Terkini

Suhaizan Kayat ,Ketua Dewan Pemuda ,Raja Dr Iskandar(Ku Is) Timbalan Ketua.

Sdr Suhaizan Kayat  perlu diberi peluang menjadi Ketua Dewan Pemuda Pas Malaysia.Dahulu anak muda dari Johor  Sdr Salahudin Ayob pernah menjadi Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia.Dewan Pemuda PAS bersifat matang kerana boleh menerima profesional untuk memimpin mereka.Datuk Mustapha Ali,Haji Mohamad Sabu,Datuk Mahfuz Omar,Salahuddin Ayob pernah memimpin Dewan Pemuda PAS.Jadi Sdr Suhaizan Kayat boleh menjadi harapan untuk PAS menawan Johor pada PRU 14 nanti,bersama Tuan Haji Salahudin Ayob dan Dr Mahfudz.Jika negeri Johor Darul UMNO dapat ditawan ,Putrajaya ,insyaAllah milik Pakatan Rakyat. 

Anak muda berdarah raja ini Dr Raja Ahmad Iskandar (Ku Is)  dari Perak pula boleh diberi peluang untuk menjawat jawatan Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia. Beliau ikon muda yang perlu ditonjolkan untuk membantu Pakatan Rakyat menawan  Perak dan Putrajaya.

Ops Cantas dua pegawai polis ditahan kerana menghasut.

Ops Cantas dua pegawai polis ditahan kerana menghasut.

Harapkan pagar,pagar makan padi.

GEORGE TOWN: Dua pegawai polis kontinjen Pulau Pinang ditahan kerja ekoran mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan perkauman menerusi aplikasi WhatsApp kumpulan Ops Cantas di sini Sabtu.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Abdul Rahim Hanafi berkata dua anggota polis itu ditahan kerja berkuat kuasa serta-merta selepas menerima arahan daripada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

"Kedua-dua mereka ditahan kerja selama dua minggu bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan ringkas di sini.

Beliau berkata pihaknya tidak akan berkompromi dengan sebarang tindakan atau perlakuan yang menjejaskan keharmonian masyarakat di negeri ini biarpun ia melibatkan anggota polis sendiri.

Abdul Rahim berkata sidang media mengenainya akan dimaklumkan kemudian.

WhatsApp kumpulan Ops Cantas itu disertai anggota polis.

Mesyuarat Wanita UMNO ,kecoh dengan baling mikrofon.

 Mesyuarat Wanita UMNO ,kecoh dengan baling mikrofon.


GUA MUSANG: Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Gua Musang di Bukit Chekati dicemari insiden kekecohan apabila empat perwakilan daripada Cawangan Sungai Paloh tidak dapat menahan emosi gara-gara senarai pencalonan ditolak.


Kekecohan bermula ketika mesyuarat itu sedang berlangsung dan salah seorang wakil bangun dan menyuarakan ketidakpuasan hatinya berikutan senarai barisan 21 calon ahli jawatankuasa Wanita UMNO bahagian ditolak.



Mereka menganggap pemimpin Wanita UMNO bahagian keterlaluan kerana menolak senarai pencalonan walaupun diserah pada jam 5.01 petang, pada 21 september lalu.




Menurut Ketua Wanita Cawangan Sg Paloh, Salwani Shafii perwakilan yang menghantar borang hendak bertanding baru diberitahu pencalonan itu tidak sah pada jam 8 malam semalam.



“Namun apa yang saya dapat tahu di Sabah, pencalonan dihantar lewat satu jam dan masih diterima dan saya begitu berpuas hati dengan ketua wanita bahagian disini,” kata Salwani.



Sementara itu, Perwakilan Wanita UMNO Cawangan Sungai Paloh pula mempersoalkan ketelusan dan demokrasi jika perkara ini tidak dapat ditangani dengan sempurna.



Mengulas kejadian itu, Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan UMNO Bahagian Gua Musang, Muhammad Shukri Abdul Aziz tampil memberi penjelasan.



“Kita mendapat surat daripada UMNO pusat yang di tandatangan oleh Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan, Tajol Rosli Ghazali dan dia menyatakan bahawa Jawatankuasa Pemilihan UMNO Negeri telah menolak borang pendaftaran calon-calon yang ingin bertanding bagi jawatan Ketua Wanita dan Puteri UMNO bahagian Gua Musang”.



“Oleh kerana borang itu telah diterima lewat daripada waktu yang ditetapkan dan perkara ini telah disahkan oleh Pengerusi Pemilihan UMNO bahagian Gua Musang. di mana kita bermesyuarat jadi bersetuju tidak terima. peringkat tu bahagian negeri dan pusatlah tak terima dan disertakan penama seramai 21 orang,” kata Muhammad Shukri.



Selepas 10 minit, keadaan kembali reda apabila Ketua Wanita Bahagian Gua Musang, Datuk Wan Hazani Mohd Noor yang menang tanpa bertanding menjelaskan bahawa perlembagaan UMNO telah menetapkan cara pemilihan baru pada tahun ini.

Bosnia-Herzegovina layak ke Piala Dunia 2014,Malaysia masih jaguh kampung.

Bosnia-Herzegovina layak ke Piala Dunia 2014,Malaysia masih jaguh kampung.
Bosnia-Herzegovina akhirnya menang 4-1 menentang Liechtenstein 1 pagi tengah malam tadi  dan bekas negeri perang ini layak ke Piala Dunia 2014 di Brazil. Dalam perlawanan di Liechtenstein sebelum ini ,Bosnia-Herzegovina menang 8-1 . Bayangkan walaupun dengan hanya 3.8 juta penduduk dan telah melalui peperangan mereka dapat ke Piala Dunia tetapi Malaysia dengan berjuta-juta ringgit dibelanjakan dan penduduk berkali-kali ganda,berjumlah 27 juta orang  masih gagal.

Keputusan Kelayakan Piala Dunia
BERIKUT Keputusan Kelayakan Piala Dunia
Zon CONCACAF:
Honduras 1 (Bengtson 64) Costa Rica 0
Zon Eropah
Kumpulan A
Wales 1 (Church 67) Macedonia 0
Croatia 1 (Kranjcar 83) Belgium 2 (Lukaku 15, 38) - Belgium layak ke Piala Dunia
Kumpulan B
Denmark 2 (Bendtner 45+1, 79) Itali 2 (Osvaldo 28, Aquilani 90+1)
Malta 1 (Mifsud 47) Czech Republic 4 (Hubschman 3, Lafata 33, Kadlec 51, Pekhart 90)
Armenia 2 (Ozbiliz 44, Movsisyan 87) Bulgaria 1 (Popov 61)
Kumpulan C
Jerman 3 (Khedira 12, Schuerrle 58, Ozil 90+1) Ireland 0 - Jerman layak
Faroes 1 (Hansson 41) Kazakhstan 1 (Finonchenko 55)
Sweden 2 (Olsson 56, Ibrahimovic 86) Austria 1 (Harnik 29)
Kumpulan D
Andorra 0 Romania 4 (Keseru 41, Stancu 53, Torje 63-pen, Lazar 83)
Belanda 8 (van Persie 16, 43, 53, Strootman 25, Lens 38, Devecseri 65-og., van der Vaart 86, Robben 90) Hungary 1 (Dzsudzsák 47-pen)
Estonia 0 Turki 2 (Bulut 22, B. Yilmaz 47)
Kumpulan E
Albania 1 (Salihi 88-pen) Switzerland 2 (Shaqiri 47, Lang 77) - Switzerland layak
Iceland 2 (Sigthórsson 60, Sigurdsson 76) Cyprus 0
Slovenia 3 (Novakovic 13, 15, 49) Norway 0
Kumpulan F
Azerbaijan 2 (Dadashov 58, Shukurov 90+5) Ireland Utara 0
Luxembourg 0 Russia 4 (Samedov 9, Faizulin 39, Glushakov 45, Kerzhakov 73)
Portugal 1 (Ricardo Costa 26) Israel 1 (Eden Ben Basat 85)
Kumpulan G
Lithuania 2 (Cernych 8, Mikoliunas 68) Latvia 0
Bosnia-Herzegovina 4 (Dzeko 27, 39, Misimovic 34, Ibisevic 38) Liechtenstein 1 (Hasler 61)
Greece 1 (Skrtel 44-og) Slovakia 0
Kumpulan H
England 4 (Rooney 49, Boskovic 62-og, Townsend 78, Sturridge 90+3-pen) Montenegro 1 (Damjanovic 71)
Ukraine 1 (Yarmolenko 64) Poland 0
Moldova 3 (Frunza 55, Sidorenco 59, 89) San Marino 0
Kumpulan I
Sepanyol 2 (Xavi 61, Negredo 78) Belarus 1 (Kornilenko 89)

Samy Vellu kalah, jadi Duta Khas,dapat gaji RM27,227.20 sebulan.

Samy Vellu kalah, jadi Duta Khas,dapat gaji RM27,227.20 sebulan.

Jika Samy Vellu bergaji RM27,227.20 sebulan jadi Duta Khas ke India dan Afrika Selatan,berapa pula gaji Shahrizat Jalil yang jadi Penasihat Wanita?Begitu juga berapa pula gaji Ong Kah Ting Duta Khas Perdana Menteri ke China? 

Kuala Lumpur-Ahli Parlimen Segambut-DAP, Lim Lip Eng hari ini menggesa kerajaan menjelaskan fungsi setiap tujuh individu yang berkaitan dengan parti itu dilantik ke jawatan awam.

Menurutnya, jawatan awam itu dipercayai duplikasi kepada jawatan lain seperti duta di India dan China di mana ada lantikan duta khas yang menerima gaji bulanan sama seperti jawatan menteri.


Tambahnya, bekas Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Malaysia, Datuk Seri Shahrizal Abdul Jalil yang meletak jawatan juga telah dilantik menjadi Penasihat Pembangunan Keusahawanan dan Ikhtisas Wanita menjadi tanda tanya mengenai fungsi sebenar jawatan tersebut memandang kementerian berhubung perkara itu telah wujud.



"Saya percaya ramai lagi bekas menteri yang memegang jawatan dan dibayar gaji oleh kerajaan dan tidak dimasukkan ke dalam senarai (jawapan bertulis Menteri di jabatan Perdana Menteri).



"Dan ramai juga ahli politik yang dilantik dalam syarikat gergasi kerajaan (GLC).



"Kita nak tahu apakah alasan kerajaan melantik mereka ini menjawat jawatan tersebut, adakah menteri sedia ada tidak mampu menjalankan tugas mereka sendiri," katanya dalam sidang media di pejabatnya, hari ini.



Difahamkan antara nama besar yang disenaraikan Datuk seri Shahidan Kassim sebagai respons daripada soalan Lim ialah bekas Menteri Kerjaraya, Datuk Seri S Samy Vellu dilantik sebagai duta khas ke India dan Asia Selatan dalam bidang infrastruktur dengan bayaran gaji 27, 227.20 sebulan, serta bekas Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Tan Sri Ong Ka Ting sebagai duta khas Perdana Menteri ke Republik Rakyat China (RRC) yang telah mempunyai duta di sana.(sumber)


Hutang Tekun tak diburu,hutang PTPTN dikejar sampai lubang cacing.

Hutang Tekun tak diburu,hutang PTPTN dikejar sampai lubang cacing.

Hamidah Othman ,Pengerusi Tekun kena dapat kembali hutang  dengan Tekun sebanyak hampir RM1 bilion itu. Mentang-mentang semuanya orang UMNO,hutang kepada Tekun buat tak tahu. Buatlah macam mereka yang hutang dengan PTPTN dicari sehingga lubang cacing?

KUALA LUMPUR: Dakwaan kerajaan bahawa Program Transformasi Ekonomi Negara (ETP) dan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera adalah untuk memastikan kekayaan negara dikongsi bersama dilihat bercanggah dengan situasi yang berlaku.

Sebagai contoh, pengakuan Pengarah Eksekutif (CEO) Pinjaman Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun), Datuk Abdul Rahim Hassan bahawa Tekun ditubuhkan bagi membantu ahli Umno membuktikan kerajaan tidak adil dalam mengagihkan kekayaan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, program-program yang dirancang hanya sempurna di atas kertas namun gagal dilaksanakan di peringkat akar umbi.

"Memanglah projek-projek dibuat atas nama rakyat tapi apabila turun ke bawah  projek-projek ini memang diberi kepada kumpulan Umno yang berkepentingan dan kroni mereka," kata beliau ketika ditemui Harakahdaily di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut hari ini.

Tuan Ibrahim juga mempersoal sikap berdiam diri kerajaan terhadap peminjam Tekun yang gagal membayar balik pinjaman.

Sikap ini katanya sangat berbeza dengan sikap kerajaan terhadap peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).

"Kita minta menteri dedahkan senarai peminjam Tekun yang bermasalah sebab rakyat nak tengok berapa ramai peminjam Tekun tak bayar balik pinjaman.

"Kerajaan buru peminjam PTPTN kenapa tak buru peminjam Tekun? Adakah sebab peminjam Tekun ini sebahagian besar Umno? Bila Umno yang pinjam kerajaan tak bertindak kalau rakyat biasa yang pinjam kita nampak mereka diburu, dikejar, disenarai hitam tapi tidak kepada peminjam Tekun," katanya lagi.

Mengikut rekod, hampir RM1 bilion dana Tekun belum dibayar semula oleh peminjam.

Tekun telah memberi pinjaman kepada usahawan Melayu iaitu ahli Umno berjumlah RM2.42 bilion dan hanya mendapat bayaran balik berjumlah RM1.43 bilion.

Tuan Ibrahim juga menambah, Tekun menjadi alat Umno menjelang pilihan raya kecil untuk memancing undi orang Melayu.

"Tekun ini jadi alat Umno setiap kali pilihan raya. Bila pilihan raya kecil meraka akan turun bagi borang dan pinjaman lulus segera," katanya.(sumber-lagi)

Cuepacs minta bonus dua bulan.

Cuepacs minta bonus dua bulan.
KUALA LUMPUR  -- Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam  Cuepacs) meminta kerajaan memperuntuk pemberian bonus dua bulan dan menaikkan beberapa elaun tetap termasuk perumahan dan sara hidup kepada 1.4 juta penjawat awam dalam Bajet 2014. 

Presidennya Datuk Omar Osman berkata kerajaan perlu memberi bonus dan kenaikan elaun itu berikutan peningkatan kos sara hidup terutamanya setelah subsidi petrol dikurangkan baru-baru ini.
 

Menurutnya Cuepacs amat berharap imbuhan tetap perumahan dinaikkan mengikut gred setelah 15 tahun berada pada paras sama selain mengambil kira ketidakmampuan golongan rendah dan sederhana memiliki rumah berikutan harga semakin meningkat kini.


Cuepacs turut memohon elaun sara hidup (Cola) antara kawasan bandar dan luar bandar diselaraskan kepada RM300 kerana kos sara hidup di semua kawasan tidak banyak berbeza.
 

Kongres itu juga mahukan kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan untuk penjawat awam daripada 4 peratus kepada 1 peratus berikutan kenaikan harga rumah.
 

Sementara itu, Omar berkata Cuepacs menyambut baik kenyataan Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan mengenai pelepasan cukai untuk golongan berpendapatan sederhana yang dijangka diumum dalam bajet kali ini.
 

Bagaimanapun, Omar berharap kerajaan dapat memberikan lebih banyak mekanisme subsidi kepada golongan itu kerana mereka tidak layak menerima bantuan lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinikmati golongan berpendapatan rendah.
 

"Sudah tentu ini berita gembira buat kita jika ia diumumkan. Namun, kita berharap lebih banyak bantuan atau subsidi lain diumum untuk penjawat awam," katanya.
 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual membentangkan Bajet 2014 pada 25 Okt ini.
 
-- BERNAMA

Kata Tok Guru Hj Hadi, Terengganu bukan penentu Mat Sabu.

Kata Tok Guru Hj Hadi,  Terengganu bukan penentu Mat Sabu.
Haji Mohamad Sabu masih berpeluang untuk menjadi Timbalan Presiden PAS lagi,kerana pencalonan dari Terengganu bukan mencerminkan kehendak perwakilan seluruh negara.

"Terengganu bukan tentukan,mesti campur semua negeri di seluruh negara"kata Tok Guru Haji Abdul Hadi.

KUALA LUMPUR - Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menyatakan pencalonan enam kawasan di Terengganu tidak menggambarkan penyandang Timbalan Presidennya, Mohamad Sabu tidak layak mempertahankan jawatan tersebut, pada Muktamar Pas ke-59.

"Terengganu bukan tentukan, mesti campur semua negeri di seluruh negara," katanya pada sidang media di ibu pejabat Pas, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kenyataan mengenai Mohamad atau Mat Sabu bukan pencalonan di kesemua enam kawasan Pas apabila tiada satu kawasan pun mencalonkan namanya.

Mat Sabu telah dilantik menjadi Timbalan Presiden sejak 2011, apabila beliau berjaya telah berjaya mengalahkan penyandangnya Nasharuddin Mat Isa dan Tuan Ibrahim.

Dalam laporan media semalam, enam kawasan di negeri "penyu bertelur" itu termasuk Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Kuala Nerus telah memilih Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dan Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Dimana Nik Mohd Amar mendapat pencalonan daripada empat kawasan iaitu Besut, Kuala Nerus, Kuala Terengganu dan Dungun manakala Tuan Ibrahim mendapat sokongan sebulat suara di Kemaman dan Setiu.sumber

Diskusi pra-bajet,mengparlimen warga Parit Buntar

Diskusi pra-bajet,mengparlimen warga Parit Buntar

PARIT BUNTAR: Satu Majlis Diskusi Pra-Bajet 2014 peringkat parlimen Parit Buntar akan diadakan pada 13 Oktober 2013 jam 9mlm-1130mlm bertempat di Dewan Banquet Melor Inn Parit Buntar.

Semua warga parlimen Barit Buntar yang mempunyai kredibiliti mewakili institusi, jabatan, NGO atau individu dijemput hadir bagi memberikan pandangan, cadangan pertanyaan dan usul untuk diperbahaskan di parlimen sesi ke-3 pada akhir Oktober nanti.

Tempat hanya terhad kepada 40 peserta sahaja.

Hubungi segera pengawai Pusat Khidmat Parlimen Parit Buntar, Sdr Hairul Nizam di talian 013-5813634 jika berminat.

"Mengparlimenkan warga Parit Buntar"

Ketua UMNO Bukit Gantang,minta solat istikharah,takut salah pilih orang lain.

 Ketua UMNO  Bukit Gantang,minta solat istikharah,takut salah pilih orang lain.

"Kepada semua Perwakilan,jangan lupa buat SOLAT ISTIKHARAH sebelum memilih pemimpin. Ikut gerakhati Allahtaala,jangan ikut gerak hati nafsu. Tersalah pilih rakyat menderita. Tq."-Rosli Husin,Ketua UMNO Bahagian Bukit Gantang
 Bahagian Bukit Gantang menyaksikan pertandingan 4 penjuru untuk jawatan Ketua UMNO Bahagian.Datuk Rosli Husein kini tidak senang duduk.UMNO dipimpin beliau gagal menawan kembali parlimen Bukit Gantang dan DUN Changkat Jering.Perwakilan UMNO Bahagian Bukit Gantang kini serba salah kerana yang menentang Datuk Rosli @Cikgu Abu,adalah kawan baik.Nampak gayanya calon UMNO yang kalah parlimen Bukit Gantang Ismail Sapian berpeluang untuk memimpin UMNO Bukit Gantang kerana rapatnya beliau dengan DS Najib Razak.

Ipoh-Sembilan calon ketua Umno bahagian di Perak menang tanpa bertanding untuk jawatan itu, demikian mengikut senarai yang dikeluarkan Umno negeri hari ini.
Kemenangan itu berikutan tiada pencalonan lain atau calon gagal melepasi saringan layak bertanding yang dijalankan di peringkat pusat.
Mereka ialah Ketua Umno Bahagian Padang Rengas yang juga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz apabila dua pencabarnya masing-masing menarik diri dan tidak layak menjadi calon.
Tiga lagi calon yang kekal sebagai ketua bahagian masing-masing apabila tiada pencalonan lain diterima ialah Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah (Tambun), Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi yang juga calon Naib Presiden Umno (Bagan Datoh) dan Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno negeri (Lumut).
Bahagian Lenggong, Ipoh Barat dan Parit masing-masing menyaksikan Datuk Saarani Mohamad, Datuk Shamsuddin Abdul Ghaffar dan Datuk Mohd Zaim Abu Hasan mengekalkan jawatan ketua bahagian selepas tiada pencalonan lain diterima.
Dua lagi ketua Umno bahagian yang menang tanpa bertanding ialah Datuk Sham Mat Sahat (Bagan Serai) Mohd Azhar Jamaluddin (Teluk Intan).
Sementara itu, lapan bahagian di negeri ini bakal menyaksikan pertandingan satu lawan satu untuk jawatan ketua Umno bahagian iaitu Gerik, Parit Buntar, Taiping, Sungai Siput, Ipoh Timur, Batu Gajah, Kuala Kangsar, Beruas dan Tapah.
Mengikut senarai yang dikeluarkan itu, tiga bahagian menyaksikan pertandingan tiga penjuru iaitu Larut, Kampar dan Pasir Salak manakala bahagian Bukit Gantang, Gopeng dan Tanjung Malim menyasikan pertandingan empat penjuru.
Hamizura Osman yang merupakan satu-satunya wanita di Perak yang menawarkan diri sebagai calon ketua bahagian akan mencabar penyandang jawatan itu di Gopeng iaitu Datuk Hamzah Mohd Kasim, bersama-sama dua calon lain Mej (B) Roslan Zakaria dan Saidel Khazri Malik. BERNAMA

Dun Sungai Limau,jom semak boleh mengundi tak.

Dun Sungai Limau,jom semak boleh mengundi tak.
KUALA LUMPUR - Pengundi di kawasan Dun Sungai Limau, Kedah boleh membuat semakan urusan pengundian menerusi laman web Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), SMS atau di Pejabat Pilihan Raya Negeri Kedah, bermula esok.

Pegawai Perhubungan Awam SPR Sabri Said dalam satu kenyatan hari ini berkata orang ramai boleh membuat semakan butiran peribadi seperti pusat mengundi, nombor saluran mengundi dan nombor siri mengikut Buku Daftar Pemilih Pilihan Raya bagi tempat mengundi masing-masing.

Beliau berkata pemilih berdaftar boleh membuat semakan menerusi laman web www.spr.gov.my atau menggunakan SMS dengan menaip SPR jarak-semak-jarak nombor kad pengenalan dan hantar kepada 15888 atau melalui telefon di talian 04-7001313.

Bagi pilihan raya kecil itu, SPR menggunakan Daftar Pemilih Induk 2012 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar-Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2013 dan Suku Tahun Kedua 2013 yang dikemas kini sehingga 26 September lepas, mengandungi 27,222 pemilih berdaftar dan dua pengundi tidak hadir luar negara.

Kerusi Dun Sungai Limau kosong selepas penyandangnya Tan Sri Azizan Abdul Razak yang juga bekas Menteri Besar Kedah, dari Pas, meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada 26 September lepas berikutan jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius.

SPR menetapkan 23 Oktober ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 4 November jika ada pertandingan. - Bernama

Jabatan Perdana Menteri ,8 menteri dengan 80,000 kakitangan ,bayar gaji RM4bilion.

Jabatan Perdana Menteri ,8 menteri dengan 80,000 kakitangan ,bayar gaji RM4bilion.
Untuk makluman awam, kini Jabatan Perdana Menteri telah menjadi kementerian yang mempunyai paling ramai Menteri dan kakitangan yang cukup ramai. Jabatan Perdana Menteri mempunyai 8 orang menteri dan lebih 80,000 orang kakitangan. Bayaran emolumen dan gaji juga melebihi RM4 billion setahun. Oleh demikian, adalah penting untuk Jabatan PM mengamalkan perbelanjaan yang berhemah.

Sementara itu,Kerajaan Malaysia membelanja RM28.8 juta sebagai kos sewa tahunan pesawat Perdana Menteri dan RM5.5 juta untuk menyelenggara pesawat jet VVIP tersebut.

Ketika menjawab soalan YB Nga Kor Meng,Ahli Parlimen Taiping di Parlimen, YB Menteri Jabatan Perdana Menteri, Dato Seri Shahidan Kassim telah memaklumkan kerajaan membayar RM28.8 juta untuk tujuan kos sewa pesawat jet perdana menteri setahun.(lagi)

Husam Musa persoal kerajaan Kelantan bagi balak tanpa tender.

KOTA BHARU - Seorang Adun Pas yang juga bekas exco kanan kerajaan Kelantan hari ini membuat kejutan apabila membidas beberapa tindakan kerajaan negeri yang disifatkannya tidak wajar dan menyimpang dari konsep ketelusan.

Datuk Husam Musa (Pas-Salor) yang membahaskan usul Belanjawan 2014 kerajaan Kelantan antara lain membangkitkan isu pembalakan Hutan Simpan Kekal Ulu Sat di Machang dan kenaikan tarif air yang berkuat kuasa Ogos lalu.

Menyentuh isu pembalakan itu, Husam meminta kerajaan negeri tidak meluluskan permohonan sebuah syarikat untuk menebang kawasan seluas 1,400 hektar di hutan simpan berkenaan.

Tegasnya ketika Kelantan diteraju Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, satu keputusan sudah dicapai agar semua permohonan baharu di kawasan hutan simpan itu
mesti ditolak.

"Seingat saya, kata Tok Guru (Nik Abdul Aziz), Hutan Ulu Sat dan Cabang Tongkat adalah paru-paru untuk mengeluarkan udara segar dan bersih bagi penduduk Kelantan. Biarlah ia kekal untuk anak cucu kita," kata Husam yang juga bekas Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan Kelantan.

Husam juga berkata, syarikat berkenaan bakal menerima kawasan tersebut tanpa membuat sebarang tender.

"Ia sangat meragukan sekali. Seingat saya, semasa pentadbiran YAB Tok Guru dahulu, tidak ada kawasan seluas itu diberikan kepada mana-mana individu.

Adakah
 hanya dengan permohanan ringkas dua muka surat, serta-merta permohonan ini akan 
ditimbangkan?," katanya.

Mengenai kenaikan tarif air, Husam berkata, jika Syarikat Air Kelantan Sdn Bhd (AKSB) diurus dengan lebih amanah, kenaikan itu sepatutnya boleh dielak.

Beliau berkata AKSB sebenarnya telah gagal meningkatkan kualiti bekalan air di Kelantan walaupun beberapa loji air utama telah dinaik taraf.

Husam memberi contoh naik taraf Loji Rawatan Air Jeli bertujuan mencapai 10  juta liter (JLH) air sehari dengan kos RM21 juta, namun hanya mencapai 6.6 JLH.
   
"Naik taraf loji rawatan air Bukit Remah, Tanah Merah dengan kos RM16.4 juta bagi meningkatkan pengeluaran kepada 42 JLH tetapi pencapaian 36.6 JLH. 

"Naik taraf loji rawatan air Pintu Geng membabitkan kos RM52 juta dengan sasaran 30 JLH namun dengan kos sebesar itu hanya mengeluarkan 12.5 JLH,"
katanya.

Untuk mengurangkan kebocoran paip, AKSB membelanjakan RM130 juta setakat Julai tahun ini, namun kadar air tanpa hasil masih 52 peratus, bererti gagal
sama sekali, katanya.

Beliau turut meluahkan rasa kecewa apabila kerajaan negeri yang baharu ini menamatkan kontrak dengan kontraktor dari Korea Selatan untuk membina Lebuh Raya Rakyat yang diasaskan olehnya kira-kira dua tahun lepas.

"Kerajaan baharu tidak boleh dengan mudah memutuskan hubungan dengan kotraktor yang dikira berkebolehan yang telah dipilih lebih awal dan datang dengan cadangan baharu yang pada hemat saya meragukan," katanya.

Husam yang ditemui di luar dewan selepas itu berkata segala tegurannya adalah kerana sayangkan Kelantan dan mahu melihat negeri itu jauh lebih maju.

"Kerajaan baharu ini masih jauh lagi dan apa yang saya sebutkan ini bukanlah salah kepimpinan," katanya. - Bernama

Peguam Bela 13 OKZ juga peguam bela untuk OKT kes Syiah.

Taiping,8 Oktober-Peguambela En. Aminuddin Zulkifli  dari Tanjung Malim menjadi Peguam Bela untuk orang kena tuduh berkaitan kes memiliki dan menyimpankan dokumen berkaitan ajaran Syiah yang bercanggah dengan Fatwa Kerajaan Negeri Perak. Perbicaraan akan disebut semula pada 12 November 2013. Peguam Encik Aminuddin Zulkifli seusai pengurusan kes berkaitan kes menyimpan dan memiliki dokumen berkaitan ajaran syiah di Mahkamah Syariah,Taiping.

Imej Ustaz Nasrudin Hasan tercalar kalah jawatan Naib Yang di-Pertua.

Imej Ustaz Nasrudin Hasan tercalar kalah jawatan Naib Yang di-Pertua.

Sdr Suhaimi Saad berjaya menewaskan pencabarnya Ahli Parlimen Temerloh Ustaz Nasrudin Hasan dalam perebutan jawatan Naib Yang di-Pertua Indera Mahkota pada pertengahan bulan ini.

Menurut laporan Astro Awani, Nasrudin yang memperoleh 60 undi di peringkat kawasan itu tewas kepada Suhaimi yang memperoleh lebih daripada 100 undi namun pendedahan ini tidak disahkan beliau yang masih belum mengetahui jumlah sebenar undi tersebut.(klik untuk cerita lanjut)

Imej YB Ustaz Nasrudin Hassan kelihatan tercalar apabila perwakilan kawasan beliau sendiri menolak wakil rakyat itu untuk bersama memimpin PAS  Kawasan Indera Mahlota.

Justeru,kemungkinan untuk YB Ustaz Nasrudun ditentang dalam pemilihan Dewan Pemuda Pusat  pada kali ini.

Yayasan Bina Upaya, PAS Perak kena kerja keras dapat sokongan Melayu.

Yayasan Bina Upaya, PAS  Perak kena kerja keras dapat sokongan Melayu.
YBUDR jelajah negeri promosi perkhidmatan

Ismail Sapian (baju putih) bekas calon UMNO yang kalah  PRU di Parlimen Bukit Gantang boleh mendekati orang Melayu di Bukit Gantang dengan menggunakan YBUDR ini.Sementara itu PAS Bukit Gantang kena fikir cara terbaik untuk menyantuni penduduk.Ismail Sapian tak perlu guna UMNO Bahagian jumpa penduduk,buat program YBUDR beliau boleh bertemu penduduk. 

Parit - Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan (YBUDR) akan melancarkan program  Belia Aman Niaga bagi membolehkan  belia negeri ini membuat pinjaman sebagai modal selain membina kios perniagaan.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Datuk Ismail Saffian berkata, program baru itu bagi menggantikan program Kios Amanjaya yang diperkenalkan YBUDR sebelum ini.

“Dalam program Amanjaya dulu, kita bagi kios percuma kepada peniaga, tetapi kurang mendapat sambutan dan ada yang tidak menghargainya.

"Jadi, kerana itu kita tamatkan program Kios Amanjaya dan gantikan dengan Belia Aman Niaga,” katanya .

Menurut Ismail, menerusi program itu, belia akan diberi pinjaman RM5,000 dan daripada jumlah itu, RM3,000 hingga RM3,500 digunakan untuk membina kios manakala bakinya sebagai modal pusingan.

“Kita menjangkakan Belia Aman Niaga akan memberi manfaat besar selaras dengan hasrat kerajaan negeri melahirkan seramai mungkin usahawan di negeri ini.

Dalam pada itu, YBUDR akan mengadakan jelajah seluruh daerah di negeri ini  dalam masa terdekat bagi memberikan penjelasan kepada pemimpin setempat mengenai perkhidmatan disediakan untuk dihebahkan kepada penduduk setempat.

“Pada tahun ini juga, kita memperkenalkan Skim Rumah Aman Jaya (SRIA) iaitu pinjaman melibatkan pemohon yang berpendapatan antara RM1500 hingga RM3000.

“Melalui skim ini mereka yang tiada rumah tetapi ada tapak boleh memohon dengan bayaran bulanan RM213 sebulan,” katanya.

Menurutnya, 120 rumah dijangka dapat dibina sepanjang tahun ini.

“Sehingga kini, 40 rumah diluluskan dan lima rumah siap dibina dengan nilai RM52,000 setiap satu.

Beliau berkata, melalui jelajah itu juga, YBUDR akan turut mendapatkan maklum balas daripada masyarakat.

“Respons akan digunakan bagi penambahbaikan perkhidmatan supaya mencapai sasaran,” katanya.

Kemajuan teknolgi digital,beban kerja cikgu lagi banyak.

Kemajuan teknolgi digital,beban kerja cikgu lagi banyak.

Kemajuan teknologi digital,beban kerja guru lagi banyak bukan bertambah sedikit.Pembantu guru tidak sampai-sampaipun.
PETALING JAYA: Beban kerja terhadap pekerja di Malaysia dijangka meningkat dengan kemajuan teknologi digital di tempat kerja di samping majikan yang lebih berminat untuk mengambil pekerja yang mahir dalam beberapa bidang.
Kajian terbaru oleh firma perkhidmatan pengambilan tenaga kerja dan sumber manusia global menunjukkan sembilan daripada 10 pekerja mengjangkakan kerja mereka akan lebih mencabar dalam tempoh lima tahun akan datang.
Menurut laporan terkini daripada Randstad Workmonitor, responden menjangkakan suasana tempat kerja yang lebih baik ddi Malaysia berbanding responden di Singapura (80%), Hong Kong (73%), Australia (73%) dan New Zealand (82%).
Kajian yang dijalankan ke atas 405 responden, turut mendapati 95% pekerja di Malaysia bersedia untuk meningkatkan kemahiran mereka bagi mengikut peredaran masa.
Pengarah Randstad Malaysia, Jasmin Kaur berkata majikan kini memberi penekanan terhadap pendidikan, pengalaman, kemahiran sosial dan digital.
"Dengan organisasi menjadi semakin kompleks, pekerja kini diharapkan bukan sahaja dapat memberi persembahan terbaik malah mampu melakukan lebih daripada satu kerja pada satu-satu masa," katanya.
Jasmin berkata kadar tersebut memberi kesan kepada sasaran Malaysia untuk menjadi negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
Pengarah Eksekutif Persekutuan Majikan-Majikan Malaysia (MEF) Shamsuddin Bardan turut bersetuju dengan hasil laporan berkenaan.
"Suka atau tidak, inilah perkembangan terbaru disebabkan tuntutan dunia perniagaan pada hari ini," katanya sambil menambah pekerja senior juga terpaksa menyesuaikan diri dengan perkembagan dunia digital dan menjadi jalan penghubung pada era masa kini.
Jasmin berkata kajian tersebut turut mendapati kebanyakan responden percaya majikan mereka meletakkan kepentingan kemahiran digital ditahap yang lebih utama berbanding lima tahun lalu.
"Dengan media sosial menjadi sebahagian daripada dunia bisnes pada hari ini, kebanyakan pekerja lebih selesa menggunakan medium seperti Twitter dan LinkedIn yang dapat membantu pekerja kekal berhubung dan tahu perkembangan semasa dalam industri pada hari ini.
"Setiap syarikat mempunyai tahap penilaian yang berbeza terhadap pekerja mereka. Pekerja dijangka akan diminta bekerja lebih masa bagi memenuhi kehendak pelanggan seperti yang dikehendaki," katanya.
Shamsuddin turut berkongsi pandangan yang sama, beliau berkata adalah menjadi satu keperluan pekerja dapat dihubungi setiap hari sama ada selepas waktu pejabat atau ketika mereka sedang bercuti.
Bagaimanapun, beliau berkata pekerja mengakui bahawa perlu ada imbangan antara kerja dan kehidupan peribadi mereka.
"Mudah dihubungi tidak bermakna anda perlu bekerja 24 jam, tujuh hari seminggu."
Beliau berkata pekerja juga tahu majikan akan gembira apabila mereka lebih produktif.
Sementara itu, Setiausaha Agung MTUC, Abdul Halim Mansor said berkata organisasi tersebut menentang budaya kerja yang meminta pekerja bekerja pada hari cuti atau selepas waktu pejabat.
Beliau berkata Akta Pekerja Malaysia menetapkan hari cuti adalah satu keperluan kepada pekerja. "Walaupun ia merupakan tuntutan kerja , hak kakitangan mendapat rehat mencukupi wajar dihormati," katanya.
Abdul Halim berkata budaya kerja sedemikian akan memberikan kesan negatif kepada keluarga dan komuniti.
Beberapa pengurus syarikat memberitahu The Star, budaya kerja dan kedudukan seseorang pekerja akan menentukan sama ada dia perlu bertugas mengikut keperluan pada hari cuti atau tidak.
"Bagi mereka dalam bidang pengurusan, memang tidak ada jalan keluar," kata pengurus bahagian sumber manusia sebuah syarikat multinasional di Kuala Lumpur.
Seorang lagi pengurus yang enggan dikenali berkata, terpaksa bekerja selama 24 jam sehari merupakan perkara biasa.
"Syarikat memberikan telefon pintar jadi mereka boleh dihubungi pada bila-bila masa sahaja," katanya.
Kajian yang dijalankan pada 17 Julai dan 5 Ogos turut mendapati, 77% rakyat Malaysia berpuas hati dengan dengan majikan mereka berbanding dengan Singapura 56%, 47% di Hong Kong dan 44% di Jepun.
Jasmin berkata persekitaran kerja yang menyeronokkkan, pucuk pimpinan yang efektif dan perkembangan kerjaya merupakan sebab rakyat Malaysia berpuashati dengan majikan mereka.
Kajian kuantitatif tersebut dijalankan secara online.
Responden berusia antara 18 hingga 65 tahun dengan waktu bekerja minimum 24 jam setiap minggu bagi setiap pekerjaan berbayar.
Randstand mengeluarkan laporan kajian tersebut empat kali setahun.sumber

TG Nik Aziz,jangan pandang ringan pilihanraya kecil Sungai Limau.

Tok Guru Dato Nik Aziz  berharap agar semua lapisan pimpinan parti PAS tidak memandang ringan cabaran UMNO/BN di dalam pilihanraya kecil DUN Sungai Limau nanti. Sekalipun PAS menerusi Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan memenangi kerusi tersebut dengan majoriti yang agak besar, namun di dalam pilihanraya kecil, pelbagai kemungkinan boleh terjadi. 

Semua pihak di dalam PAS dan Pakatan Rakyat wajib berwaspada, saya yakin pihak lawan akan menggunakan segala macam usaha untuk menawan kembali kerusi tersebut.

Gerak kerja harus dimulakan sekarang, jauhi sikap terlampau yakin. Tingkatkan usaha di tahap maksimum, gantungkan harapan kepada Allah SWT.