Terkini

Haji Hadi sahkan AMANAH bukan khadam UMNO.

ALLAH MAHA BESAR. TIBA2 HJ HADI SAHKAN AMANAH BUKAN KHADAM NAJIB RAZAK DAN UMNO, SEBALIKNYA BLOK PEMBANGKANG YANG BERTEKAD UNTUK TUNBANGKAN KEZALIMAN BN

Tiada siapa khadam kepada siapa dalam negara merdeka seperti Malaysia kata Wan Rahim. Hakikatnya rakyat negara ini tidak perlu dilabel siapa khadam siapa kerana kita rakyat merdeka dan berhak membuat pilihan sendiri, kata Pengerusi Parti Amanah Negara (Amanah) Kelantan, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengulas dakwaan presiden Pas bahawa parti itu hanya khadam DAP.

"Kita pun tidak terlintas untuk kata Pas khadam Najib walaupun nampak jelas tindakan bekas parti saya itu begitu kuat memikul kerja Umno sekarang", katanya ketika ditemui selepas majlis sarapan pagi dengan sekumpulan industrialis di Kedai Nasi Katil, Jalan Bayam, Kota Bharu pagi ini.

Tuduhan seperti itu bagaimanapun katanya membersihkan Amanah daripada tohmahan liar yang sentiasa dilemparkan kepada Amanah kononnya penubuhannya adalah untuk menolong Umno mengalahkan Pas.

"Dalam politik demokrasi kita tidak guna perkataaan khadam tapi kita guna perkataan memihak iaitu memihak kepada kerajaan atau pembangkang," katanya.

Dalam game (pentas) demokrasi, jelas beliau bila kita memasukkan satu entiti dengan pembangkang maka secara automatik entiti itu berlawan dengan kerajaan.

"Sekarang ini dengan meletakkan kita (Amanah) dipihak DAP kita gembira kerana kita tidak lagi terpalit dengan kerajaan Najib yang begitu dibenci rakyat sekarang," katanya.

Beliau yakin perkataan khadam sudah luput dari realiti rakyat Malaysia, cuma rakyat akan cukup meluat jika sesiapa dilihat cuba memihak kepada kerajaan yang penuh dengan agenda menyusahkan rakyat pada masa ini.

"Sebut perkataan "dedak" rakyat terbayang mereka ini walaupun ada di kalangan mereka berpakaian lebai," katanya.

Presiden Pas seperti dilaporkan Astro Awani menganggap Amanah bukan saingan parti itu dalam konteks pilihanraya Sarawak dan menganggap parti Amanah hanyalah Khadam DAP. - Zikri Abdullah, 7 April 2016

10 Responses to "Haji Hadi sahkan AMANAH bukan khadam UMNO."

  1. Bagus.. sekurang2nya kini Wan Abdul Rahim (PAN) sudah pun mengaku secara terbuka bahawa PAN adalah khadam DAP..

    Manakala tuduhan kpd PAS bhw PAS adalah khadam/orang gaji UMNO hanyalah tuduhan kosong semata2 malah tidak berasas sama sekali memandangkan kini PAS bersama Blok Ke 3 bukannya BN!! Bagaimana pula dgn PAN? Bersama tuan besarnya dlm PH atau tidak?

    Khadam mana khadam?..

    ReplyDelete
  2. Kita tengok...siapa yg benar, siapa yang salah, siapa yang makan dedak siapa yang tersedak pd pru akan datang... insyaAllah.

    ReplyDelete
  3. Biasanya khadam yg makan dedak.. mujurlah PAS dah ada Blok ke 3..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Blok ke 3 dh jdi org gaji n terikat dgn ikatan pasik.kahkahkah

      Delete
  4. Dedak ialah makanan ayam ternak. Biasanya penternak2 ayam suka menternak ayam daging bulu putih. Selain bulu putih, kalau boleh yang lain2nya warna putih lagi elok. Jadi ayam pemakan dedak semuanya warna putih...

    ReplyDelete
  5. FAKTA : 

    PAS - B3
    UMNO - BN
    DAP - PH
    PAN - PH 

    KESIMPULAN : 

    PAS KHODAM UMNO - TAK LOGIK LANGSUNG
    PAN KHODAM DAP - TERAMATLAH LOGIKNYA

    TAHNIAH PAS KERANA BERJAYA MENGELAKKAN DIRI DARI MENJADI KHODAM UMNO MAHUPUN DAP.. ALHAMDULILLAH..

    TAHNIAH PAN KERANA BERJAYA MENJADI KHODAM DAP SEPERTI YG DIIDAMKAN OLEH PARA ULAMAK DAN PROFESIONAL DALAM PARTI.. ALHAMDULILLAH..

    ReplyDelete
  6. Label la org spai ko sdri tersesat..amal kn la spt ajaran tok guru ko tu..slmt mngundang bala ALLAH..KAHKAHKAH

    ReplyDelete
  7. Sekiranya seseorang itu seorang juruelektrik, kita kena LABELkan dia sbg seorg juruelektrik, bukannya seorg jurukimpal..

    Begitulah juga jika seseorang itu seorang KHODAM, kita kena LABELkan dia sbg seorg KHODAM, bukannya seorg AMANAH..

    ReplyDelete
  8. Klau dia org pas kita labelkn dia susu omega khadam tua + pil kuda n daun ketum..kahkahkahkah

    ReplyDelete
    Replies
    1. Oopss lupa..jadinya PASIKPILKUDA..kahkahkahkah

      Delete