Terkini

Dari mana Najib dapat RM43.5 juta bina jambatan Manong.

Bos AMANAH Perak, Asmuni Awi tanya dua soalan mudah pada MB Perak: bila nak mulakan tarikh sebenar pembinaan jambatan Manong dan bila pulak jangkaan siapnya.

Tak payahlah Zambry Abdul Kadir berdolak-dalik kata dia berbincang dengan JKR lebih sebulan seolah-olah macam ahli nujum pulak dah tahu helikopter akan terhempas di Sebuyau, Sarawak 5 Mei lepas.

Paling menghairankan ialah jika benar ada perbincangan dibuat, sila Zambry nyatakan bila, di mana dan sudah berapa kali mesyuarat Exco Kerajaan Perak bincang perkara ini selepas berunding dengan pihak-pihak berkaitan.

Takkan perkara yang sudah tertangguh lebih 15 tahun sekelip mata boleh diluluskan Exco dan dibawa kepada Unit Perancang Ekonomi JPM atau pihak JKR sendiri malah sudah pastinya kos meningkat berkali ganda kerana harga simen tahun 1995 takkan sama dengan 2016.

Sebab itu Asmuni tak percaya langsung cakap Najib Razak malah mempersoalkan pula dari mana datangnya peruntukan RM43.5 juta untuk buat jambatan tersebut? Semakan terhadap rekod projek dalam RMK-11 tak ada pun walau baru bermula awal tahun ini.

Takkan guna 'derma' Pak Arab RM4.2 bilion pulak sebab Najib kata dah 'dipulangkan' jadi ada dana lainkah digunakan contohnya melalui Belanjawan 2016 dan kementerian mana pula yang menerimanya? Bawah Fadillah Yusof atau Ismail Sabri Yaakob? Sila nyatakan pula projek ini dalam kategori keutamaan berapa? Satu, dua atau tiga?

Sebab itu penduduk Manong dan Kuala Kangsar jangan percaya bulat-bulat dahulu auta Najib sehinggakan wartawan TV3 sendiri terpaksa berlakon naik bot penambang kununnya Najib benar-benar serius nak laksanakan walhal cuma janji manis pilihanraya lekat di bibir semata-mata.

Rafidah Aziz juga yang kenyang makan duit pencen menteri dan ahli parlimen tanpa perlu fikir bila agaknya jambatan tu akan siap sepenuhnya. Lagipun apa dia peduli sebab dia pun orang Selama bukan orang Kuale!

#PRKKualaKangsar
#AMANAH4KualaKangsar
#BebasAnwar

2 Responses to "Dari mana Najib dapat RM43.5 juta bina jambatan Manong."

  1. Tokoh Bawean ini pula satu soalan: adakah demokrasi bila kamu kalah dicawangan untuk jadi calon, tetapi menafikan calon yang dipilih mengangkat diri sendiri pada PR ke13 lalu. Bila ini di jawab baru boleh tanya Najib dan MB Perak, gagal menjawab itu namanya syaitan.

    ReplyDelete
  2. Tokoh Bawean ini pula satu soalan: adakah demokrasi bila kamu kalah dicawangan untuk jadi calon, tetapi menafikan calon yang dipilih mengangkat diri sendiri pada PR ke13 lalu. Bila ini di jawab baru boleh tanya Najib dan MB Perak, gagal menjawab itu namanya syaitan.

    ReplyDelete