Terkini

MB: Lebih mudah jumpa Nizar daripada Zambry

Ahli Jemaah Surau Desa Simpang Sentosa DUN Changkat Jering sedang mendapat penjelasan DS Nizar .DS Nizar bersolat taraweh di surau ini  dengan menyampaikan tazkirah bertajuk "Siapa kerajaan"  .UMNO Perak tidak benci dengan PAS tetapi dengan DS Nizar mereka cukup "meluat".Bukan apa Nizar membantutkan Zambry nak jadi MB.
oleh Pakcik Lah Bukit Chandan,

Terkilan dengan Pejabat Menteri Besar Perak kerana telah beberapa kali cuba mendapatkan pengesahan temu janji dengan Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir melalui pembantu peribadi Menteri Besar (PA) tetapi selalu sahaja tidak kesampaian niat untuk menyampaikan masalah rakyat seperti saya.


Ini kerana jawapannya adalah MB tidak ada atau MB ada urusan penting di luar walaupun cuba setiap hari Isnin di dalam berberapa bulan ini untuk mendapatkan pengesahan temu janji untuk rakyat pada setiap hari Selasa yang dikhaskan bagi rakyat bertemu janji itu.


Dalam hal sebegini saya terkenangkan betapa mudahnya membuat temu janji dengan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin sebelum ini di mana kadang kala kita tidak bersusah payah membuat temu janji cukup sekadar menanti beliau di pejabatnya tepat pada pukul 8.00 pagi sudah memadai dan dilayan dengan baik.


Beliau adalah contoh yang terbaik untuk mata rakyat Negeri Perak bukan sahaja sikapnya yang suka merendah diri tetapi menghormati tetamu terlebih lagi orang kampung yang datang untuk sesuatu hal atau hajat dan selalunya hajat kita tidak pulang dengan tangan kosong.


Sebagai pemimpin tunjukkanlah contoh yang mampu menarik hati rakyat tidak kira status atau kedudukan seseorang itu kerana jangan lupa kedudukan para pemimpin juga akan ditentukan oluh rakyat atau lebih tepat lagi orang kampung seperti kami ini.


Jangan hanya bertopeng apabila ada media baru tunjuk lagak baik dan prihatin agar nampak terserlah tetapi nilaiannya rakyat sendiri akan tahu dan akan terjemah di dalam PRU13 nanti.

1 Response to "MB: Lebih mudah jumpa Nizar daripada Zambry"

  1. Kalau seseorg pemimpin yg baik dan disukai kemana dia pergi tak apa2, tak perlu bodyguard segala nak banding c hitam zombie pun dibenci org, nak keluar sorg2 pun takut..

    ReplyDelete