Terkini
Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts
Showing posts with label Anwar Ibrahim. Show all posts

Anwar Ibrahim gesa rakyat serta pakatan baru.

Anwar Ibrahim gesa rakyat serta pakatan baru.
Sebuah pakatan baharu pembangkang yang termasuk kumpulan progresif akan ditubuhkan tidak lama lagi, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim, menggesa rakyat Malaysia menyertainya dalam menyelamatkan negara.

Dalam perutusan dikeluarkan melalui peguamnya semalam, ketua umum PKR yang dipenjarakan itu menyuarakan kebimbangan mengenai situasi negara yang disifatkannya sedang melalui "krisis semakin teruk" akibat skandal rasuah dan kewangan, juga kejatuhan nilai ringgit.

Malaysia dicengkam skandal dana pelaburan negara 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dikaitkan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, serta memberi kesan ke atas nilai ringgit yang ketika ini mencecah paras terendah dalam tempoh 16 tahun.

"Kami sedang berusaha ke arah mengukuhkan pakatan yang akan merangkumi semua kumpulan progresif, termasuk pertubuhan bukan kerajaan (NGO) seperti gabungan Bersih, Abim, Ikram dan Gerakan Harapan Baru yang baru ditubuhkan.

"Tindakan bersama pelbagai kumpulan ini, yang komited terhadap pembaharuan dan perubahan, akan menawarkan demokrasi tulen dan satu alternatif yang adil kepada rakyat.

"Marilah kita mengenepikan segala pertimbangan dan perbezaan lain, dan memberi tumpuan kepada perjuangan yang hebat ini untuk menyelamatkan Malaysia," kata Anwar dalam perutusan itu.

Pakatan Rakyat (PR) yang terdiri daripada PKR dan sekutunya DAP serta PAS, tidak lagi wujud apabila parti Islam itu membuat keputusan pada muktamar bulan lepas memutuskan hubungan dengan DAP. – 22 Julai

Sumber TMI


Petisyen Pengampunan Anwar ditolak.

Petisyen Pengampunan Anwar ditolak.
Lembaga Pengampunan menolak petisyen pengampunan diraja Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 16 Mac yang lalu.

Sehubungan dengan itu Datuk Seri Anwar hilang kelayakan sebagai ahli parlimen.

Pada 8 April SPR ajan bermesyuarat menentukan tarikh penamaan calon dan pengundian.

Tutup kesalahan jaja Azmin sudah lama tak ziarah Che Tom Yahya.

Tutup kesalahan jaja Azmin sudah lama tak ziarah Che Tom Yahya.
Isu Bersih 3.0 cuba ditutup dengan mengutarakan isu Azmin Ali.Sekali lagi Ummi Hafilda menjadi jurucakap.Begitu berani Ummi Hafilda untuk membabitkan  abang sendiri dengan isu skandal seks.

Apabila hukum Qazaf tidak dilaksanakan ,manusia seperti Ummi Hafilda terus bergelumang dengan fitnah dan dosa.

Dalam menegakkan kebenaran dan menolak kebatilan, sirah Nabi S.A.W sudah menunjukkan pertembungan.Bagaimana kaum keluarga sendiri boleh menolak ajaran yang di bawa Nabi Muhammad S.A.W 


Jadi apabila ,adik kepada Timbalan Presiden PKR Azmin Ali, Ummi Hafilda hari ini menyatakan dengan penuh yakin sehingga tahap 99.9 peratus bahawa gambar lelaki terbabit dalam skandal seks yang tersiar dalam akhbar dan laman blog adalah imej abang kandungnya ,itu tidak menghairankan.

Untuk menutup kesalahan ,menggunakan Azmin Ali sudah lama tidak pulang untuk menziarahi ibu mereka, Che Tom Yahaya, 78, yang semakin uzur.

Najib mana berani debat dengan Anwar,senamrobik bolehlah.


Dato' Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan penggulungannya di Konvensyen Pakatan Rakyat kali ke-3 sekali lagi mengulangi cabaran untuk berdebat dengan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak.Soalnya,Najib mana berani berdebat.?Kalau berdebat tentu DS Najib tertonggeng.Rakyat boleh berfikir.Tentulah rakyat akan memilih pemimpin yang mahu Bersihkan Malaysia daripada rasuah dan bankrap.
Najib hanya berani bersenamrobik. Itupun senamrobik berterabur.Senamrobik Najib,Rosmah dan Zambry yang tidak sehaluan.Masing-masing ingin jadi ketua dan mau masuk tv. Najib mana berani debat dengan DS Anwar Ibrahim.?

“Dana 250 juta, itu hanya kecil saja. Skandal Scorpene RM500 juta. Itu baru komisen,” DS Anwar

“Dana 250 juta, itu hanya kecil saja. Skandal Scorpene RM500 juta. Itu baru komisen,” DS Anwar
KUALA LUMPUR, Dis 3: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan penyelewengan melibatkan RM250 juta bagi projek lembu adalah jumlah kecil bagi pemimpin-pemimpin Umno dan Barisan Nasional (BN).


Ini kerana katanya, mereka sudah biasa dengan penyalahgunaan kuasa duit rakyat melibatkan jumlah lebih besar seperti skandal Scorpene, lapor KeadilanDaily.


“Dana 250 juta, itu hanya kecil saja. Skandal Scorpene RM500 juta. Itu baru komisen,” kata Ketua Umum PKR ketika menyampaikan Ceramah Perdana, ‘Malaysia Tanpa Umno’ di Hulu Selangor semalam.


Akhbar Suara Keadilan sebelum ini pernah mendedahkan dua lagi bayaran komisen berjumlah RM32.5 juta, selain RM493 juta yang didedah lebih awal dalam proses pembelian dua kapal selam Scorpene.


Dua komisen itu terbongkar selepas pihak berkuasa Perancis memperoleh dokumen hasil serbuan ke atas DNCS, syarikat yang membina dan menjual kapal selam kepada negara-negara dunia ketiga termasuk Malaysia.


Sebelum ini, sebuah laman web Perancis, Rue89 mendedahkan, syarikat Perancis, Armaris tidak pernah membayar Perimekar RM493 juta, sebaliknya ia dibayar kerajaan Malaysia sendiri.


Dalam ceramah sama, Anwar turut menemplak amalan nepotisme Umno BN yang memberikan pelbagai peruntukan kepada kaum keluarga Menteri dan pimpinan Umno.


“Apa istimewanya anak menteri untuk dapat jawatan tinggi (dalam NFC), ingat dia nak pegang lembu?” kata Anwar merujuk kepada skandal lembu NFC membabitkan peruntukan lebih RM250 juta daripada kerajaan kepada keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.


NFC adalah syarikat menternak lembu kebangsaan yang dimiliki keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat itu dan menerima RM250 juta daripada kerajaan.

Setakat ini operasinya mengalami kerugian tetapi pada masa sama NFC didedahkan membeli dua buah kondominum mewah di Bangsar, membiayai percutian keluarga Shahrizat ke luar negara, dan pakej umrah.


Terbaru, NFC didedahkan membeli kereta Mercedes berharga RM534,622 serta dua bidang tanah berharga RM3,363,507 di Putrajaya.

Bajet pertama kali dalam sejarah tak realistik,defisit selama 15 tahun.


Bakal Perdana Menteri , Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan bajet yang diumumkan kerajaan hari ini sebagai tidak realistik kerana tidak dapat menangani defisit belanjawan yang semakin bertambah.


Bajet kabinet bayangan Pakatan Rakyat lebih realistik dan berkebajikan. Bajet Pakatan Rakyat lebih berakauntabiliti ,telus dan bertangungjawab.


Peningkatan defisit itu tidak pernah ditangani walau dalam bentuk perbelanjaan, kata Anwar lagi yang mengesyaki BN akan membentangkan satu belanjawan tambahan dalam tempoh tiga bulan akan datang.


"Jelas ia merupakan helah pilihan raya," kata DS Anwar . DS Anwar juga mendakwa sebahagian daripada pengumuman dalam bajet dibentangkan perdana menteri hari ini dicedok daripada bajet Pakatan Rakyat.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan pembentangan Bajet 2012 di Dewan Rakyat hari ini mengumumkan bahawa defisit sejak 1998 itu dikurangkan ke kadar 4.7 peratus pada tahun hadapan.

Pertama sekali dalam sejarah bajet kerajaan BN tidak realistik.


Najib juga mengumumkan jangkaan pertumbuhan ekonomi akan kekal pada kadar 5 hingga 5.5 peratus tahun ini dengan peruntukan RM232.8 bilion untuk tahun hadapan.


“Tiada langkah efektif untuk menangani defisit dan angka tersebut tidak realistik," kata Anwar.

Hakim Tolak Sepina ,doa Najib dan Rosmah dimakbulkan?

Hakim Tolak Sepina ,doa Najib dan Rosmah dimakbulkan?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor tidak akan tampil ke mahkamah sebagai saksi pembelaan dalam perbicaraan kes liwat II.


Ini berikutan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang hari ini menolak sepina yang menuntut mereka hadir sebagai saksi pembelaan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim.


Ketika membenarkan permohonan Najib dan Rosmah bagi mengketepikan sepina itu, Hakim Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah, memutuskan mereka adalah tidak relevan dan bukan saksi utama dalam perbicaraan itu.


"Justeru, saya benarkan permohonan itu dan arahkan perbicaraan disambung,” katanya.sumber mk *****trip EURO*******

Najib dan Rosmah boleh terus mengelak untuk di ' Sepina' sehingga Khamis ini.

Najib dan Rosmah boleh terus mengelak untuk di  ' Sepina' sehingga Khamis ini.
Permohonan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor, untuk mengketepikan sepina yang mahu mereka tampil memberi keterangan dalam perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai saksi pembelaan akan diputuskan pada Khamis ini.

Sehubungan itu, hakim Makamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Mohamad Zabidin Mohd Diah juga mengarahkan perbicaraan kes liwat II itu bersambung esok.
***tak lulus sejarah*****