Terkini

Di sebalik gambar Nizar

Pelajar-pelajar At Taalim Manjung ,mengerumuni Dato' Seri Nizar di atas tilam mereka dimana beliau cuba merasakan keempukan tilam pelajar di sini.

Nizar pemimpin Pakatan Rakyat yang tahu betapa zalim dan jahatnya Najib dalam rampasan kuasa di Perak.

7 Februari ini genap setahun Zambry dan kerajaan mahkamah memerintah Perak.Genap setahun Osman Jailu mati di sisi pengundi.

Februari ini kita ramai-ramai pakai baju hitam,tanda "tiadanya teloq Najib Razak,rampas kerajaan Perak melalui lubang belakang".

Dan kita menunggu Najib dilondeh seluar oleh rakyat!

Chua Soi Lek - Persetubuhan tanpa kahwin- Menteri Guru

Chua Soi Lek - Persetubuhan tanpa kahwin- Menteri Guru
tenang by election 220111 chua soi lek


Chua Soi Lek pemimpin yang sudah melakukan persetubuhan dengan perempuan dekat hotel.. Pemimpin seperti ini DS Najib amat suka.Muhyiddin tumpang semangkuk puji memanjang.



Teman-teman guru berbangsa Tionghua memberi penerangan panjang kepada kita berkaitan Chua Soi Lek.

Seorang ketua yang sudah hentam perempuan.Seorang ketua yang sudah bikin syok-syok sama perempuan dekat hotel."Lebih teruk lagi sudah langgan pelacur"dakwa teman guru.

"Kalau orang melayu cakap,sudah berzina"jelas teman guru.Chua Soi Lek hanya laku dengan UMNO,masyarakat Tionghua ,mereka bukan suka dengan budaya Chua Soi Lek yang suka kasi hentam sama perempuan.

Guru Tetap Setia Dengan Tugas Tetapi Bukan Setia Dengan UMNO.

Guru Tetap Setia Dengan Tugas Tetapi Bukan Setia Dengan UMNO.
Tan Sri Muhyiddin menyatakan kerajaan tidak pernah mempersoalkan kesetiaan guru-guru di negara ini tetapi selain kesetiaan kepada negara." adalah elok bagi guru juga supaya setia kepada kerajaan."kata Muhyiddin.

"Kita tidak akan mempersoalkan. Selain dari setia kepada negara, elok juga kita setia kepada kerajaan.

tenang by election nomination day 220111 shahidan kassim muhyiddin yassin"Sebab guru merupakan penggerak utama dalam masyarakat, masih dihormati, diberi penilaian yang tinggi. Guru jadi pemimpin dalam masyarakat, maka kita mahukan supaya sikap untuk kebersamaan antara kerajaan dan tenaga yang penting seperti guru selalu ada di situ,” katanya kepada Bernama.

Para guru memang setia dengan tugas,tetapi tidak setia dengan UMNO.

Kita melihat sekolah yang berpolitik UMNO pelajar mereka tidak cemerlang.Buat kerja kerana takut dengan orang politik.Perhatikan sekolah harian yang berpengetua UMNO berapa banyak pelajar dapat semua A PMR atau SPM.

Bangunan dan padang digunakan untuk kempen UMNO.Semua percuma dan UMNO pun tak perlu bayar sewa premis sekolah.

Muhyiddin Yassin ,cikgu setia dengan tugas,tetapi tidak akan tunduk dengan UMNO!

Potong rambut Sikh- Nizar lahir simpati

DS Nizar sedang meneliti keratan akhbar berkaitan kes rambut Basant Singh.Kelihatan bapa dan ibu remaja yang rambutnya telah dikhianati.

DS Nizar meminta pihak polis untuk membuat siasatan lanjut berhubung dakwaan seorang remaja lelaki beragama Sikh Basant Singh bahawa rambutnya dipotong semasa sedang tidur di kem program latihan khidmat negara (PLKN) Sungai Bakap, Pulau Pinang, Ahad lepas.

Nizar sebentar tadi pergi ziarah Basant Singh dan keluarganya untuk melahirkan perasaan simpati beliau. Nizar berasa kesal peristiwa ini boleh berlaku.


"Bagaimana PLKN kini menjadi seolah tidak selamat."soal Nizar.Nizar juga berasa kesal kerana tiada bukti yang diperoleh oleh JLKN.

Basant Singh, 18, kini sedang bercuti, dibenar memanjangkan sedikit masa rehatnya di rumah.

Tenang apa kata YB Idham Lim:via twitter

Tenang apa kata YB Idham Lim:via twitter
Drs.Khalil Idham Lim
Antaranya saya sendiri...demi keselamatan saya berpatah balik ke markas wilayah
»
Drs.Khalil Idham Lim
Saya kurang faham mengenai kedudukan tpt penamaan calon sehingga ramai penyokong PR yg tersalah arah dan teperangkap bersama penyokong BN
»
Drs.Khalil Idham Lim
Pesuruhjaya pas perak berjalan sekitar 3 km ke tempat penamaan calon
»
Drs.Khalil Idham Lim
Cuaca di tenang tidak terlalu panas dan penykong kedua pihak tidak cepat kepanasan dan letih...
»
Drs.Khalil Idham Lim
Dengan penuh debaran semua penyokong kedua pihak menunggu pengumuman pengurus prk tenang mengenai kedudukan sahnya calon yg akan bertanding

Puluhan ribu penyokong Pakatan banjiri Labis

Puluhan ribu penyokong Pakatan banjiri Labis

LABIS, 22 Jan: Berpuluh-puluh ribu penyokong Pakatan Rakyat terutama dari PAS membanjiri pekan Labis untuk mengiringi calon mereka, Cikgu Normala Sudirman ke pusat penamaan calon Pilihan raya Kecil Tenang.



Mereka berkumpul di sana sejak sebelum subuh bagi menyertai majlis solat hajat di tanah lapang yang disewa khas oleh PAS untuk digunakan sepanjang kempen pilihan raya ini.



Mereka dikatakan menerima arahan agar terus ke kawasan yang terletak di perkarangan markas besar PAS itu kerana beberapa masjid yang berdekatan dikatakan dikunci sejak malam tadi.



Perarakan calon bermula seawal jam 8.20 pagi menuju pusat penamaan calon yang terletak di Dewan Majlis Daerah Labis yang terletak kira-kira 2 km dari situ. Ketika itu, kira-kira 5,000 orang menyertainya.



Perarakan itu menjadi semakin besar apabila kumpulan kecil sepanjang jalan menyertai mereka.

Perarakan yang diketuai Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, timbalannya, Nasharudin Mat Isa, naib-naib Presiden Datuk Mahfuz Omar, Salahudin Ayub turut disertai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali dan Naib Pengerusi DAP, Dr Tan Seng Giaw.

harakahdaily.net


Presiden PKR, Datuk Sri Dr Wan Azizah Ismail dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim yang menunggu di tepi jalan menyertai perarakan itu kira-kira jam 8.50 pagi.

ADO vs Cikgu Mala

ADO vs  Cikgu Mala
LABIS: The nomination for the Tenang state by-election opened at 9am today at the Labis district council, here.

The nomination process takes place for an hour followed by another hour of objection period after which the returning officer Md Asri Amir will declare the list of candidates for the Jan 30 polls.


Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin led the Barisan Nasional (BN) supporters to accompany the BN’s candidate, Mohd Azahar Ibrahim, to the nomination centre.


With them were Menteri Besar Abdul Ghani Othman, MCA president Dr Chua Soi Lek, MIC president G Palanivel and other BN component leaders.


Azahar, 39, is the former Rengit assistant land administrator in Batu Pahat.
PAS has named its Labis Muslimat chief and former teacher Normala Sudirman as the candidate.


PAS president Abdul Hadi Awang, secretary-general Nasarudin Md Isa and PKR president Dr Wan Azizah Wan Ismail were among opposition leaders at the nomination centre.


The by-election is called following the death of Sulaiman Taha of BN on Dec 17.


In the 2008 general election, Sulaiman defeated PAS’s Md Saim Siran with a 2,492-vote majority.

-Bernama

Hanya dua calon serah borang, BN-Pakatan bersaing

Hanya dua calon serah borang, BN-Pakatan bersaing
LABIS, 22 Jan — Hanya dua orang masing-masing seorang dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat mengemukakan borang penamaan calon untuk bertanding pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang pagi ini.

BN menurunkan Mohd Azahar Ibrahim, 39, iaitu bekas Penolong Pentadbir Tanah Daerah Kecil Rengit, Batu Pahat manakala PAS yang mewakili Pakatan Rakyat mencalonkan Ketua Dewan Muslimat Labis dan bekas guru Normala Sudirman, 39.


Kedua-dua calon itu memasuki dewan penamaan calon pada pukul 9.10 pagi. Proses penamaan calon bagi pilihan raya kecil DUN Tenang bermula pada pukul 9 pagi di Pejabat Majlis Daerah Labis.


Tempoh pencalonan adalah selama sejam, disusuli dengan tempoh bantahan selama satu jam dan diikuti dengan pengumuman senarai calon yang akan bertanding pada pilihan raya kecil oleh pegawai pengurus pilihan raya Md Asri Amir.


Terdahulu Timbalan Perdana Tan Sri Muhyiddin Yassin mengetuai penyokong Barisan Nasional (BN) untuk mengiringi calon parti Mohd Azahar di pusat penamaan tersebut.


Turut mengiringi Muhyiddin termasuk Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman, Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek, Presiden MIC Datuk G. Palanivel dan pemimpin komponen BN yang lain.


Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan timbalannya Nasharudin Md Isa, Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut berada di pusat penamaan calon bagi mengiringi calon PAS.


Keadaan cuaca di pusat pencalonan itu baik dengan penyokong calon masing-masing mula berkumpul seawal 6.30 pagi dan berada di pusat itu sebelum 8.30 pagi.


Pilihan raya kecil DUN Tenang akan berlangsung pada 30 Jan ini berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha pada 17 Dis tahun lepas akibat jangkitan kuman dalam darah dan kencing manis.


Pada pilihan raya umum 2008, Sulaiman menewaskan calon PAS Md Saim Siran dengan majoriti undi sebanyak 2,492. sumber

DS Nizar bantu Cikgu Mala.

saDS Nizar menjelaskan kenapa kita perlu menangkan Cikgu Mala.
DS Nizar bertemu pengundi bersama Cikgu Mala.Selamat Tahun Baru.Kelihatan DS Nizar memperkenalkan Cikgu Mala kepada pengundi.
DS Nizar dan Cikgu Mala dalam satu program minum di Labis petang kelmarin.
Nizar kelmarin berada di Tenang untuk membantu jentera operasi PAS. Kita difahamkan DS Nizar berpuashati dengan sambutan rakyat di Dun Tenang.

Nizar dikatakan amat berpuashati dengan sambutan masyarakat Pekan Labis khususnya pengundi Tionghua.

Menurut DS Nizar haram kita menyokong BN pada kali ini.Jadi undilah Cikgu Mala.

DS Nizar pergi majlis tahlil Allahyarham Datuk Mohd Hidhir

Kelmarin DS Nizar sempat menghadiri majlis tahlil Allahyarham Adun Merlimau Datuk Mohd Hidhir di rumah Allahyarham di Merlimau malam kelmarin.. Malam kelmarin DS Nizar mempunyai proram dekat Jasin Melaka.Salam takziah kepada keluarga Allahyarham Datuk Mohd Hidhir daripada DS Nizar.

Nizar dikatakan meminta petugas membawa beliau ke rumah Allahyarham Datuk Mohd Hidhir.

Novel Interlok - Undi Prk Tenang- Menguji Kematangan PAS

Kita difahamkan terdapat dua kumpulan NGO ingin menggunakan pentas PAS dalam kempen PRU Tenang.

NGO Melayu dan NGO India dua-dua dari Malaysia ingin membantu Pas meraih sokongan pengundi.

Pas dikatakan tidak berminat.Hal ini menunjukkan kematangan politik PAS.PAS tetap menjadi pilihan rakyat untuk menggantikan UMNO. Bagi rakyat Malaysia PAS wajib ganti UMNO.

Debat Anwar Najib- Sapa takut tak dak teloq!

Debat Anwar Najib- Sapa takut tak dak teloq!
Debat Anwar -Najib dinanti semua orang.Anwar dengan berani mempertahankan langkah 10 perkara PR.Najib langkah kebelakang ,masih berfikiran sebelum merdeka.Takut untuk berdebat.

Jika kita disekolah.Najib ibarat tak dak teloq kerana takut untuk berlawan.Najib mempunyai geng,penasihat dan jemaah kabinet tetapi takut.Akhirnya mungkin minta pertolongan Majlis Raja-raja Melayu seperti mana debat PAS-UMNO dudu-dulu 1980 -an.

Bagi budak sekolah Najib ibarat budak berhingus.Ada geng pun takut,tiada geng lagi takut.Kalau ajak bergaduh nombor satu,kata orang boleh demam.Apabila disusun pergaduhan dekat padang,tak datang panggil Guru Disiplin untuk "setel".

Budak sekolah beritahu lagi,kita jika tak lawan kita macam tak dak teloq.Budak sekolah bagi tau lagi..kalau tak lawan ,kita jumpa bomoh dekat India atau Indonesia. ,kasi mam....us itu sama orang.

Itu Najib kita olang fikir punya tak dak teloq!

Inikah Balasan Dunia Untuk Pegawai Kerajaan Yang Kuat Sokong UMNO?

Inikah Balasan Dunia Untuk Pegawai Kerajaan Yang Kuat Sokong UMNO?
Kita kenal ADO yang kena dakwa ini pada tahun 1997 di daerah Larut Matang.Kita tahu dia kuat sangat sokong UMNO.Kita yang berurusan dengan dia dianggap kecil sahaja.Dahulu kita sering berurusan dengan dia kerana nak dapat rumah kuarters.

Kita ditawar rumah tiada pendawaian eletrik dan paip air.Kita disuruh menggunakan duit sendiri. Ada dia cakap kerajaan sudah banyak tolong kita.Sekarang apa salah kita tolong kerajaan.

Kita menjawab,kita kakitangan kerajaan.Kita yakin dia benci dengan kita kerana kita penyokong PAS.Mungkinkah ini kifarah untuk ADO itu?Kita tetap ingat sampai ke mati.ADO ini!

Lihat berita di bawah melalui laman portal malaysiakini hari ini.

Mahkamah Sesyen di Butterworth hari ini menangguhkan hukuman terhadap bekas pegawai daerah Seberang Perai Utara (SPU) yang didapati bersalah meminta rasuah lima tahun lalu kerana sedang menjalani rawatan penyakit jantung di Hospital Besar Pulau Pinang.

Hakim Ikmal Hishan Mohd Tajuddin menetapkan 28 Jan ini untuk menjatuhkan hukuman terhadap Mohd Jamil Mohd Noor, 58, selepas peguamnya Rosli Ismail mengemukakan surat mengenai rawatan itu.

Mohd Jamil didapati bersalah melakukan perbuatan itu pada 27 Jan 2006 pukul 11 malam di Restoran Nasi Kandar An Nur, Kepala Batas.

Dia cuba meminta wang suapan RM60,000 daripada Arizal Mohd Arshad untuk menaikkan nilai pampasan pengambilan balik sebahagian tanah Lot 3482 GM2058, Mukim 5, SPU bagi meluaskan kawasan meletak kenderaan di Pasar Awam, Kepala Batas.

Mohd Jamil dituduh mengikut Seksyen 11 (a) Akta Pencegahan Rasuah 1997 (Akta 575), yang boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta yang sama iaitu penjara minimum 14 hari dan maksimum 20 tahun atau denda RM300,000 atau lima kali nilai suapan.

Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Janariah Abdul Mutalib.

Cikgu Mala setaraf YB Nurul Izah

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiK_6HG6gUoAtXXPpYwf16lcmcmS6TrWFEGo8nPYJD1izuxp6X8Hr3R8VdtKremfCIZZLB1myhUkhWhX21t3lRG27fi3OMzyoxC4uZ75QzcGNoPTkRz73trrGk2wOhfcoBD89DvUcsvAsQO/s250/CMCK.png

Cikgu Mala setaraf Nurul Izah,Naib Presiden PKR kita diberitahu teman-teman.Jika DS Nizar pengganti DS Anwar seperti disebut oleh penduduk Bukit Gantang dalam PRK 2009.Cikgu Normala Sudirman sehebat YB Nurul Izah Anwar.

Novel Interlok- Batu Cave Tidak Menerima Najib


Replika Najib bersama Patung Dewa di Batu Cave.

Najib dikatakan tidak mendapat sambutan di SambutanThaipusam dekat Batu Cave.Novel Interlok amat tidak disenangi masyarakat India.Jadi mereka memprotes Najib di perayaan mereka.

Najib difahamkan budak -budak Joji terpaksa dilarikan pihak berkuasa untuk keselamatan.

Drs Khalil Adun Titi Serong pemimpin yang berjiwa besar.

Drs  Khalil  Adun  Titi Serong pemimpin yang   berjiwa besar.
YB Khalil pemimpin yang bertanggungjawab.Apabila beliau menarik balik posting meninggalnya ADUN Merlimau.

Perkara kematian bukan main-main.Justeru itu kita beranggapan Drs Khalil pemimpin yang berjiwa besar dan ada akauntabiliti.

Berikut petikan permohonan maaf seperti yang tersiar di blog Cina Islam.

1. Dengan ini saya mengucapkan takziah kepada seluruh ahli keluarga almarhum dan penduduk dalam DUN Merlimau serta seluruh rakyat negeri Melaka dengan harapan semua bersabar dan menerima dengan tabah ketentuan dari Allah SWT yang tidak dapat dielakkan itu. Semuga Rohnya ditempatkan dikalangan orang yang terpuji sesuai dengan amalan baik yang dilakukan sepanjang hidupnya.

2. Saya juga mengambil kesempatan ini untuk memohon maaf diatas kekeliruan yang tidak kami sengajakan tetang penerbitan berita dalam blog ini mengenai berita kematian almarhum, namun pihak moderator blog ini menarik dengan segera posting berkenaan setelah kami mendapat berita yang sebenar bahawa berita awal kematian seperti yang tersiar dalam banyak media online tidak benar.


Nizar itu maruah kita- Haji Asmuni Awi

Hj Asmuni Awi,Sdr Salman Salleh dan YDP PAS Bukit Gantang dalam majlis lawatan kerja JPN Perak malam tadi.


Pengarah Jabatan Pilihanraya Negeri Perak (JPN),Haji Asmuni Awi meminta jentera pilihanraya PAS Kawasan Bukit Gantang untuk melipat-ganda usaha untuk mempertahankan Parlimen Bukit Gantang dalam PRU 13 nanti.

"Nizar itu maruah kita"tegas Haji Asmuni Awwi dalam pertemuan dengan Jentera Pilihanraya Pas Bukit Gantang malam tadi.

"Tuan-tuan ,tidak kira muslimat,pemuda ,semuanya kena terus bekerja untuk mempertahankan kerusi Bukit Gantang."tegas Haji Asmuni Awi.

"DS Nizar itu pemimpin PR dan mantan MB,jadi dia maruah kita"tambah Hj Asmuni Awi."Kita perlu menang di sini"kata Pengarah JPN itu.

Di samping itu Hj Asmuni Awi meminta JPrk Bukit Gantang berusaha terus untuk mendaftar pengundi baru ."Dengan pengundi baru kita boleh menang di sini" kata Asmuni."Saluran 1 dan 2 kita tidak punya peluang"ujar Asmuni."Hanya saluran 4 dan 5 yang sokong kita"terang Hj Asmuni Awi.

Cikgu Normala Sudirman Anak Murid Penolong Kanan Kita.

Cikgu Normala Sudirman Anak Murid Penolong Kanan Kita.
Tengahari tadi kita bertemu dengan Penolong Kanan Kita."Cikgu tak pi Tenang ke?"tanya Penolong Kanan sekolah kita."Sekolah,"jawab kita.

PK Tadi beritahu kita,Normala itu anak murid dia dekat maktab.PK tadi bagi tahu Normala memang rajin,aktif di kolej.Ada bakat menjadi pemimpin.

Kita mendapati Penolong Kanan kita tadi kelihatan berbangga dengan pencapaian anak murid menjadi calon PRK.Sekurang-kurangnya terdapat cikgu yang berbangga dengan anak murid yang bakal bergelar YB.

Sementara itu kita pula hairan ,bagaimana dia tahu kita aktif parti.Semenjak PK tadi datang pada tahun 2009,kita tidak pernah bersembang jauh tentang politik.

Tapi sekolah kita sekolah agama ,takkan dia hendak black list kita.

Cerita Budak Sekolah: Najib bikin lawak bodoh.

Cerita Budak Sekolah: Najib bikin lawak bodoh.
Kata budak-budak sekolah Najib sudah bikin lawak bodoh.Itu nyawa Najib ingat main-main.Najib tak tahu dekat Tunisia,seorang remaja mati.Satu negara bangkit.Presiden Ben Ali cabut lari bungkus ke Arab Saudi.

“Kita juga mahu tahu kebenaran dan apa yang sebenarnya berlaku kepadanya. Jangan politikkan isu ini. Kita ada cara untuk mengetaui kebenaran. Kita tidak akan lindungi sesiapa. Ini ikrar kerajaan.”kata DS Najib.

Ucapan Najib di SJK(C) Labis ini dilihat bagi mengelakkan penghakiman terbuka inkues Teoh tempoh hari dijadikan modal politik oleh Pakatan Rakyat.

“Hasrat kita pun sama dalam kes Teoh Beng Hock,” katanya kepada kira-kira 700 penduduk Cina semasa sesi minum the di dewan sekolah itu.

Namun, Najib mengingatkan pengundi Tenang bahawa kematian Teoh tidak sepatutnya mempengaruhi keputusan mereka dalam mengundi.

Ini (pilihan raya kecil) lebih besar daripada Teoh Beng Hock, ini adalah mengenai masa depan Malaysia, masa depan semua kita, masa depan generasi kita."kata Najib lagi seperti dipetik melalui portal malaysiakini.

Kita pun tak tergamak, bakal cikgu dekat UPSI berani!

Kita pun tak tergamak,  bakal cikgu dekat UPSI berani!

Kita pun tak tergamak menjerit Osman Jailu Katak ataupun pengkhianat ,walaupun sering juga kita melihat Adun Changkat Jering.

Malah apabila dalam satu program pun ,kita tak berani kata dengan YB Osman Jailu.Pergi mampus hang.Kita berani di belakang sahaja

Tetapi kita hormat dengan bakal pendidik di UPSI yang berani menjerit "MB HARAM" dan "katak" kepada ADUN Berhrang.

Belum menjadi guru sudah berani lawan UMNO,sudah menjadi guru nanti lagi berani.Berani seperti Cikgu Normala Sudirman calon rakyat di DUN Tenang,Labis.

Berita dari UPSI: http://upsikini.blogspot.com

Lawatan MB Perak: Laungan 'katak' bergema di KHAR

Tanjong Malim,17 Disember - Lawatan MB Perak Dato' Dr Zambry Ab. Kadir ke Kolej Harun Aminulrashid Universtiti Pendidikan Sultan Idris pada jam 4 petang tadi turut dihadiri oleh YB ADUN Behrang Jamaluddin Radzi dan ADUN Slim.

Kehadiran Jamaluddin Radzi dan Dato' Dr. Zambry telah diiringi oleh laungan 'katak' dan MB 'haram' daripada beberapa mahasiswa yang berteriak dari tingkat atas bangunan kolej berkenaan.

Dalam pada itu, suara-suara yang berteriak dari tingkat atas KHAR telah diusir oleh JMK kerana dikatakan telah menganggu tumpuan program.(klik)

Datuk Jamil Khir Baharom tak tahu UMNO tu macam kentut dengan taik?

Datuk Jamil Khir Baharom  tak tahu UMNO tu macam kentut dengan taik?
Pandangan YB Dr Dzulkifli ini perlu diberi perhatian oleh prebet UMNO,Jamil Khir Baharom.

Langkah bijak kerajaan Selangor mengambil pendekatan penuh berhikmah.Wujudkan tabung kebajikan untuk membantu mereka untuk keluar daripada terus bergelumang dengan pekerjaan di premis yang penuh maksiat hasil peninggalan kerajaan UMNO.

Hal ini juga memboleh kerajaan PR untuk menolong mereka di negeri Kedah,Pulau Pinang dan Kelantan.Wujudkan tabung kebajikan untuk membebaskan mereka yang terlibat dengan pekerjaan dipremis judi,arak dan hiburan.Kerajaan Kedah,Selangor,Pulau Pinang boleh merentasi sempadan untuk membantu masyarakat Islam yang perlu dibela.

Berikut pandangan YB Dr Dzulkifli Ahmad Ahli Parlimen Kuala Selangor seperti yang tersiar di harakahdaily.net.

KUALA LUMPUR, 18 Jan:
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom diminta memberikan peringatan kepada para elitis politik dan perniagaan Melayu beragama Islam yang berada dalam lembaga pengarah syarikat perjudian dan arak agar mengundur diri.

Ini kerana, mereka semua tidak ada sebab yang sah untuk berada di syarikat sedemikian berbanding dengan pekerja bawahan yang terpaksa bekerja di tempat-tempat yang menghidangkan arak dan judi untuk sesuap nasi.

Demikian kata anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad ketika mengulas kenyataan Jamil Khir sebelum ini.

Media sebelum ini Jamil Khir berkata exco kerajaan Selangor, Ronnie Liu yang mengarahkan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) menarik balik larangan tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis menjual arak sebagai menghina Islam.

"Perkara itu termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah Selangor. Ronnie tidak boleh sentuh. Kita berusaha mempertahankan moral dan akhlak orang Islam tetapi yang berlaku ada pihak mahu umat Islam melakukan sebaliknya," katanya.

Sehubungan itu, Jamil Khir emberi amaran kepada pihak-pihak yang cuba mempolitikkan isu-isu agama supaya segera menghentikannya dan menilai kesan perbuatan mereka.

Liu Khamis lalu berkata pekeliling menarik balik larangan itu telah dikeluarkan kepada presiden MPSJ, Md Adnan Ikhsan dengan alasan “kerajaan negeri tidak menyedarinya.”

"Kami tidak dirujuk (berhubung larangan itu). Sebab itu, kita minta mereka tarik dulu,” katanya, sambil menambah isu berkenaan turut dibincangkan pada mesyuarat exco Rabu lalu.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata, kerajaan negeri telah melantik satu penal untuk menubuhkan satu tabung bagi membolehkan mereka yang kehilangan pekerjaan atau ingin meninggalkan pekerjaan dalam tempat-tempat yang haram dibantu.

Bagi Dr Dzulkefly, sebagai sebuah kerajaan yang bertanggungjawab, kerajaan negeri Selangor perlu memikirkan nasib pekerja beragama Islam di premis-premis berkenaan sebelum menyokong mereka diberhentikan oleh majikan mereka.

"Namun, para ahli perniagaan yang duduk dalam lembaga pengarah syarikat judi dan arak ini tidak ada alasan sedemikian. Oleh itu, kita cadangkan Jamil Khir mengarahkan mereka berhenti atau melaksanakan undang-undang itu," kata Dr Dzulkefly.

Berita Ringkas:Budak Tahun Satu SK King Edward VII(1) parah jatuh dari tingkat satu

Berita Ringkas:Budak Tahun Satu SK  King Edward VII(1) parah  jatuh dari tingkat satu
Kita diberitahu teman-teman guru ,terdapat satu peristiwa ngeri berlaku pada pagi tadi.Kejadian berlaku lebih kurang pukul 9.30 pagi waktu rehat tahun satu.

Seorang pelajar tahun satu keturunan India jatuh dari tingkat satu.Pelajar tahun satu SK King Edrward VII(1) itu dikatakan cedera parah.

Menurut pelajar yang menyaksikan banyak darah keluar melalui kepala mangsa.Pihak sekolah telah menghantar ke Hospital Daerah Taiping,dan Pihak Hospital Taiping menghantar pelajar itu ke Hospital Ipoh untuk rawatan lanjut.

Sempat pula teman-teman beritahu kes ini tidak serupa dengan kes Teoh Beng Hock!

Kasi Hentam Samy Vellu-Kasi Hentam BN.

Kasi Hentam Samy Vellu-Kasi Hentam BN.
Hari-hari Samy Velu tak buat kerja."Kasi hentam itu Samy Vellu"kata Jaya Pra.Mereka amat benci sama dengan Samy Vellu.

Samy Velu tidak dapat menyelesaikan masalah kasta.Samy Velu buat masyarakat India semakin miskin dan tercicir.

Jadi jika Samy Vellu tak buat kerja sekolah. Para pelajar meminta Samy Velu dirotan.Istilah Pelajar "Kasi hentam"."Hentam kuat-kuat cikgu."

Sampai sekarang MIC suka cari isu,dengan isu baru.Kemiskinan orang India dapat dilupakan.Bertambah pula Thaipusam dah dekat,harga kelapa mahal.Jadi isu kenaikan barang,orang India tidak bincang .Hanya bincang Novel Interlok.

Kita sempat bergurau dengan anak murid,beritahu bapa kasi hentam sama BN ,pada hari undi nanti.

Calon PRU Bukit Gantang perlu berjubah- Arahan Najib

Calon  PRU Bukit Gantang perlu berjubah- Arahan Najib
Teman-teman UMNO memberitahu kita calon PRU Umno dalam Parlimen Bukit Gantang pada kali ini perlu selalu memakai jubah.

"Cikgu tengok YB Rosli sekarang pakai jubah"jelas mereka. Mereka memberitahu Rosli Husein dikatakan telah mendapat arahan DS Najib mesti memakai jubah apabila mengikuti program agama .Rosli Husein perlu mengetuai majlis tahlil dan perlu menjadi khalifah baca yassin.

Jadi untuk terpilih sebagai calon YB Rosli perlu untuk "berlakon".Bertambah pula Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang itu hendak bertanding di Changkat Jering.

Justeru itu UMNO perlu memprojek Rosli Husein untuk bersaing dengan PAS. Dengan PKR mereka boleh bersaing.

Pengetua Perkauman Bukan Orang Melayu Je Orang India Pun Ada Tetapi UMNO dan MIC

Pengetua Perkauman Bukan Orang Melayu Je Orang India Pun Ada Tetapi  UMNO dan MIC
Kisah ini kisah lama,pada tahun 1997.Semasa itu kita baru mengajar sekolah ini baru 4 tahun.Pada masa itu pengetuanya India.Kasta tinggi dan seorang perempuan.Bagi India kasta rendah selalu dicop.Bertambah pula kalau datang dari kelas peralihan.

Pada satu pagi dia masuk ke kelas Pendidikan Islam,Ustaz sedang mengajar.Dia mencemuh pelajar Islam yang bising."Nama sahaja Islam tetapi bising"

Kita diberitahu Ustaz. Apabila mesyuarat guru ,kita bangkitkan isu bising pelajar.Nama lagi pelajar,pelajar semuanya bising untuk belajar.Bukan kerana mereka Islam ,mereka mesti bising.Pelajar India pun bising,Pelajar Cina pun bising.Lalu kita bagi analogi, kalau tak mencuri bukan pelajar India dan kalau tak berjudi bukan pelajar Cina.Pengetua MIC itu diam membatu.Kini dia sudah pecen.Kita pun sudah lama tak jumpa.Zaman kita, SSB. Prestasi kita zaman Pengetua India lagi perkauman ini,mendatar titik.Seorang guru perempuan India yang tak dapat kawal kelas pun mendatar cemerlang,baru mengajar 3 tahun.

Tapi zaman pengetua Cina,beliau melihat merit dan prestasi kita.Kita dapat Anugerah Perkhidmatan Cemerlang,dan naik pangkat,tetapi tak mahu pergi.Kita tolak.

Bagi kita selagi pengetua UMNO,MIC,GERAKAN atau MCA semuanya perkauman.Cuma pengetua yang naik pangkat kerana prestasi dan kecemerlangan ,menjalankan tugas secara profesional.

Markom Giram lawan Makruf Abdul Mutalib

Markom Giram lawan Makruf Abdul Mutalib
Markom Giram menyatakan pertukaran biasa sejauh 200 km .Labis ke Johor Bharu bukan jauh.PPD Pasir Gudang kekurangan guru. Angka kekurangan guru agak besar 400 lebih.

Kita pun tak tahu Pegawai PPD Pasir Gudang buat kerja.Bertambah pula Markom Giram bertugas pula sebagai Pengarah Pelajaran UMNO Johor.

Otak ,otak UMNO,bertugas tetapi tidak tahu keperluan guru dan pertambahan pelajar.Memang betul kekurangan guru.Mereka yang belum posting pun banyak.Tetapi Markom hanya nampak Makruf Abdul Mutalib.Punya banyak guru di Labis dan Tenang,hanya nampak penyokong Pakatan Rakyat.

Kita pun dulu dapat tawaran kenaikan pangkat ,dekat 15o km di Teluk Intan dari tempat tinggal kita sekarang.Kita tolak,tetapi mereka yang sokong UMNO ,dapat tawaran sekolah berdekatan rumah.

Jadi Markom Giram layak bertanding dalam pilihanraya umum akan datang.Tetapi kena ingat UMNO ,insyaAllah tinggal di Muzeum Johor pada PRU13.

Guru Kafa menghadap Zambry Kadir

Guru Kafa menghadap Zambry Kadir
Kita dimaklumkan 7 buah bas membawa guru Kafa LMS untuk bertemu Zambry Kadir.Acara bermula sehingga malam.

Mereka akan diberi motivasi awal tahun untuk meningkat kualiti P & P di sekolah SAR masing-masing.

Dikhabarkan tiada isu politik ataupun ketuanan Melayu.Semata-mata untuk pendidikan rakyat.

Guru Kafa nanti akan ditunjukkan kecemerlangan kerajaan BN memerintah Malaysia,sehingga ini tidak terlawan Kerajaan PR Kelantan,Kedah,Selangor dan Pulau Pinang.

Zambry dikhabarkan akan menjelaskan isu ancak. Isu ini Guru Kafa tidak tahu lagi.Namun begitu kita pun hanya dikhabarkan ,tanpa bukti bersurat.

Zaman Najib RM2 juta untuk 1 pekerjaan-rekod baru dunia.

Zaman Najib  RM2 juta untuk 1 pekerjaan-rekod baru dunia.
Betapa singkatnya pemikiran penasihat ekonomi Najib.Najib juga bukannya PM yang baik.Cuba bayangkan pelaburan RM67 bilion ,,hanya peluang pekerjaan 35,000 orang.Satu pekerjaan baru diwujudkan,Najib perlukan RM 2 juta.

Kita baca berita di bawah.Ketirisan zaman Najib mengikut pandangan Sdr Lim Guan Eng.


KUALA LUMPUR, 16 Jan — Pakatan Rakyat mendakwa pentadbiran Najib sekali lagi membuktikan kerajaan pusat bakal merekodkan ketirisan besar ekoran pengumuman 19 lagi projek permulaan (EPP) Program Transformasi Ekonomi (ETP) — yang menurut kerajaan Barisan Nasional (BN) bakal menjana pelaburan hampir RM67 bilion dan 35,000 pekerjaan baru.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, ia terbukti apabila kerajaan pimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memerlukan RM67 bilion untuk mewujudkan hanya 35,000 pekerjaan baru ataupun hampir RM2 juta untuk setiap satu pekerjaan baru.


“Adakah RM2 juta diperlukan untuk wujudkan satu pekerjaan baru? Ia memang satu rekod,” kata Lim lagi.


“Jumlah besar RM2 juta untuk setiap satu pekerjaan baru menunjukkan ketirisan ekonomi dalam bentuk amalan rasuah dan penyelewengan kewangan yang hanya boleh diatasi dengan kemenangan Pakatan dalam pilihan raya besar akan datang,” kata beliau.


Pada 11 Januari lalu, Najib yang juga Menteri Kewangan mengumumkan 19 lagi EPP di bawah ETP yang akan menjana pelaburan hampir RM67 bilion, RM36 bilion pendapatan kasar negara dan mewujudkan 35,000 pekerjaan baru.


Sebelum itu sebanyak 18 EPP telah diumumkan sejak ETP dilancarkan pada 25 Oktober 2010.


Kesemua projek 19 EPP dan pembangunan itu akan dilaksanakan di bawah 10 Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA), yang diterajui oleh empat EPP di bawah NKEA minyak, gas dan tenaga.


Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata adalah jelas tindakan itu akan memufliskan negara, bukannya Program 100 Hari Pakatan.


“Sebaliknya Program 100 Hari Pakatan akan selamatkan negara dengan pulihkan ekonomi negara.


“Jangan lupa bahawa Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala sendiri yang telah pun menyatakan bahawa Malaysia mungkin bankrap pada 2019,” kata Lim ketika berucap pada Majlis Tertutup Bengkel Pilihan Raya Kebangsaan DAP di sini hari ini.


Program 100 Hari Pakatan diumumkan menerusi Buku Jingga pada konvensyennya bulan lalu.

Kata Lim, BN mungkin lupa dengan projek mega ini tidak ada kena-mengena dengan masalah rakyat biasa yang berpendapatan rendah.


Lim menambah Malaysia mengalami ketidakadilan perbezaan pendapatan antara kaya dan miskin yang paling tinggi di Asia Tenggara.


“Kumpulan termiskin golongan bawah 40 peratus penduduk hanya memiliki 14.3 peratus pendapatan negara sedangkan golongan atas 20 peratus memiliki 50 peratus pendapatan negara.


“Dengan kata lain lebih 10 juta rakyat Malaysia dalam golongan bawah 40 peratus penduduk menerima purata pendapatan RM1,500 sebulan,” katanya.


Justeru kata beliau, golongan ini yang akan dibantu menerusi Program 100 Hari Pakatan Rakyat yang di antara lain manambah insentif kepada anggota kerajaan tertentu, bantu peneroka Felda, wang penghargaan warga emas RM1,000 setiap tahun, khidmat wifi percuma untuk semua pekan di seluruh Malaysia, menghapuskan tol lebuh raya dan juga mengurangkan harga minyak untuk orang miskin.


Kata Lim, Pakatan bukan cakap sesuka hati kerana ia telah pun dilaksanakan di negeri-negeri di bawah pemerintahan perikatan tiga parti itu.


Sungguhpun banyak program telah dijalankan oleh kerajaan negeri yang di bawah Pakatan, tidak ada satu negeri pun yang bangkrap, katanya.


“Sebaliknya ia lebih kukuh seperti Pulau Pinang yang telah dipuji dua tahun berturut-turut oleh Laporan Ketua Audit Negara 2008 dan 2009. Malah Pulau Pinang dianggap sebagai mempunyai prestasi terbaik di negara pada 2009,” katanya.

Lim menjelaskan, ketirisan ekoran penyelewengan kewangan dan amalan rasuah setahun melibatkan sekurang-kurangnya RM28 bilion setiap tahun dalam kerajaan persekutuan.


“Bila ketirisan dihapuskan banyak program memanfaatkan rakyat boleh dibuat seperti wifi percuma dan menghapuskan tol.


“Oleh itu banyak Program 100 Hari Pakatan seperti membayar RM1,000 setiap tahun kepada warga emas melebihi 60 tahun boleh dilaksanakan,” katanya.


Beliau berpendapat dengan 2.1 juta warga emas, pembayaran RM1,000 setahun hanya melibatkan RM2.1 bilion setahun yang tidak sampai 10 peratus RM28 bilion.


“Ada baki lagi. Inilah yang harus dikongsi bersama dengan rakyat di bawah dasar ekonomi berjiwa rakyat Pakatan,” katanya lagi.

themalaysianinsider

Apabila anggota tentera tukang gunting-bukti duit gaji tak cukup.?Rosmah Mansor syok ronda-ronda?

Apabila anggota tentera tukang gunting-bukti duit  gaji tak cukup.?Rosmah Mansor syok ronda-ronda?
Seorang anggota tentera, Mohd Nafisol Saad, 39, tekun menggunting rambut pelanggannya di Jalan Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur. Inilah sumber kedua nya punca pendapatan. — Foto Bernama
Seorang anggota tentera, Mohd Nafisol Saad, 39, tekun menggunting rambut pelanggannya di Jalan Taman Setiawangsa, Kuala Lumpur. Inilah sumber kedua nya punca pendapatan. — Foto Bernama

Kuasa beli rakyat di pinggir bandar dan dibandar semakin kecil.Bagi orang kampung dengan harga getah meningkat,kuasa beli mereka tinggi.Kampung banyak bahan percuma.

Rakyat disuruh ikat perut dan berjimat.Rosmah Mansor seronok berjalan.Projek ETP bilion-bilion ,rakyat mulut ternganga.

Selamat berjuang Jentera PAS Perak-Ustaz Abu Bakar

Selamat berjuang Jentera PAS Perak-Ustaz Abu Bakar

Ustaz Abu Bakar Hussain ,Pesuruhjaya PAS Perak hari ini memberi kata-kata semangat kepada seluruh jentera PAS Perak yang diamanahkan bertugas di Pilihanraya Kecil DUN Tenang, agar terus berjuang dan beristiqamah dalam memastikan kemenangan calon PAS, bagi memenangi kerusi Dun Tenang.


Beliau menyatakan bahawa kemenangan PAS diDUN Tenang ini amat penting bagi membuka lembaran baru kebangkitan PAS di zon selatan tanah air ini.


" Permatang Pauh, Permatang Pasir, Penanti, Bukit Selambau, Bukit Gantang di utara telah mencatat sejarah kemenangan dalam pilihanraya kecil (PRK) kepada PR dengan pencapaian yang begitu baik. Manakala di Kuala Terengganu yang terletak di timur pula juga telah mengukir kemenangan apabila kita berjaya mengambil kerusi tersebut dari tangan BN."kata PJ Perak.


“Kini tiba pula giliran DUN Tenang yang terletak di selatan untuk memberi mesej yang lebih jelas kepada BN, bahawa rakyat pelbagai kaum di negara ini mahukan PR mentadbir Malaysia dan membuka lembaran baru untuk rakyat dalam membangunkan sebuah negara yang adil dan berkebajikan”.


Sehubungan dengan itu beliau berharap agar jentera PAS Perak sentiasa meningkatkan ketaqwaan kepada Allah SWT dalam setiap ibadah dan gerak kerja yang dilakukan, ini kerana kemenangan sebenar adalah apabila adanya bantuan Allah SWT dalam perjuangan kita, dan seluruh jentera PAS Perak juga perlu bersiap sedia untuk menghadapi Pilihanraya Umum yang akan berlaku tidak lama lagi. “semoga momentum kemenanangan PR dalam PRK yang berlaku sebelum ini, memberi gambaran awal bahawa Perak akan kembali berada dibawah kepimpinan Pakatan Rakyat”. jelas beliau

Twitter pimpinan dan Cikgu Normala Sudirman

Twitter pimpinan dan  Cikgu Normala Sudirman


Dr Wan Azizah Ismail
Calon PAS Pn Normala Sudirman, seorang guru. Mewakili Pakatan Rakyat
»
Lim Kit Siang
Candidate Normala making entry 2meeting after announcement by PAS President Hadi. Centre of crowd n media attention.
»
Latheefa Koya
Puan Normala Sudirman umur 38 tahun calon Pas di Tenang akan buat ucapan ulung di majlis pengisytiharan calon
»
Shamsul Iskandar
by LatheefaKoya
Maklumat dr Tenang: Calon seorg guru wanita, Normala Sudirman. Suaminya juga guru di Tenang/Labis diarahkan tukar ke JB dgn notis 24 jam
»
Latheefa Koya
Ustad Hadi baru selamat umum Puan Normala binti Sudirman sbg calon Pas - sambutan hangat
»
Syed Husin Ali
Ustaz Hadi Awang umumkan calon PAS-PAKATAN d Tenang, iaitu: Puan Normala bt Sudirman.
»

Normala Sudirman wanita pertama dalam PR K.

Normala Sudirman wanita pertama dalam PR K.
56lhw.jpg

Ribuan mendengar pengumuman calon PR . Kini dikatakan TG Haji Hadi sedang berucap.Siapa calon antara Firdaus dan Normala. Ketua Pemuda Segamat dan Ketua Muslimat Labis.

Tercipta sejarah PRK Calon wanita dipilih Cikgu Normala Sudirman sebagai calon PR.TG Haji Hadi baru sebentar tadi mengumumkan.

Dikhabarkan suami Puan Normala Sudirman juga guru telah ditukarkan ke Johor Bharu dalam tempoh 24 jam.

Nik Aziz mujaddid abad ini - Dr Dzulkefli

Nik Aziz mujaddid abad ini - Dr Dzulkefli
SHAH ALAM, 16 Jan: "Saya yakin, selepas Tuan Guru (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) tiada nanti, umat Islam akan menggelarkan dia mujaddid abad ini," kata anggota Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefli Ahmad.

Dr Dzulkefli berkata demikian dalam program forum 'Bedah Buku Tokoh-tokoh Besar Gerakan Islam Dalam Sejarah' yang diadakan di Masjid Saujana Utama dekat sini malam semalam.

Penulis buku itu, Saari Sungib yang juga Adun Hulu Klang turut serta di samping moderatornya adalah Zulkifli Sulong, Ketua Editor Harakahdaily.

Nik Aziz adalah penulis pandangan sisi untuk buku ini.

Bagi Dr Dzulkefli, kehebatan yang ditunjukkan Nik Aziz adalah berjaya menyesuaikan tuntutan Islam dengan tuntutan semasa iaitu dalam konteks hubungan antara Islam dan orang bukan Islam.

"Mungkin orang tidak sedar sekarang tetapi saya yakin selepas dia (Nik Aziz) tiada nanti baru orang akan sedar Tok Guru sebenarnya mujaddin abad ini," kata beliau.

Sementara itu, di majlis bersama bloggers yang dibuat di sebuah hotel dekat ibu negara, Nik Aziz terus memperingatkan betapa Islam telah tertinggal dalam mengendalikan satu perkara iaitu orang bukan Islam.

"Di Kelantan, kita bina pondok, bina sekolah tetapi orang Cina yang tinggal di sebelah masjid Muhammadi Kota Bharu terus tidak Islam sejak lebih 20 tahun dahulu hingga kini.

"Apa tidaknya, anak-anak mereka hendak bermain di kawasan tanah lapang di masjid pun kita larang, kita kata haram. Padahal Rasulullah dahulu, orang kafir ini kencing dalam masjid pun dia tidak halau mereka," katanya.

Menurut Nik Aziz, beliau telah mengambil pendekatan berbeza.

"Hatta dalam majlis kenduri kahwin anak bungsu saya baru-baru ini, saya jemput 40 sami untuk sama-sama meraikan majlis itu. Apa orang nak kata," kata beliau di majlis itu.

Bagi Dr Dzulkifli, Tuan Guru Nik Aziz terkenal kerana kesungguhan beliau untuk meluaskan sayap Islan ini kepada orang bukan Islam dalam konteks sekarang.

Kalau dahulu, dakwah Islam ini disebarkan kepada orang luar dari kawasan Islam melalui dakwah dan juga peperangan, tetapi orang Islam sekarang seolah-olah meminggirkan orang bukan Islam.

Antaranya dengan cara menghalang mereka memasuki masjid dan majlis orang Islam.

"Dalam dunia moden ini, Tok Guru Nik Aziz antara tokoh yang membuat pendekatan untuk merapati orang bukan Islam ini," kata Dr Dzulkefli.
harakahdaily.net

BN bankrapkan Malaysia- YB Khalil Idham Lim


oleh Drs. Khalil Idham Lim

Datuk Seri Najib nampaknya membuat alasan yang bukan-bukan untuk mengelak dari berdebat dengan Datuk Seri Anwar dengan dipetik berkata tidak nampak apa-apa hasil daripada debat yang dicadangkan Datuk Seri Anwar Ibrahim "Pelan 100 hari" Pakatan Rakyat.

Saya menyokong dengan kenyataan Perdana Menteri yang berkata yang penting ialah penilaian daripada rakyat dan biar rakyat yang menentukannya. Dan inilah alasan yang sebenar kepada Najib yang takutkan rakyat menilai hujah yang dikemukan olehnya yang mewakili BN dan menilai hujah dari Anwar yang mewakili Pakatan Rakyat.

Tawaran "Pelan 100 hari" Pakatan Rakyat jika menang pada pilihan raya umum ke-13 dengan menjanjikan antara lainnya pemansuhan tol dan kenaikan elaun untuk guru adalah tawaran yang ditakuti oleh Najib sehingga ianya menjadi perhatian sejak dibentang pada konvensyen Pakatan Rakyat di Pulau Pinang awal Disember tahun lepas.

Seingat saya Najib mengeluatkan kenyataan awalnya memperlekeh tawaran itu sehari selepas konvensyen Pakatan Rakyat dan mengatakan akan membuat kenyataan lain setelah membuat kajian.

Tetapi yang peliknya kenyataan demi kenyataan Najib selepas itu nampaknya untuk berselindung dengan hakikat bahawa tawaran itu adalah dalam ruang lingkup kemampuan negara dan berulangkali Pakatan Rakyat dikatakan akan membankrapkan negara.

Perdana Menteri dan ramai pakar ekonomi upahan BN menggambarkan sesuatu yang tidak masuk akal dan menyifatkan pelan itu sebagai tidak bertanggungjawab dan boleh menyebabkan negara muflis.

Penjelasan yang sangat mudah yang dikemukakan oleh pakatan rakyat ialah betapa pelan 100 hari memerlukan biaya sekitar RM19 billion sedangkan bajet yang membazir dan tidak sepatutnya dibentang oleh Najib untuk bajet 2011 melebihi dari jumlah itu.

Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Anwar dia menegaskan jumlah dana yang diperlukan untuk melaksanakan Janji 100 Pakatan Rakyat hanyalah RM19.2 bilion; yakni sama dengan subsidi korporat yang diberikan kepada IPP milik kroni setiap tahun. Jumlah ini adalah terlampau sedikit berbanding RM51 bilion yang hilang setiap tahun akibat ketirisan dan rasuah demi memastikan kroni gembira dan bersenang-lenang.

Sebagaimana yang disifatkan Anwar bahawa UMNO/BN berselindung di sebalik penguasaan media untuk memadamkan fakta, akhirnya isu yang diperkatakan secara terbuka ini mendedahkan kepada rakyat bahawa apa yang kemukakan oleh pakatan Rakyat dalam janji 100 harinya adalah sesuatu yang masuk akan dan boleh dilaksanakan.

Jauh sekali dari membankrapkan dan memufliskan negara kerana yang akan memufliskan negara adalah penerusan kuasa oleh BN yang mesti dihentikan oleh rakyat pada PRU yang ke 13 akan datang.Apabila rakyat sedar bahawa tawaran dari Pakatan Rakyat adalah yang terbaik dan cuba dinafikan dengan putar belit dari pimpinan BN tanpa berani untuk berdebat maka menurut perkiraan saya BN sekarang dalam keadaan terdesak.

Asakan dan penjelasan berterusan oleh pimpinan Pakatan Rakyat mengenai kewajaran tawaran 100 hari adalah bahan kempen yang berterusan untuk menunbangkan BN dalam PRU ke 13 akan datang.