, kandungan perbualan menyentuh bayaran yang dibuat oleh lelaki terbabit kepada anggota polis di Shah Alam untuk tujuan mendapatkan perlindungan.

Difahamkan, wang berjumlah RM100 dibayar setiap bulan oleh lelaki berkenaan kepada polis di Shah Alam bagi 'menjaganya' sepanjang berada di negara ini.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima maklumat berhubung perkara itu (anggota menerima sogokan).

Beliau berkata, pihaknya akan menyiasat terlebih dahulu kesahihan maklumat itu sebelum mengambil sebarang tindakan.

Menurutnya, polis menerima banyak maklumat termasuk berbentuk tohmahan serta tuduhan sepanjang tempoh siasatan dijalankan terhadap kes tembak mati Norazita.

"Jika perkara itu wujud, kita akan panggil mereka yang terlibat untuk membuat laporan polis termasuk diambil keterangan bagi membantu siasatan," katanya selepas Taklimat Kawalan Keselamatan dan Lalu Lintas Piala Malaysia di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam, semalam.(SUMBER)

0 Response to "Pembunuh dapat perlindungan polis.,Polis kena cepat siasat."

Post a Comment