Atas kertas semua Parti boleh perintah Perak.

Baiah wakil rakyat tidak sah apabila Pakatan Rakyat terkubur-Ustaz Ahmad Awang.

Lawan kita ialah UMNO.

Dewan Undangan Baru Perak,biar telus .

![]() |
| Kerajaan Zambry Kadir ingin membina bangunan baru Dewan Undangan Negeri Perak bernilai RM60 juta.Walhal bangunan sedia ada masih elok dan dibina pun baru pada 2001 |
Menurutnya, tapak berkenaan dikenal pasti sebagai bekas tapak bagi bangunan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sebelum ianya dipindahkan ke bangunan baharu berhampiran kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) di Meru Raya.
"Kita difahamkan kos bagi tujuan pembinaan dewan berkenaan melibatkan kos berjumlah RM60 juta, satu jumlah yang terlalu besar. Lagi pun, Dewan Negeri sedia ada pada hari ini masih baharu dibina pada 2001 lalu "Oleh itu, kita akan kemukakan usul ini untuk dipertimbangkan bersama apakah projek berkenaan (pembinaan Dewan Negeri baharu) perlu dilaksanakan," katanya.
Kor Ming yang juga Adun Kepayang berkata, sekiranya dewan berkenaan dibina, PR mahu agar dewan berkenaan dapat berfungsi berdasarkan prinsip ketelusan, akauntabiliti dan kredibiliti.
Katanya, proses pembinaan bangunan dewan berkenaan juga perlulah dibuat secara terbuka 'open tender' selain memberi pengiktirafan sebagaimana yang diberi kepada ketua pembangkang di Selangor dan Pulau Pinang.
"Kita juga mahu semua kakitangan dewan diletakkan di bawah kuasa dewan dan bukannya pihak berkuasa negeri demi menjamin dewan dapat berfungsi secara bebas dan berkecuali," katanya.
Cikgu-cikgu tahun depan dapat imbuhan RM500.oo
Bajet Perdana Menteri kita, Mahasiswa senyum sampai telinga.
10,000 petisyen selamatkan pokok hujan-hujan.
![]() |
| YB Nga Kor Meng menunjukkan 10,000 tandatangan penduduk Taiping protes tebang pokok hujan-hujan. |
![]() |
| Pokok hujan-hujan berumur 115 tahun yang akan ditebang jika bangunan gerai cenderamata didirikan. |
![]() |
| Penulis juga telah membantah projek yang menjejaskan alam sekitar Taman Tasik Taiping. |
Kempen kekalkan kehijauan Taman Tasik Taiping telah berjaya . Majlis Perbandaran Taiping telah membuat keputusan membatalkan projek itu di lokasi asal. Satu lokasi yang lebih sesuai telah dipilih oleh MPT.
Dalam satu pertemuan YB Nga Kor Meng dengan YDP Taiping Tuan Shaharum Abd Malik ,Nga Kor Meng memberi tempoh seminggu untuk MPT membatalkan projek NCER itu.Dalam pertemuan itu Nga Kor Meng mengemukakan 10000 petisyen penduduk Bandar Taiping dan kawasan sekitar kepada Tuan Shaharum.
Penulis turut bersama penduduk Taiping dan YB Nga Kor Meng menyampai pitisyen 10,000 penduduk di ruang lobi Wisma Bandaran Taiping.
Jika MPT Taiping tidak membatalkan projek ini, dalam tempoh seminggu bermula 27 Julai, YB Nga Kor Meng menyatakan satu rapat umum besar-besaran akan dibuat .Tapi akhirnya MPT telah beralah dan bersetuju untuk mengekal kehidupan hijau Taman Tasik Taiping.
TAIPING:
Majlis Perbandaran Taiping telah membuat keputusan untuk membatalkan
pembangunan projek pembinaan gerai makanan dan cenderahati berhampiran
ikon kawasan hijau yang terletak sepanjang Jalan Pekeliling dan Taman
Tasik Taiping.
Sebaliknya, mereka akan mencadangkan dua kawasan
pilihan kepada Pihak Berkuasa Pelaksanaan Koridor Utara (NCIA) yang
bertanggungjawab dalam projek tersebut.
Cadangan kawasan
pilihan tersebut ialah di belakang tandas awam di hadapan pusat rekreasi
air dan di taman permainan kanak-kanak yang terletak berhampiran
dengangelanggang tennis.
Keputusan majlis tersebut dibuat
selepas beberapa pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan penduduk tempatan
menandatangani memorandum bantahan agar pembinaan merancang kembali
pembinaan lapan gerai makanan, kedai kraftangan dan cenderamata di Jalan
Pekeliling di taman tasik berkenaan.
Walaupun tiada kawasan
hutan akan ditebang, mereka bimbang projek bernilai RM3.6 juta yang
dilaksanakan NCIA akan ‘mengancam’ alam sekitar dan menebang pokok-pokko
hijau sedia ada, terutamanya di kawasan taman tasik yang tertua di
negara ini.sumber mStar
Jahatnya Utusan dan News Straits Times ,minta maaf pada Kalimullah Hassan,tidak kepada Lim Guan Eng.
Kali ini beliau menuntut RM50 juta dari media Umno berkenaan.
“Kedua-dua surat khabar dan Utusan memohon maaf kepada Datuk Kalimullah Hassan berhubung perkara ini tetapi saya tidak faham kenapa kedua-dua akhbar ini tidak memohon maaf kepada saya,” kata Guan Eng.
Tuduhan itu adalah berkenaan dakwaan wujudnya pertemuan di antara Guan Eng dengan pemimpin tertinggi di Singapura khususnya daripada PAP dalam satu majlis makan malam yang diadakan di negara itu.
Kata Guan Eng, saman malu itu dibuat kerana dakwaan yang dilemparkan amat serius.
“Menuduh saya menjual maklumat rahsia negara adalah dakwaan serius kerana kalau benar dituduh menjual rahsia negara itu adalah perbuatan khianat yang akan dihukum dengan hukuman yang berat (hukuman gantung).
“Saya terpaksa mengambil tindakan, ini bukan kali pertama Utusan Malaysia membuat tuduhan seperti ini, ia adalah usaha untuk mempertahankan nama baik saya,” katanya.
Sambil tengok anak, jom ke BERSIH 3.0 di Ipoh, dekat Padang Polo
PTPTN:Terima kasih Khairi sanggup debat sama Rafizi.

Bertemakan Pemansuhan PTPTN & Hala Tuju Pendidikan Tinggi, debat, yang anjuran Sinar Harian, akan bermula jam 8 malam.
Masuk adalah percuma.
Mereka yang berminat boleh menghubungi nombor telefon 019-3310211 (Laila), 019-2808492 (Fazli) atau 019-3371066 (Rini).
Pengerusi SPR dan Timbalan ,ahli UMNO-dakwa Saifuddin Nasution

Pandikar dilantik sebagai Speaker Dewan Rakyat empat tahun lalu.
Mengadu terus kepada Allah , atas niat jahat SPR
Isu Vale dan Teluk Rubiah,DS Nizar akan jawab 4 April ini.
"Kita cadangkan Tanjung Hantu, Segari. Kawasan hutan paya bakau yang jauh dari pembangunan sedia ada dan tidak jejaskan alam sekitar,” kata DS Nizar .
“Sewaktu pemerintahan PR dulu pun kami memang tidak setuju projek itu dijalankan di Teluk Rubiah,” tegasnya.
Najib auta,hutang Tajuddin Ramli lupus.!

Dalam pada itu pelupusan hutang Tajudin Ramli RM 589 juta ,bersamaan melupus hutang PTPTN seramai 19,633 orang mahasiswa.
Pengurusuan Danaharta Nasional Bhd didakwa melupuskan hutang Tajudin sebanyak RM589 juta sebagai sebahagian daripada penyelesaian luar mahkamah yang dicapai dengan beberapa syarikat-syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bulan lalu.
Seperti kata Mat Sabu,dengan segala riuh rendah yang tidak terkawal, rakyat berpendapatan rendah digula-gulakan dengan hanya RM500 sekali bagi sahaja.
"Pada masa yang sama, Tajudin boleh ketawa berdekah-dekah kerana sebesar RM589 juta diberikan percuma kepadanya," kata Mohamad Sabu
Tuan Haji Mohamad Sabu,menyifatkan kerajaan yang membelanjakan wang rakyat sesuka hati tanpa rasa bersalah adalah kerajaan yang sama sekali tidak bertanggung jawab.
Sementara itu antara auta DS Najib ,kepada kroni itu bagi RM250 juta, kepada kroni ini pula RM589 juta.
Inilah antara fakta dan auta DS Najib.Jelas DS Najib dalam berhujah banyak auta!!!!
Hapus PTPTN dan hapus TOL ,Najib tak keruan!

Di bawah kata-kata Najib yang sudah tak keruan .Najib Razak cuba memperlekeh niat dan hajat Pakatan Rakyat untuk menolong dan menjaga kebajikan rakyat.
Najib guna pendapat seperti pendapat budak sekolah.Buat perbandingan ,jika Pakatan Rakyat buat dua perkara utama itu,negara akan bankrap seperti negara Greece.
Inilah kata-kata DS Najib Razak yang takut kehilangan kuasa.Yang takut DS Anwar Ibrahim jadi Perdana Menteri.
"Cuba bayangkan kalau pembangkang memerintah, tol dia mahu hapuskan. Di sini ada Menteri Kerja Raya, bila saya jumpa dia minta kurangkan tol, dia cakap dia kena buat perkiraan yang tepat dan kalau mampu baru boleh dikurangkan.
"Tapi pembangkang kalau menang Putrajaya cakap semua tol dia mahu hapuskan.Boleh atau tidak boleh? -- tak boleh, tak masuk akal.
"Pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) juga dia nak hapuskan serta merta. Saya tanya Menteri Pengajian Tinggi, dia cakap kalau hapuskan PTPTN, RM40 bilion akan hilang. Lepas itu kalau nak bagi pinjaman pada masa hadapan sudah dah tak boleh," katanya.
Ayuh anak muda kita menyokong Pakatan Rakyat yang akan menjaga kebajikan rakyat.Ayuh anak muda kita bersama Pakatan Rakyat mempunyai jiwa merdeka,yang tidak terikat dengan janji. Ayuh anak muda kita tolak Pakatan Rakyat jika pimpinan mereka pun macam UMNO sewaktu memerintah nanti.
17 Mac dalam ingatan-DS Nizar jadi MB Perak.

Isu naik gaji,isu kos hidup tinggi senyap,Guna isu Badrul Amin,terkini Azizan Razak.

Isu rakyat ditutup dan tertutup. Isu tuntutan naik gaji oleh Quepecs ,letak muka dalam ,suratkhabar arus perdana.Isu NFC,Shahrizat ,semakin senyap.Felda Global Venture Holding (FGVH) juga cuba disenyapkan.
Rakyat merintih harga barang semakin tinggi dan terus naik ,suratkhabar buat tak peduli.Mereka hanya peduli dengan isu yang ada kepentingan dengan UMNO.
Kumpulan Utusan dengan UMNO. The Star dengan talian hayat untuk MCA.Rupanya suratkhabar kita masih kelas rendah.
Syabas kerajaan Selangor bagi cuti,dekat Badrulamin.

Kerajaan negeri Selangor berharap cuti rehat yang diberikan ini dapat digunakan untuk menumpukan perhatian kepada musibah yang sedang ditanggung oleh beliau dan melakukan usaha-usaha bagi membersihkan nama beliau.
Pas Terengganu , telah buktikan Tol telah dihapuskan .
Kerajaan PAS pada tahun 1999 sewaktu mengambil-alih Kerajaan Terengganu berjaya menghapuskan tol.Ditakdirkan Pakatan Rakyat memerintah Putrajaya selepas PRU 13 ini, tol PLUS juga akan dihapuskan.








