Terkini

Banjir,Zahid Hamidi,penduduk tak mahu pindah ,kerana pencuri banyak sangat.

Rakit yang dibina Pak Hamdani  untuk menjaga rumahnya yang ditenggelami air bah  daripada dimasuki pencuri. Hairan ,ke mana perginya anggota polis atau rela untuk membantu kawalan keselamatan?Anggota keselamatan seperti polis dan rela boleh dipanggil dari daerah lain di Perak. Datuk Zahid Hamidi, menteri jaga keselamatan dalam patut ambil berat.
Rakit yang dibina oleh Pak Hamdani di Sejagop apabila rumahnya tenggelam akibat dari sawah padi di belakang rumahnya menjadi lautan. Dalam rumah air paras lutut .Di halaman rumah pula air paras dada orang dewasa. Isteri dan beberapa orang anaknya bermalam di SMK Sg Ranggam manakala dia dan anak bujangnya bermalam di tepi jalan di depan rumahnya. 
Khemah  ,tempat tidur Pak Hamdani ,waktu malam.
"Kenapa Pak Hamdani tidur kat tepi jalan ni?" Aku menyoalnya.
"Tak boleh tinggalkan rumah Puan, nanti orang masuk curi barang."
Pak Hamdani bersama anak gadisnya yang menolong membina khemah.
  Allah.. Dalam keadaan musibah sebegitu pun tetap ada manusia yang tak berhati perut!

"Saya redho apa yang berlaku.." Sambungnya perlahan. Ibunya dibawa terus dari pusat pemindahan ke HTI dengan menaiki ambulan kerana sakit tua dan sangat uzur katanya lagi pada malam pertama mangsa banjir Sejagop dipindahkan ke sekolah tersebut. (Sumber FB Kaklong Nagano)

3 Responses to "Banjir,Zahid Hamidi,penduduk tak mahu pindah ,kerana pencuri banyak sangat."

  1. Salam Sisi Bukit

    Betul. Di Kampung Gajah pun ramai enggan pindah disebabkan kerisauan ini.

    Masalah manusia panjang tangan ini wajar diselesaikan. Buat malu Islam sahaja.

    ReplyDelete
  2. mungkin Zahid boleh mintak tolong kawan gengster dia membantu PDRM...kihkihkihkih....

    ReplyDelete
  3. klau dah tau camtu, takkan tak buat apa2... tak guna lah jadi wakil kpd rakyat.. ckap saja tak guna... itu pun org2 kg sokong sampai tak cukup kertas undi... boddo piang...

    ReplyDelete