Terkini

Langkah Kajang:Video Suhaizan berlawan dengan UMNO.

Kajang bukan untuk Kajang tetapi untuk Selangor dan Malaysia-


GERAKAN KAJANG: Jika tentera Muhammad al-Fateh negatif dengan arahan baginda untuk menolak kapal mendaki bukit, tentu kota Constantinople gagal dibebaskan.

Jadilah pengikut yang hebat jika kita tidak berupaya menjadi pemimpin yang hebat.

Kajang bukan untuk Kajang tetapi untuk Selangor dan Malaysia.(sumber fb Zolkharnain Abidin)

Mahathir cadang MCA tanding Kajang,macam nak bunuh MCA

Mungkinkah ada kumpulan yang mahu MCA bertanding di Dun Kajang,hanya untuk bunuh MCA?

Memandangkan MCA sedang membuat kemunculan semula, parti itu patut diberi peluang bertanding pada pilihan raya kecil DUN Kajang jika ia mempunyai peluang cerah untuk menang, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.
    
Mengulas pandangan beberapa pihak bahawa Umno pula patut diberi peluang bertanding di kawasan itu setelah MCA kecundang pada pilihan raya umum lepas, bekas perdana menteri ini berkata terserahlah kepada BN untuk membuat keputusan mengenainya.
    
Namun, katanya beberapa perkara perlu diberi pertimbangan termasuk komposisi etnik di Kajang.
    
"Sekiranya orang Cina lebih banyak, maka lebih baiklah kita letak calon Cina juga," kata beliau ketika ditemui pemberita di majlis rumah terbuka Tahun Baharu Cina MCA di Wisma MCA, hari ini.
    
Kajang mempunyai 39,030 pengundi dengan 48.3 peratus daripadanya Melayu, Cina (40.5 peratus), India (10 peratus) dan kaum lain (1.2 peratus).
    
Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) 2004, MCA memenangi kerusi itu tetapi tewas pada PRU 2008 dan PRU 2013 kepada PKR.
    
Dalam PRU lepas, calon PKR Lee Chin Cheh memenangi kerusi itu dengan majoriti 6,824 undi dalam pertandingan enam penjuru melibatkan calon MCA Lee Ban Seng serta calon Berjasa dan tiga calon Bebas.
    
Bagaimanapun,  Lee mengosongkan kerusi itu pada Isnin lepas.
    
Keesokannya, PKR menamakan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai calonnya bagi kerusi itu sekiranya pilihan raya kecil diadakan.

Ditanya sama ada BN perlu bertanding dalam pilihan raya kecil Kajang, Dr Mahathir berkata BN tidak pernah berpaling daripada mana-mana pilihan raya dan langkah serupa perlu dikekalkan pada pilihan raya kali ini.
    
"Kita perlu bertanding, BN bertanding dalam semua pilihan raya sebelum ini," katanya.
    
- Bernama

Tahniah Suhaizan berlawan dengan 4 orang.

" UMNO dulu perjuangkan orang Melayu. Sekarang perjuangan itu sudah diswastakan kepada PERKASA."Suhaizan Kaiat.
 Suhaizan nampak cool, bersahaja dan cukup tenang sekali. Dan yang ghairah bertanya bukannya pengacara Syed Munawar tapi dua penalis dari Umno dan penganalisis politik yang cukup kental Keumnoannya

Tapi UMNO memang jika seorang-seorang bukannya berani.

Bolehkan Anwar Ibrahim dapat majoriti 6824 seperti Lee Chen Cheh?

Bolehkan DS Anwar Ibrahim dapat  majoriti  6824 seperti Lee Chen Cheh?

Haji Hadi datang Parit Buntar,kita tanya isu DUN Kajang.

Esok,1 Februari,Tuan Guru Presiden Haji Abdul Hadi Awang akan berceramah merasmi sambutan 60 tahun PAS Parit Buntar.Justeru bagi mereka yang ingin mengetahui dari mulut Dato Presiden berkenaan isu Prk Kajang bolehlah ke Parit Buntar,Perak..Jika berkesempatan boleh bertanya pandangan Dato'Presiden Haji Abdul Hadi Awang.   

Dulu Hassan Omar sekarang Anwar Ibrahim.

UMNO pernah wujudkan pilihanraya kecil pada tahun 1987,untuk membolehkan Tan Sri Abu Hassan Omar jadi Menteri Besar.

Kebas meter air,polis jangan tangkap pencuri sahaja,tangkap juga pembeli.

Harapan penduduk Taiping agar pencuri meter air ditangkap dimakbulkan Allah s.w.t. Namun begitu diharapkan juga pihak polis dapat juga menangkap mereka yang membeli kemudian mereka pula yang menjadi pengedar meter air . 

TAIPING - Misteri kehilangan meter air yang sering berlaku di beberapa kawasan di daerah ini terjawab dengan tertangkapnya tiga lelaki dalam dua tangkapan berasingan, 22 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Taiping, Asisten Komisioner Yusuf Mohd Diah berkata, dalam tangkapan pertama, pada kira-kira jam 2.30 petang, sepasukan anggota polis diketuai Inspektor Abang Kaderi Abang Wasli menyerbu sebuah rumah di Jalan Tengah, Kampung Benggali, di sini.

Menurutnya, hasil serbuan dibuat hasil risikan dan maklumat orang ramai itu, polis berjaya menahan dua lelaki dan menjumpai 40 unit meter air bernombor siri, 35 unit meter air tiada nombor siri, 19 unit kepala paip air tembaga dan lima gulung wayar tembaga.

“Semua barangan itu termasuk kedua-dua lelaki terbabit dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Taiping untuk siasatan lanjut,

"Mereka juga didapati positif dadah jenis morfin selepas ujian saringan air kencing dilakukan,” katanya pada sidang media, di sini, semalam.

Yusuf berkata, berdasarkan tangkapan itu, polis sekali lagi membuat serbuan pada hari sama bagi memberkas seorang lagi rakan kumpulan itu.

Katanya, hasil intipan kira-kira jam 10.30 malam ke sebuah lagi rumah mendatangkan hasil apabila seorang lelaki berada di kediaman berkenaan.

Menurutnya, hasil pemeriksaan lanjut dilakukan, polis menemui tujuh unit meter air bernombor siri, tujuh unit meter air tiada nombor siri dan tujuh unit kepala paip air tembaga di rumah berkenaan.

“Setelah disoal siasat, lelaki terbabit mengaku mencuri barangan itu di beberapa kawasan perumahan di sekitar Taiping,” katanya.

Ketiga-tiga lelaki berusia lingkungan 29 hingga 47 tahun itu kini ditahan reman di bawah seksyen 117 Kanun Acara Jenayah (KAJ)  dan kes disiasat di bawah seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman maksimum tujuh tahun penjara dan denda.

Yusuf berkata, dengan tangkapan itu, pihaknya percaya ia dapat membantu menyelesaikan beberapa kes kecurian meter di daerah ini.

Bagaimanapun katanya, siasatan masih diteruskan bagi mencari dalang sebenar yang dipercayai aktif menjalankan kegiatan itu sejak empat bulan lalu.

Kajang:Ancaman dan sabotaj UMNO,Anwar perlu campur tangan-Khalid Samad

Kajang:Ancaman dan sabotaj UMNO,Anwar perlu campur tangan-Khalid Samad
Ancaman berterusan Umno untuk menawan kembali Selangor menjadi punca PKR meletakkan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang, kata ahli Parlimen PAS.
Ahli Parlimen Shah Alam Khalid Samad (gambar) berkata, ancaman dan sabotaj Umno untuk memastikan Selangor tidak berada di bawah kuasa Pakatan Rakyat (PR) bagi penggal ketiga semakin jelas, sekaligus memerlukan campur tangan Ketua Umum PKR itu dalam pentadbiran kerajaan Selangor.
"Ancaman Umno tahap maksimum. Beliau tidak boleh benarkan Selangor dimenangi PR untuk sesi penggal ketiga," kata Khalid ketika sidang media di ibu pejabat beliau di Shah Alam, petang tadi.
"Anwar boleh campur tangan pentadbiran negeri jika jadi Adun. Boleh jumpa pegawai kerajaan untuk elakkan sabotaj," katanya.
Beliau turut berkata, Umno kini dipercayai sedang mengukuhkan usaha mereka dalam cubaan merampas Selangor melalui usaha sabotaj.
"Sangat kuat ancaman Umno di Selangor. Usahanya satu usaha yang akan dan sedang dipertingkatkan," kata Ahli Jawatankuasa PAS Pusat itu lagi.
Anwar pada Selasa telah mengesahkan akan bertanding di kerusi DUN Kajang selepas Lee Chin Cheh melepaskan kerusi berkenaan untuk membolehkan beliau bertanding di kawasan itu.
Kawasan DUN Kajang membentuk populasi sejumlah 48% berbangsa Melayu, 40% Cina, 10% India, dan bakinya lain-lain kaum.
Barisan Nasional (BN) jelas Khalid berupaya merampas Selangor melalui kemarahan rakyat dengan berlakunya beberapa peristiwa, termasuk menggagalkan beberapa projek negeri.
Malah, krisis dalaman PKR juga jelasnya akan dapat dikekang dengan meletakkan Anwar dalam pentadbiran kerajaan negeri.
"Krisis Mohamed Azmin dan Abdul Khalid, ini menjejaskan operasi. Dengan adanya Anwar dalam kerajaan mungkin masalah ini akan dikurangkan dan ditambah baik perjalanan kerajaan termasuk mengatasi usaha sabotaj yang kita nampak sedang berlaku.
"Ada projek kerajaan negeri yang tak bergerak. Ada projek tergendala," katanya.
Khalid turut memuji tindakan Lee yang sanggup melepaskan kerusinya bagi memberi laluan kepada Anwar, meskipun tindakan berkenaan menerima kecaman banyak pihak.
"Ini berbeza dengan melompat parti ataupun khianat. Beliau telah berkorban. Kalau orang Umno, berebut nak kerusi jadi Adun...sogoklah, rasuah nak jadi Adun. Ini dah jadi Adun dia berkorban atas arahan parti.
"Rayuan saya kepada pengundi di Kajang, setelah Lee buat pengorbanan sedemikian rupa, janganlah mempersia-siakan pengorbanan beliau," katanya lagi, dan menambah Lee turut berkorban dengan memberikannya kepada calon yang dianggap lebih baik daripada dirinya. – 30 Januari, 2014.SUMBER.iklan

Kajang:bingung Rosmah Mansor nak sokong Lee Chong Wei atau Najib

 Bingung  Rosmah Mansor antara  menyokong Lee Chong Wei bertanding di Dun Kajang atau menyokong suami yang tidak mahu menghantar calon BN bertanding di DUN Kajang.. 
gong xi fa cai 

Budak 10 tahun dirogol dan ditoreh kemaluan.

Budak 10 tahun dirogol dan ditoreh kemaluan.
Kasihan budak ini,mangsa keadaan dan dizalimi .
MUAR - Seorang kanak-kanak menempuh detik hitam bukan hanya dirogol dan diliwat, tetapi menerima 18 jahitan di kemaluan akibat ditoreh dengan senjata tajam apabila enggan melakukan seks oral, oleh lelaki yang menculiknya di sini, kelmarin.

Kejadian kira-kira jam 3 petang itu berlaku ketika murid berusia 10 tahun berkenaan dalam perjalanan ke sekolah agama dengan menaiki basikal bersendirian melalui jalan pintas dari rumahnya.

Mangsa diculik di lorong dalam kebun getah pada jarak kira-kira 150 meter dari rumah penduduk.

Menurut sumber, mangsa didatangi lelaki berusia 37 tahun yang menariknya masuk ke dalam kereta sebelum dilarikan.

“Mangsa dibawa ke tempat pembuangan sampah lalu dirogol dan diliwat dalam kereta tersebut.

“Seorang pekebun ternampak mangsa diculik tetapi tidak sempat menghalang kerana kejadian berlaku dengan pantas,” katanya.

Sumber berkata, pekebun itu mencatat nombor pendaftaran kereta suspek sebelum menghubungi pihak polis.

Katanya, suspek berjaya diberkas kira-kira jam 5 petang kelmarin semasa berhenti di sebuah stesen minyak dipercayai untuk mengisi minyak.

Dalam pada itu, seorang penduduk tempatan yang enggan dikenali berkata, jalan pintas itu sememangnya sunyi kerana dikelilingi kebun getah.

“Tetapi penduduk tidak ada pilihan lain kerana laluan itu mempercepatkan perjalanan hantar anak ke sekolah serta turut digunakan mangsa setiap hari,” katanya.SUMBER

DUN Kajang PAS tak kan boikot-Mat Sabu

DUN Kajang PAS tak kan boikot-Mat Sabu

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu berkata parti itu tidak akan memboikot kempen Pakatan Rakyat dalam pilihan raya kecil (PRK) DUN Kajang.

Beliau menegaskan demikian walaupun mengakui pandangan keras PAS Selangor dan Dewan Pemudanya semalam, yang mengkritik tindakan PKR mengosongkan kerusi tersebut untuk memberi laluan kepada PRK.

Bercakap dalam satu sidang akhbar bersama dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini, Mohamad berkata PAS tidak akan memboikot PRK tersebut dan akan menyokong PKR.

Anwar yang juga ketua umum PKR akan dicalonkan bertanding kerusi DUN Kajang berikutan peletakan jawatan mengejutkan penyandangnya,  Lee Chin Cheh dua hari lepas.sumber

Rayuan untuk batalkan keputusan DUN Lubuk Merbau.

Rayuan untuk batalkan keputusan DUN Lubuk Merbau.
IPOH 27 Jan. - Seorang pengundi di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lubuk Merbau hari ini memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi di sini yang sekali lagi menolak petisyennya untuk membatalkan kemenangan calon Barisan Nasional (BN) di DUN berkenaan, Datuk Siti Salmah Mat Jusak.
Notis rayuan itu difailkan Mohd. Ridzuan Asit, 48, menerusi peguam yang mewakilinya, Chan Kok Leong di Pejabat Pendaftaran Mahkamah Tinggi, di sini tengah hari ini.

Mohd. Ridzuan yang juga penyokong Pas ketika ditemui selepas itu berkata, rayuan itu dibuat atas alasan Hakim Mahkamah Pilihan Raya, Datuk Abdul Rahman Sebli telah terkhilaf dalam penghakimannya.
Pada 16 Januari lalu, Hakim Abdul Rahman menolak petisyen yang difailkan oleh Mohd. Ridzuan pada 12 Jun 2013 setelah memutuskan petisyen berkenaan mempunyai banyak kecacatan.

Mahkamah turut memerintahkan Mohd. Ridzuan membayar kos RM60,000 iaitu masing-masing RM30,000 kepada Siti Salmah selaku responden pertama dan Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) responden kedua.
Dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) pada Mei tahun lalu, DUN Lubuk Merbau dimenangi Siti Salmah yang menewaskan calon Pas, Mohd. Zainudin Mohd. Yusof dengan majoriti 53 undi.

Mohd. Ridzuan memfailkan petisyen itu bagi membatalkan keputusan PRU-13 kerusi kawasan berkenaan kerana mendakwa berlaku pelanggaran peraturan pilihan raya termasuk kegiatan rasuah.

Bagaimanapun, Hakim Abdul Rahman menolak dengan kos petisyen itu pada 13 Ogos tahun lalu selepas mendapati petisyen tersebut tidak mematuhi kaedah-kaedah pilihan raya iaitu cara penyampaian petisyen kepada responden.

Mahkamah Persekutuan kemudiannya membenarkan rayuan yang dibuat pempetisyen dan mengarahkan kes itu dibicarakan semula di Mahkamah Pilihan Raya.sumber



Kajang:hanya Presiden,Setiausaha Agung dan Ketua Penerangan yang patut bercakap.

Isu DUN Kajang ,biarlah Presiden,Setiausaha Agung dan Ketua Penerangan  atau pemimpin yang diberi tanggungjawab oleh parti untuk bercakap.Pemimpin lain seharusnya apabila wartawan bertanya jawab "no comment"Ini tidak semuanya hendak masuk suratkhabar dan tv..Sebagai pemimpin berhujah biarlah teliti.

Contoh:Jawapan Ahli Parlimen Temerloh yang juga mantan Ketua Pemuda PAS, YB Nasruddin Tantawi berkata, " PAS ini apa ? Parti Tupper Ware? Tak bincang sepatah? Tak runding sikit pun? Politik apa ini? Cara dan skil mana digunakan,” soalnya.

Konsensus politik,kelmarin letak jawatan,hari ini Anwar diumum calon.

Konsensus politik alaf baru.Kelmarin letak jawatan,tak sampai sehari sudah umum DS Anwar Ibrahim calon untuk pilihanraya kecil DUN Kajang.Kemudian semua pemimpin pelbagai parti seronok memberi pendapat.Sudah tidak ada lagi peraturan hanya Ketua Penerangan,Presiden atau Setiausaha yang boleh mengeluarkan pandangan parti 

Kajang:Khairy Jamaluddin suruh Anwar Ibrahim jadi Sultan Melaka.


Pengumuman Datuk Seri Anwar Ibrahim bertanding dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang mengundang kritikan segera di Internet, khususnya laman blog mikro Twitter. Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin antara yang dikesan terlibat menulis pesanan mengejek ketua umum PKR itu. “Apa punya lawak. Mungkin juga akan tabalkan diri kamu Sultan Melaka,” tulisnya. Beliau juga merujuk tweet Timbalan Presiden PKR Azmin Ali sebelum ini berhubung “zaman kegilaan” dengan mengulasnya sebagai: “Sekarang saya benar-benar tahu apa maksudnya.”

Sementara Datuk Zaid Ibrahim, bekas menteri undang-undang pula menulis: Saya masih tidak jelas kenapa perlu pilihan raya kecil. Anwar patut buat sesuatu yang berwibawa.” Manakala bekas mufti Perlis Datuk Dr Asri Zainul Abidin pula menyelar perletakkan jawatan anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang bagi memberi laluan kepada Anwar. “Tak ada mana-mana YB nak letak jawatan lagi ke? Boleh bagi laluan (pada) kawan-kawan. Habiskan lagi duit rakyat. Pilihan raya kat main-main saja,” tulisnya
SUMBER MK.

Budak tahun 4,5 dan 6 belajar dalam satu kelas.

Pelajar tahun 4,5 dan 6 dalam satu kelas di SK Metalun,Kapit,Sarawak.Mereka suku kaum Penan di Sarawak,Walaupun telah setengah abad merdeka ,mereka kaum Penan agak terpinggir.Kerajaan tidak menyediakan prasana yang cukup untuk mereka

Khairy Jamaluddin tidak pula menjerit ,buang menteri dari kabinet,kerana masih ada penduduk yang tidak disediakan sekolah yang lengkap seperti di Kapit.

Jika ditakdirkan Anwar Ibrahim kalah di Kajang.???

Jika ditakdirkan Anwar Ibrahim kalah di Kajang.???
Pilihanraya kecil DUN Kajang  jika calonnya DS Anwar Ibrhim.Sudah tentu UMNO akan turun bermati-matian.
Ditakdirkan DS Anwar kalah,siapa pula yang hendak dicalonkan sebagai Menteri Besar oleh PKR.Fikir negatif dulu,sebab ini pilihanraya kecil.

Jangan denda anak Khairy Jamaluddin makan rumput,nanti kena pecat.

Jangan denda anak Khairy Jamaluddin makan rumput,nanti kena pecat.

KUALA LUMPUR: ‘Cikgu Lembu’ patut dibuang dari perkhidmatan, bukan dipindah sahaja.

Itulah pandangan Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin yang mengecam tindakan ‘ringan’ yang dikenakan ke atas seorang guru sekolah rendah di Sungkai, Perak, yang mendenda dua muridnya dengan mengepinkan loceng pada baju mereka dan menyuruh mereka memakan rumput.

Khairy berkata demikian di laman Twitternya, semasa mengemukakan komen tentang guru yang dilaporkan ditukar ke sekolah lain dan akan diberi surat amaran yang tegas kerana bertindak keterlaluan mendenda murid yang tidak menyiapkan kerja sekolah.SUMBER


Surat Adun Kajang letak jawatan.

Adun Kajang,Lee Chin Cheh letak jawatan dengan serta merta.Kerusi PKR itu berkemungkinan  akan ditandingi  YB  Rafizi atau DS Anwar Ibrahim.

Saman RM230 juta,Kelantan selamat tiada kontrak ditandatangani

Saman RM230 juta,Kelantan selamat tiada kontrak ditandatangani

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan menjelaskan tidak ada apa-apa kontrak ditandatangani dengan syarikat Dae Hanguru Infra Sdn Bhd (DHI) bagi membina lebuh raya rakyat Kota Bharu-Kuala Krai.

Pengerusi Jawatankuasa Kerjaraya, Infrastruktur, Utiliti dan Teknologi Maklumat, Datuk Hanifa Ahmad berkata, syarikat terbabit hanya diberi surat tawaran sahaja sebelum ini.

Malah katanya, syarikat terbabit juga telah dihantar surat pada 15 Mei 2013 bagi menjawab sama ada masih berminat meneruskan projek terbabit atau sebaliknya.

“Bagaimanapun sehingga 15 Jun 2013 syarikat itu tidak jawab apa-apa sama ada setuju atau tidak dengan projek berkenaan.

“Jadi kerajaan negeri menganggap syarikat itu tidak lagi berminat sehingga akhirnya dibuat keputusan menamatkan tawaran awal yang diberi sebelum ini,” katanya di sini.

Semalam DHI memfailkan saman terhadap anak syarikat kerajaan negeri, Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan atas dakwaan gagal memenuhi perjanjian pembinaan lebuh raya terbabit.

Projek lebuh raya rakyat dirancang kerajaan negeri ekoran kerajaan pusat menyinsihkan projek tersebut sejak Rancangan Malaysia Kelima.

Ekoran itu pecah tanah projek tersebut dilakukan pada 28 Mei 2012 di Machang. Lebuh raya berkenaan sejauh 68 km dirancang kerajaan negeri membabitkan kos kira-kira RM1.8 bilion.

Sebelum ini pada 30 Disember 2009 kerajaan Kelantan diperintah membayar sebanyak RM800 juta kepada syarikat Timbermine Sdn Bhd ekoran pembatalan kawasan pembalakan di hulu Kelantan pada 1974.

Mahkamah Tinggi Kota Bharu membuat keputusan supaya kerajaan Kelantan membayar RM800 juta termasuk melibatkan ganti rugi RM560 juta bagi 30 peratus pemilikan syarikat itu.

Ketua Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, ketika itu, banyak pihak menyerang kerajaan Kelantan kerana gagal mematuhi perjanjian yang ditandatangani.

Bagaimanapun katanya, pada 23 Julai 2012 Mahkamah Rayuan mengetepikan saman berjumlah RM800 juta syarikat Timbermine.

Minggu lepas kerajaan  negeri menjelaskan 50 syarikat berminat terhadap projek lebuh raya rakyat. Dan sejak tender dibuka bermula 15 Januari lalu 15 daripada 50 syarikat terbabit telah mengemukakan permohonan mereka.

Debat antara Noh Omar dan Khalid Samad dibatalkan.


Debat Noh Omar dengan Khalid Samad dibatalkan.Adakah Noh Omar menyuruh Sinar buat pembatalan?

SHAH ALAM – Debat Sinar Harian mengenai isu kalimah ALLAH antara Pengerusi Umno Selangor, Datuk Seri Noh Omar dan Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Khalid Samad yang dijadualkan hari ini (27 Januari 2014) terpaksa dibatalkan.

Penasihat Eksekutif Editorial Kumpulan Media Karangkraf, Datuk Abd Jalil Ali berkata, keputusan di saat akhir ini dibuat setelah mengambil kira pelbagai sudut situasi terkini.

“Setelah meneliti pandangan dan nasihat daripada tokoh-tokoh agama, beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan juga mereka yang prihatin, kami mengambil keputusan untuk membatalkan debat ini,” katanya.

Beliau berkata, pandangan dan nasihat telah disuarakan pelbagai pihak menerusi akhbar, media sosial, e-mel dan surat-surat yang dihantar ke pejabat Sinar Harian.

“Kami memahami perasaan dan sentimen umum semasa dan justeru itu kami mengambil keputusan ini,” tegas beliau.

Sinar Harian turut memohon maaf kepada mereka yang telah bersedia untuk mengikuti wacana ini tetapi keputusan dibuat walaupun berat atas semangat keharmonian dan perpaduan.

Lebuhraya rakyat,saman RM230 juta,boleh bankrapkan Kelantan.?

Lebuhraya rakyat,saman RM230 juta,boleh bankrapkan Kelantan.?
Mengharap jasa Husam Musa untuk selesaikan masalah saman syarikat Dae Hanguru Infra sdn Bhd(DHI)  ke atas Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd (Baldah) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK)  .

KOTA BAHARU: Sebuah syarikat pembinaan menyaman dua anak syarikat kerajaan negeri Kelantan menuntut ganti rugi RM230 juta kerana didakwa mengingkari surat hasrat berkaitan pembinaan Lebuhraya Rakyat yang menghubungkan Kota Baharu dan Kuala Krai.

Dae Hanguru Infra Sdn Bhd (DHI) memfailkan saman itu di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi di sini hari ini melalui Tetuan Fernandez & Selvarajah.

DHI menamakan Baldah Toyyibah (Prasarana) Kelantan Sdn Bhd (Baldah) dan Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) sebagai defendan.


Syarikat itu menuntut RM225 juta yang merupakan anggaran nilai keuntungan yang tidak diperoleh plaintif disebabkan repudiasi dan pelanggaran kontrak oleh defendan.

DHI mendakwa syarikat itu mengalami kerugian kerana telahpun membelanjakan kira-kira RM5 juta untuk kerja berkaitan projek berkenaan.

Plaintif menuntut RM5 juta sebagai ganti rugi khas, faedah pada kadar lima peratus setahun, ganti rugi am untuk ditaksir bagi pelanggaran kontrak, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.

DHI merupakan sebuah syarikat yang diperbadan di negara ini khusus bagi melaksanakan satu penerimaan kontrak pembinaan lebuh raya itu oleh Baldah dan PMBK, yang membabitkan jumlah kos projek sebanyak RM1.8 bilion.

Selepas penerimaan kontrak pada Oktober 2012, DHI memulakan kerja awal projek berkenaan namun pada 13 Okt 2013, semasa perundingan masih berlangsung antara kedua-dua belah pihak, Baldah memaklumkan kontrak berkenaan tidak dapat diteruskan dan anak syarikat kerajaan negeri Kelantan itu tidak mahu menyempurnakan dokumen kontrak.

DHI cuba berunding namun Baldah dan PMBK didakwa langsung tidak memberi sebarang maklum balas.

Pada November 2013, DHI memaklumkan Baldah bahawa syarikat itu akan menuntut ganti rugi di atas perbelanjaan yang ditanggung daripada projek lebuh raya itu serta pampasan jangkaan keuntungan, namun tidak mendapat sebarang maklum balas.

"Atas keadaan ini, DHI tiada pilihan kecuali mengambil tindakan perundangan untuk mendapatkan kembali kerugian yang ditanggung," kata DHI dalam satu kenyataan.

Majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya itu dirasmikan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, pada 28 Mei 2012.SUMBER

Kenapa Faceboker El-Haraki masih berdendam dengan Khalid Samad?

Apa kena dengan El-Haraki?Masih penuh dendam kesumat dengan Khalid Samad,Hanipa Maidin dan Dr Dzul.El-Haraki  agen perosak dan pemecah parti . 

Kerajaan UMNO main"kut"dengan rakyat-YB Ustaz Zawawi

YB Ustaz Zawawi Hassan ,Adun Gunung Semanggol berucap dalam perjumpaan Ahli Khairat Kematian Kawasan Taiping kali ke 10.

Taiping- YB Adun Gunung Semanggol,Ustaz Mohd Zawawi Hassan menegaskan Kerajaan UMNO/BN  main kutu dengan rakyat.Beliau mengulas bagaimana kerajaan melaksanakan cukai GST 6 % dan juga mengikut perjanjian TPPA.Dengan duit cukai itulah kerajaan kononnya kerajaan membantu rakyat.Padahal itu memeras rakyat kerana kos hidup rakyat semakin meningkat.

"Saya pun boleh ,kutip duit dari rakyat,bagi balik kepada rakyat"ujar YB Ustaz Zawawi."Ini macam main kut(kutu),tiba masa dapat balik duit."kata YB Ustaz Zawawi.Menurut YB Ustaz Zawawi sepatutnya kerajaan memikirkan alternatif lain untuk meringankan kehidupan rakyat.Bukannya melalui cukai GST.

Dalam pada itu YB Ustaz Zawawi Hassan mengucapkan syabas dan tahinah kepada PAS kawasan Taiping melalui Lajnah Kebajikan berjaya mengadakan Khairat Kematian."Berebut-rebutlah mengerjakan kebajikan"nasihat Ustaz Zawawi kepada ahli khairat kematian .